Sidang Editor:
|
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa
Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP
KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)
TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)
EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)
Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)
Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)
Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)
PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)
PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my
|
| |
|
|
 |
PPSB Pemangkin Sastera Berkualiti
[Oleh Shuhailey Mahamad]
Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) merupakan komponen dalam program Latihan Khidmat Negara (PLKN). PPSB dilaksanakan buat pertama kalinya pada bulan Februari 2005 di sebelas buah kem PLKN yang terpilih di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Kumpulan 2 Siri 4/2007 sedang menjalani program di 80 buah kem di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dari 18 Mac hingga 9 Jun 2007. Diikuti Kumpulan 3 Siri 4/2007 yang akan bermula pada 17 Jun hingga 8 September 2007.
Pengisian
Secara umumnya, pengisian PPSB terbahagi kepada sesi penghayatan puisi, gerak kerja berkumpulan dan persembahan Citra Puisi. Dalam bahagian pertama, peserta didedahkan dengan puisi-puisi tradisional dan moden seperti pantun, syair, gurindam dan nazam.
Setiap peserta diwajibkan mengambil bahagian dalam persembahan, sama ada sebagai penggerak utama atau pembantu. Peserta diberi peluang untuk mengambil bahagian mendeklamasikan sajak di bawah bimbingan fasilitator.
Latihan kumpulan bermula setelah rangkadan konsep persembahan dibentangkan kepada fasilitator kumpulan. Persembahan Citra Puisi yang merupakan bahagian ter-akhir dalam pengisian program ini akan dinilai oleh para juri supaya menepati modul dan konsep program.
Bertepatan dengan puisi sebagai teras utama program, persembahan peserta adalah berdasarkan puisi yang dipilih dari teks program iaitu Antologi Puisi “Tanah Airku” terbitan DBP.
Selain dapat menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, program ini dapat memupuk minat dan bakat peserta dalam bidang sastera, khususnya puisi.
Ong Yee Yii, salah seorang pelatih lelaki peringkat 2/siri 4 Kem Sentosa, Chenderiang, Perak, berkata “Program ini sangat menyeronokkan dan banyak memberi pengalaman baru serta pendedahan tentang sastera dan budaya. Kini, saya mengetahui puisi tradisional yang lain seperti gurindam, nazam dan seloka.”
“Program ini bukan sahaja menanamkan semangat cinta akan budaya dan sastera, bahkan dapat melahirkan bakat baharu dalam puisi dan seni,” ujar Nozailina Othman, yang juga pelatih peringkat 2/siri 4, Kem Sentosa ketika ditemu ramah.
Ternyata PPSB sebagai salah satu komponen dalam PLKN mampu melahirkan wira dan wirawati negara yang berwawasan, di samping memupuk semangat perpaduan sesama peserta pelbagai kaum.
|
|
|
|
|
| |
| Istilah Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| Mutiara Kata |
|
|
>>
|
Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Bahasa Sukuan |
|
|
>>
|
Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo.
Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
|
|
|
|
|
|
|
|