Sidang Editor:
|
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa
Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP
KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)
TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)
EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)
Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)
Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)
Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)
PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)
PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my
|
| |
|
|
 |
Pedoman Sastera: Asonansi dan Aliterasi
[Oleh Saifullizan Yahaya ]
PEDOMAN kali ini membincangkan jenis-jenis gaya bahasa perulangan. Secara umum, perulangan ialah salah satu ciri yang membezakan puisi dengan prosa. Dalam penulisan puisi, perulangan penting kerana ia bukan sahaja dapat menimbulkan kesan bunyi pada pendengaran pembaca tetapi kesan makna.
Antara perulangan yang terdapat dalam penulisan puisi ialah asonansi. Asonansi ialah perulangan huruf vokal a, e, i, o, u. Contoh asonansi dalam puisi yang sering menjadi rujukan ialah puisi Sasterawan Negara Usman Awang yang berjudul “Bunga Popi” seperti yang berikut:
Dari darah, dari nanah yang punah di tanah
Dalam baris pertama puisi tersebut, terdapat perulangan vokal “a”. Selepas kita membaca baris pertama puisi ini, terasa ada kemerduan bunyi yang senada. Begitulah kesannya jika seseorang penyair dapat memanipulasikan unsur gaya bahasa asonansi ini.
Namun begitu, untuk menerapkan gaya bahasa ini, seseorang penyair tidak boleh sambil lewa memadankan sesuatu kata, semata-mata untuk menimbulkan bunyi vokal yang sama sedangkan makna yang hendak disampaikan tidak berfungsi.
Gaya bahasa aliterasi pula merupakan perulangan huruf konsonan, iaitu huruf sela in huruf vokal. Sebagai contoh, dipetik sebaris ayat daripada puisi “Kurenungi” karya Jihaty Abadi yang terkandung dalam Kamus Puisi, (DBP, 2005, hlm. 4), seperti yang berikut:
Kurenungi kemurnian kehidupan
Dalam baris di atas, perulangan huruf konsonan ‘k’ di setiap awal perkataan telah dipilih oleh penyair untuk memberikan kesan tertentu kepada gaya pengucapannya.
Kedua-dua gaya bahasa perulangan ini jika dimanfaatkan dalam penulisan sesebuah puisi, bukan sahaja dapat menimbulkan kesan terhadap makna dan memberikan tekanan kepada bunyi, bahkan menjadi gaya penulisan seseorang penyair.
|
|
|
|
|
| |
| Istilah Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| Mutiara Kata |
|
|
>>
|
Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Bahasa Sukuan |
|
|
>>
|
Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo.
Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
|
|
|
|
|
|
|
|