Sidang Editor:
|
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa
Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP
KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)
TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)
EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)
Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)
Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)
Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)
PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)
PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my
|
| |
|
|
 |
MUNSYI MENULIS: Tanggungjawab PBT dalam Pengiklanan
[Oleh Nik Nor Ahmarizam Nik Ahmad]
Usaha Dewan Bahasa Pustaka (DBP) untuk memartabatkan bahasa kebangsaan sering kali dipandang ringan oleh segelintir masyarakat. Teguran konstruktif tentang kesalahan bahasa waima dalam paparan, penulisan atau pertuturan dipandang sinis dengan persepsi dangkal oleh sesetengah pihak yang ada kalanya bersikap keterlaluan terhadap bahasa asing. Mengapakah hal ini masih berlaku? Adakah DBP sebagai bakal “polis bahasa” tidak melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik-baiknya? Dalam hal ini, usahlah pihak yang tidak berkepentingan menuding jari serta membuat provokasi mengesampingkan fungsi proaktif DBP sebagai badan berkanun yang teguh memperjuangkan bahasa kebangsaan sejak setengah abad yang lalu.
Dalam keghaliban pencinta bahasa memperkatakan pelbagai isu yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan, namun kelunturan tatabahasa sosial yang semakin berleluasa tidak ditangani secara bersungguh-sungguh oleh rakyat Malaysia. Tatabahasa sosial yang dituturkan oleh khalayak bahasa dari satu generasi ke satu generasi mestilah menepati konsep ketatabahasaan yang diperjuangkan oleh cendekiawan bahasa. Hal ini demikian kerana penyungguhan penggunaan tatabahasa sosial yang mapan mampu menggugah khalayak dan sekali gus mengabsahkan kemanjuran tatabahasa sosial dalam kesantunan berbahasa.
Dunia periklanan, mutakhir ini memainkan peranan yang cukup besar untuk menguar-uar pelbagai jenis produk sesebuah syarikat atau kempen kesedaran kepada masyarakat. Hakikatnya, terdapat penggunaan bahasa Melayu yang menyalahi laras tatabahasa sosial. Terdapat banyak justifikasi berleluasanya ketirisan penggunaan laras tatabahasa sosial yang betul dalam dunia periklanan kini. Hal ini berlaku kerana ada para pengiklan yang masih tidak dapat memahami tahap fungsional bahasa iklan secara komprehensif.
Dalam kita membicarakan keistimewaan tatabahasa sosial dalam periklanan, pihak berkuasa tempatan (PBT) seyogianya menjiwai dan menghayati tahap fungsional bahasa iklan sebelum membenarkan papan iklan, papan tanda, kain rentang atau sepanduk digantung untuk tatapan umum. Secara ironinya, PBT termasuklah pengiklan hendaklah menggunakan pelbagai mekanisme dan kaedah empirikal yang telus dengan penggunaan tatabahasa sosial melalui bahasa Melayu yang betul.
Kebanyakan papan iklan, kain rentang atau sepanduk yang bergantungan di premis atau di tempat awam menggunakan laras bahasa persuratan umum tetapi tidaklah sebaik tahap bahasa persuratan terkawal. Mengapakah kemaslahatan tatabahasa sosial tidak dititikberatkan? Adakah pengiklan tidak merujuk PBT atau DBP untuk memastikan penggunaan bahasa iklan yang tepat? Mengapakah PBT begitu mudah membenarkan mana-mana syarikat untuk mempamerkan iklan mereka dengan penggunaan bahasa Melayu yang tidak tepat? Dalam hal ini, PBT seyogianya mengambil langkah yang berkesan untuk mewujudkan sinergi yang baik antara PBT, pengiklan, dan DBP.
Meneliti Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006: Langkah-langkah Memperkasakan Penggu-naan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam, pegawai-pegawai PBT harus peka dengan penyataan “mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, surat-menyurat, arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, penamaan di tempat awam (jalan, kawasan perumahan, premis perniagaan dan lain-lain) dan sebagainya”. Persoalannya, masih kedapatan papan tanda atau papan iklan awam yang mengagung-agungkan bahasa asing melebihi bahasa kebangsaan. Apakah istilah bahasa Melayu yang disusun oleh DBP tidak persis dengan konotasi yang ingin diuar-uarkan melalui iklan berbahasa Inggeris itu?
Pemantauan yang tidak berterusan oleh PBT terhadap penggunaan bahasa dalam periklanan membimbangkan para pencinta bahasa tempatan. Hal ini kerana penggunaan bahasa yang kurang baik boleh mempengaruhi minda dan bahasa pertuturan anak-anak.
PBT seyogianya prihatin dan sentiasa memantau penggunaan bahasa Melayu pada paparan awam. Pemantauan yang berterusan dan telus daripada PBT akan menjulang bahasa kebangsaan yang betul dan senada dengan DBP demi melestarikan penggunaan bahasa Melayu tinggi.
|
|
|
|
|
| |
| Istilah Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| Mutiara Kata |
|
|
>>
|
Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Bahasa Sukuan |
|
|
>>
|
Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo.
Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
|
|
|
|
|
|
|
|