Sidang Editor:
|
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa
Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP
KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)
TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)
EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)
Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)
Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)
Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)
PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)
PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my
|
| |
|
|
 |
Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara Ke-5
[]
”Sejarah dan sastera walaupun berbeza, namun kedua-duanya dapat saling dikaitkan menjadi satu karya sastera yang berunsurkan sejarah dan bercorak "historiografi", dan karya-karya sebegini sebenarnya telah lama wujud dalam sejarah persuratan kesusasteraan Melayu. Antaranya termasuklah Hikayat Raja-Raja Pasai, Sulalatus Salatin, Hikayat Acheh dan Hikayat Merong Mahawangsa”, ujar Timbalan Ketua Setiausaha III, Kementerian Luar Negeri Malaysia, YB Datuk Iskandar Sarudin, mewakili Menteri Luar Negeri Malaysia, YB Datuk Seri Syed Hamid Albar, ketika merasmikan Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara Ke-5 dan Majlis Penyampaian Hadiah kepada penerima Hadiah Mastera Ke-5, di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Tambah beliau lagi, "Karya sastera mempunyai peranan dan pengaruh yang penting kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana karya-karya sastera Melayu merupakan dokumen sosial yang berdaya merakamkan segala yang berlaku dalam masyarakatnya melalui susunan kata indah penglipur lara ataupun
tajam pandangan dan pena pengarangnya. Melalui karya-karya tersebut orang Melayu pada hari ini dapat saling berkongsi dan memanfaatkannya dalam pembinaan sahsiah bangsa dan sebagai rujukan terhadap ketamadunan Melayu."
Seminar tersebut diadakan di Dewan Seminar, Menara DBP, pada 27 hingga 28 November 2007, bertemakan "Sastera dan Sejarah: Tradisi dan Kesinambungan" menjadi wadah kepada para sarjana sastera dari dalam dan luar negara untuk bertukar-tukar maklumat dan pandangan tentang disiplin kesusasteraan dan sejarah yang sememangnya mempunyai hubungan yang akrab. Sebanyak 17 kertas kerja dan satu kertas ucap utama (dari Malaysia) telah dibentangkan oleh para pembentang dari dalam dan luar negara iaitu dari negara Brunei, Indonesia, Singapura, Thailand, Malaysia dan Australia. Kertas-kertas kerja yang dibentangkan antara lain tertumpu kepada peranan serta pengaruh yang dimainkan oleh sejarah dan sastera dalam membentuk
tamadun sesebuah bangsa, hubungan konsep antara sastera dan sejarah yang tidak dapat di-pisahkan dan kesinambungan antara karya-karya kreatif di Asia Tenggara serta hubungannya de-ngan peristiwa sejarah.
Seminar yang diadakan selama dua hari ini dihadiri oleh kira-kira 200 orang peserta yang terdiri
daripada kalangan penggiat dan peminat sastera negara.
Sumber bahan: Fatimah Zainal
|
|
|
|
|
| |
| Istilah Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| Mutiara Kata |
|
|
>>
|
Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Bahasa Sukuan |
|
|
>>
|
Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo.
Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
|
|
|
|
|
|
|
|