Sidang Editor:
|
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa
Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP
KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)
TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)
EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)
Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)
Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)
Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)
PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)
PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my
|
| |
|
|
 |
Aktiviti Sastera: Minggu Penulis Kanak-Kanak 2007
[Oleh Fizah Ibrahim]
"SAYA berasa sungguh gembira dan seronok dapat menyertai Minggu Penulis Kanak-kanak 2007 (MPKK) ini kerana program ini dapat membantu saya mendekatkan diri dengan bidang penulisan yang sangat saya minati", begitulah luahan adik Tan May Hun apabila ditanya tentang perasaannya menyertai MPKK. MPKK diadakan pada 9-13 Disember 2007 bertempat di Golden Straits Villas Beach Resort, Port Dickson. Program ini dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PUR-NAMA), DBP, dengan kerjasama Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IPMBB).
MPKK menyediakan ruang kepada kanak-kanak yang berbakat dalam bidang penulisan kreatif untuk mengembangkan bakat dan minat mereka. Program ini juga dapat membimbing kanak-kanak berkarya sesuai dengan kemampuan, bakat, minat dan sahsiah alamiah. Melalui program seumpama ini DBP dapat mengenal pasti penulis kanak-kanak yang berpotensi dalam bidang penulisan kreatif pada peringkat awal usia mereka.
Program yang berlangsung selama lima hari empat malam ini memberi pendedahan kepada peserta tentang teori dan amali penulisan buku bergambar, cerita pendek, puisi serta bimbingan motivasi dan riadah di samping mengadakan lawatan ke Taman Burung Unta untuk membantu mereka mendapatkan idea dalam berkarya.
DBP telah mengundang beberapa orang penceramah yang pakar dalam bidang masing-masing se-perti Encik Yusuf Ismail, seorang pelukis dan penulis buku bergambar yang terkenal, Puan Faziah Sulaiman dan Puan Zawiyah Abdul Shukor, pensyarah dari IPBMM, serta Puan Mahaya Md. Yassin, seorang penggiat sastera dan budaya yang aktif berkarya sehingga kini untuk membimbing peserta MPKK. Turut menjayakan program ialah Puan Lau Chen Chen, pegawai sains dari Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kuala Lumpur.
Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Kadazan, Cina, India dan Melayu telah menyertai MPKK. Semua peserta telah menerima sijil penyertaan masing-masing yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Sastera, Puan Hajah Izzah Abdul Aziz.
|
|
|
|
|
| |
| Istilah Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| Mutiara Kata |
|
|
>>
|
Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Bahasa Sukuan |
|
|
>>
|
Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo.
Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
|
|
|
|
|
|
|
|