Sidang Editor:
|
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa
Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP
KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)
TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)
EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)
Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)
Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)
Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)
PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)
PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my
|
| |
|
|
 |
Apakah Itu Pangkalan Data Korpus?
[]
Pangkalan Data Korpus (PDK) merupakan sebuah pangkalan data yang dibangunkan hasil daripada kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan
Universiti Sains Malaysia (PDK DBP-USM) pada tahun 1993.
PDK DBP-USM merupakan satu- satunya pangkalan data korpus bahasa Melayu yang terdapat di Malaysia yangmenyimpan data korpus bahasa Melayu dalam
bentuk digital. PDK DBPUSM terdiri daripada Sistem Korpus dan Data Korpus.
Sistem Korpus merupakan perisian yang dibangunkan oleh kumpulan penyelidik Unit Terjemahan Melalui Komputer di USM dalam rangka kerjasama antara USM dengan DBP berlandaskan Memorandum Persefahaman yang termeterai pada tahun 1993.
Sistem korpus ini dilengkapi kemudahan untuk mencapai bentukbentuk kata, kata terbitan dan rangkai kata. Capaian atau hasil carian akan dipaparkan dalam bentuk baris-baris konkordans, dengan kata kunci carian tersusun dan terisih di tengah- tengah baris.
Kata kunci carian ialah katakata tertentu yang digunakan untuk membuat carian atau mencapai data yang diingini. Sistem korpus ini dilengkapi kemudahan untuk mencapai bentuk-bentuk kata, kata terbitan dan rangkai kata.
Capaian atau hasil carian akan dipaparkan dalam bentuk baris-baris konkordans, dengan kata kunci carian tersusun dan terisih di tengah-
tengah baris. Kata kunci carian ialah katakata tertentu yang digunakan untuk membuat carian atau mencapai data yang diingini.
Pencarian berdasarkan kata kunci ini boleh dibuat melalui pelbagai teknik carian, sesuai dengan maklumat yang ingin disarikan dan diperagakan. Teknik carian yang lazim digunakan adalah seperti yang berikut: i. Capaian melalui Kata Kunci (Bentuk Kata) Sesuatu bentuk kata dapat dicapai dengan menaipkan kata tersebut.
Misalnya, capaian yang menggunakan kata kunci “makan” akan memaparkan semua kehadiran bentuk ini dalam sesuatu korpus teks. ii. Capaian melalui Kata Kunci serta Simbol Bebas (* atau ?) Capaian sesuatu bentuk kata boleh juga dilaksanakan dengan menggunakan kata kunci serta simbol bebas “*” dan “?” (dengan “*” mewakili satu aksara atau lebih, manakala “?” mewakili satu aksara).
Sebagai contoh, pencarian dengan kata kunci “*kata*” akan memaparkan bentuk-bentuk seperti “kata”, “perkataan”, “berkata” dan sebagainya. Pencarian dengan kata kunci “b?t?l” akan memaparkan bentuk-bentuk seperti
“botol”, “batal”, “betul” dan sebagainya.
Sistem korpus ini juga dilengkapi dengan modul untuk menganalisis teks yang dikenali sebagai MATA (Malay Text Analysis). MATA mampu menghasilkan statistik tentang sesebuah teks termasuklah bilangan dan kekerapan perkataan, bilangan dan senarai kata akar, bilangan dan senarai kata baru serta bilangan dan senarai kata sahih.
Data korpus pula merupakan himpunan atau kumpulan teks digital yang boleh diproses dengan teknik dan kaedah linguistik pengkomputeran untuk menampilkan pola dan hubung kait sesuatu perkataan dengan perkataan lain.
Data tersebut adalah bersumberkan bahan atau wacana dalam bentuk tulisan, seperti buku, majalah, surat khabar, monograf, kertas kerja, dan risalah. Sehingga bulan Mac 2008, dalam PDK DBP-USM sudah terkumpul sekitar 132 juta kata.
Bagi yang berminat untuk melaksanakan kajian atau penyelidikan bahasa dengan memanfaatkan data yang terdapat dalam PDK, bolehlah berkunjung ke Bahagian Penyelidikan Bahasa, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka pada waktu pejabat.
|
|
|
|
|
| |
| Istilah Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| Mutiara Kata |
|
|
>>
|
Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Bahasa Sukuan |
|
|
>>
|
Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo.
Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
|
|
|
|
|
|
|
|