Sidang Editor:
|
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa
Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP
KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)
TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)
EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)
Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)
Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)
Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)
PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)
PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my
|
| |
|
|
 |
Binaan Kata dalam Karang Mengarang
[]
Dalam keluaran lalu, telah kita bincangkan kata tunggal sebagai salah satu
binaan atau bentuk kata yang menjadi unsur penting dalam komunikasi, baik lisan mahupun tulisan.
Kata tunggal ialah kata yang dapat berdiri sendiri dalam pertuturan atau tulisan kerana kata jenis ini mempunyai sesuatu makna. Bentuk kata yang kedua ialah kata terbitan, iaitu kata yang menerima imbuhan (sama ada imbuhan dalam bentuk awalan, akhiran, apitan atau sisipan).
Kata terbitan dapat terbentuk daripada dua unsur, iaitu kata tunggal dan bentuk dasar terikat. Kata tunggal, oleh sebab mempunyai maknanya dan bentuknya sedia sempurna, disebut bentuk dasar bebas. Maksudnya, kata tunggal bebas atau dapat berdiri sendiri tetapi dapat juga menerima imbuhan, biasanya untuk menimbulkan makna yang lain.
Sebagai contoh awal, kata ada ialah kata tunggal kerana dapat berdiri sendiri, tetapi kata itu dapat menerima imbuhan tertentu untuk menimbulkan makna yang lain. Daripada kata itu, dapat diterbitkan kata seperti berada, mengadakan, diadakan, mengada-ada, keadaan.
Satu unsur lain yang dapat membentuk kata terbitan ialah bentuk dasar terikat. Bentuk itu disebut bentuk dasar kerana dapat menjadi dasar kata terbitan. Namun, bentuk itu disebut bentuk dasar terikat kerana tidak dapat berdiri sendiri.
Bentuk dasar terikat memerlukan unsur lain, misalnya imbuhan. Contohnya ialah juang, rangkak, punya, didih, alir. Semua bentuk itu belum bertaraf
kata atau tidak disebut kata tunggal kerana tidak dapat berdiri sendiri. Kesemuanya menjadi bentuk dasar bagi kata terbitan, misalnya: Juang: berjuang, memperjuangkan, diperjuangkan, perjuangan, pejuang Rangkak: merangkak Punya: mempunyai, dipunyai, kepunyaan Didih: mendidih, mendidihkan, dididihkan Alir: mengalir, mengalirkan, dialirkan, aliran Tidak pernah kita mendapati kata juang, rangkak, didih dan alir digunakan tanpa imbuhan.
Kata punya ada waktunya digunakan tetapi hanya dalam bentuk bahasa basahan atau bahasa percakapan. Ketepatan kata terbitan dapat dinilai daripada dua segi, iaitu segi bentuknya dan segi maknanya. Ada kata terbitan yang maknanya berubah atau hilang disebabkan bentuknya salah.
Contohnya: 1. Encik Hamzah sangat cekap mempermainkan alat muzik tradisional itu. (seharusnya: memainkan) 2. Hakim menjatuhi hukuman penjara dan sebatan kepada penjenayah itu. (seharusnya: menjatuhkan) 3. Mangsa kemalangan itu dikejar ke hospital. (seharusnya: dikejarkan) Semua kata terbitan dalam ayat-ayat di atas salah kerana
menyebabkan maknanya salah.
Ada pula kata terbitan yang salah bentuk atau binaannya walaupun tidak menyebabkan makna berubah atau hilang. Contohnya: 1. Perlaksanaan projek itu menjadi tanda tanya rakyat. (seharusnya: pelaksanaan) 2. Pemerintah tidak patut mengenepikan suara rakyat. (seharusnya: mengetepikan) 3. Pemimpin perlu mempastikan betul atau tidaknya aduan yang diterimanya. (seharusnya: memastikan) Kata terbitan dalam semua ayat di atas salah walaupun tidak mengubah atau menghilangkan maknanya.
Kesalahan itu disebabkan oleh bentuknya yang tidak mematuhi rumus atau aturan pengimbuhan dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu ada aturan tertentu tentang pengimbuhan. Misalnya, kita perlu menggunakan awalan pe- dalam kata pelaksanaan kerana kata itu merupakan kata nama terbitan yang terbentuk daripada kata kerja melaksanakan (awalan me- menjadi pe-).
Demikian juga, kata yang bermula dengan huruf k berubah menjading apabila menerima awalan me- (seperti bagi kata ketepi yang asalnya frasa sendi ke tepi lalu menjadi mengetepikan). Bagi kata yang bermula dengan huruf p, huruf itu berubah menjadi m seperti pada kata pasti lalu menjadi memastikan,bukan mempastikan).
Baik kesalahan kata terbitan yang menyebabkan makna berubah atau hilang mahupun kesalahan kata terbitan yang tidak mematuhi aturan pengimbuhan, keduaduanya penting diberi perhatian untuk menghasilkan karangan atau tulisan yang berkesan.
Kesalahan kata terbitan dapat mencacatkan karangan yang anda hasilkan kerana maklumat mungkin menjadi salah dan ragam bahasa rasmi yang sepatutnya anda gunakan dalam karangan bercampur-aduk dengan
bahasa basahan.
Perbincangan kita selanjutnya akan tertumpu pada kaedah membentuk kata terbitan dengan menggunakanpelbagai imbuhan yang ada dalam bahasa Melayu. Memahami dan kemudian menggunakan kata terbitan yang mematuhi kaedah itu amat penting dalam penghasilan karangan yang berkesan.
|
|
|
|
|
| |
| Istilah Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| Mutiara Kata |
|
|
>>
|
Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Bahasa Sukuan |
|
|
>>
|
Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo.
Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
|
|
|
|
|
|
|
|