Sidang Editor:
|
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa
Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP
KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)
TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)
EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)
Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)
Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)
Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)
PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)
PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my
|
| |
|
|
 |
Terampil Mengarang: Bahasa yang Berkesan dalam Keterampilan Mengarang
[Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan]
TIGA peringkat penting proses mengarang telah saya huraikan dalam siri ini pada sepanjang tahun 2007, iaitu tahap persediaan atau prapenulisan, tahap penulisan sebenar dan tahap penyemakan atau pascapenulisan. Bagi setiap tahap itu, terdapat pula langkah-langkah khusus yang perlu dilaksanakan.
Dalam siri kali ini, saya meng-ajak anda memberikan perhatian kepada aspek bahasa sebagai wahana kegiatan mengarang yang amat penting. Karangan yang terdiri daripada fakta, buah fikiran, hujah, harapan dan sebagainya perlu disampaikan melalui bahasa untuk sampai kepada khalayak pembaca. Oleh sebab itu, di samping aspek kesempurnaan isi, aspek kesempurnaan bahasa sama pentingnya untuk diberi perhatian oleh penulis. Ibarat hidang-an atau sajian makanan, tidak cukup tukang masak dan pela-yan mementingkan bahan yang dimasak sahaja. Ia perlu turut memberikan perhatian kepada aspek cara penyajian masakan itu, termasuk segala rencah dan ramuan yang sepatutnya.
Ada tulisan yang cukup isinya tetapi tidak dapat difahami de-ngan baik atau cepat oleh pembaca disebabkan oleh kecacatan aspek bahasanya. Kecacatan itu mungkin disebabkan maknanya yang kabur kerana salah memilih kata dan ungkapan atau mungkin juga disebabkan binaan atau struktur bahasa yang tidak kemas atau salah. Bahkan ada waktunya kesilapan tanda baca dapat juga menjejaskan kejelasan sesebuah karangan.
Sebagai bayangan awal, saya berikan beberapa contoh yang menunjukkan bagaimana sese-buah karangan terjejas keberkesanannya disebabkan oleh kecacatan aspek bahasanya. Dalam satu majlis konvokesyen, pemidato ucap jasa seorang penerima Profesor Emeritus membaca per-nyataan yang berbunyi, “Ketika umurnya baru setahun jagung, beliau telah melakukan sejumlah penyelidikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.”
Bayangkanlah bagaimanakah orang yang baru setahun jagung usianya dapat melakukan sejumlah penyelidikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Niat asal penulis pidato ucap jasa itu yang pasti murni bertukar menjadi suatu bentuk penghinaan pula. Ungkapan “umur baru setahun jagung” digunakan untuk menidakkan keupayaan seseorang.
Dalam salah satu program televisyen, pengacara menyebut, “Tetamu tidak sabar menyak-sikan mempelai dan pasangannya beradu di pelamin yang direka khas itu.” Adakah pe-ngantin yang beradu atau tidur di atas pelamin? Mungkinkah hal itu tradisi baru dalam istiadat perkahwinan?
Dalam berita, sesekali dapat kita baca atau dengar ayat yang berbunyi “Mangsa kemalangan itu dikejar ke hospital.” Bukankah zalim orang yang mengejar mangsa kemalangan? Mangsa itu sepatutnya dikejarkan ke hospital, bukan dikejar ke hospital.
Untuk memastikan bahawa bahasa yang digunakan sewaktu mengarang membantu keberkesanan karangan itu, tidak dapat dihindari usaha memahami sistem bahasa yang kita gunakan. Jika kita mengarang dalam bahasa Melayu, maka sistem bahasa itu perlu kita kuasai dengan baik. Demikianlah juga halnya jika kita mengarang dalam bahasa lain. Tidak sewajarnya ada sikap dan anggapan bahawa bahasa hanya alat dan oleh itu tidak begitu perlu diberi perhatian.
Apabila saya tekankan pen-tingnya penulis menguasai bahasa, saya tidak sama sekali bermaksud bahawa penulis perlu lebih dahulu menjadi ahli bahasa atau linguis. Pandangan sinis sedemikian kadang-kadang saya dengar daripada penulis yang menilai bahasa semata-mata sebagai alat, bukan keutamaan dalam penulisan. Dalam masyarakat yang menghargai ilmu dan disiplin penulisan, anggapan se-umpama itu tidak wujud.
Secara umumnya, ada dua aspek utama sistem bahasa yang perlu dikuasai. Yang pertama berkaitan dengan makna, baik pada peringkat kata, frasa, ayat mahupun wacana. Yang kedua berkaitan dengan aspek yang menjelmakan makna, iaitu tatabahasa, fonologi dan kosa kata. Tatabahasa meliputi sistem yang berkaitan dengan kaedah membina kata dan ayat. Dalam bahasa Melayu, binaan kata terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk. Setiap binaan kata itu ada aturannya. Demikian juga ayat dalam bahasa Melayu ada binaannya yang tertentu, sama ada dilihat daripada segi jenis ayat, golongan ayat, ragam ayat mahupun susunan ayat.
Daripada sudut yang lain pula, penguasaan bahasa dalam kegiatan karang-mengarang dapat juga dibahagi dua. Yang pertama ialah penguasaan aspek meka-nik bahasa (tatabahasa, sistem ejaan, tanda baca.) Yang kedua pula ialah penguasaan aspek dinamik bahasa (pilihan kata, ungkapan dan pelbagai jenis gaya bahasa).
Semua unsur bahasa yang penting untuk membantu kita menghasilkan karangan atau tulisan yang berkesan itu akan kita bincangkan dalam siri ini selanjutnya.
|
|
|
|
|
| |
| Istilah Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| Mutiara Kata |
|
|
>>
|
Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Bahasa Sukuan |
|
|
>>
|
Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo.
Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
|
|
|
|
|
|
|
|