Sidang Editor:
|
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa
Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP
KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)
TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)
EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)
Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)
Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)
Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)
PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)
PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my
|
| |
|
|
 |
CD-ROM Memperkaya Khazanah Berbahasa Melayu
[Oleh Norazlinda Misran]
CD-ROM “Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa, Boleh Berkomunikasi Jilid 1 dan 2”, “Lagu Kanak-kanak Jilid 3”, dan “Koleksi Puisi Bermontaj Jilid 8” menambahkan lagi koleksi produk berbahasa Melayu dalam pasaran.
Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerbitkan CD-ROM berserta buku ini diharap dapat menyuburkan minat membaca yang kian luntur dalam kalangan masyarakat.
CD-ROM "Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa, Boleh Berkomunikasi Jilid 1" ini menekankan asas penulisan dan mengenal huruf. Jilid 2 pula menyediakan pelbagai aktiviti untuk menguji minda kanak-kanak prasekolah dan mengajak mereka berfikir.
CD-ROM ini amat sesuai menjadi bahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu untuk kanak-kanak prasekolah yang berusia 4 hingga 6 tahun kerana kandungannya menepati Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang menerapkan aspek mendengar, membaca, menulis dan mengenal teknologi maklumat.
Lagu-lagu yang terkandung dalam CD-ROM “Lagu Kanak-kanak Jilid 3” pula memuatkan 16 buah lagu yang sesuai untuk tahap 1 (7-9 tahun). Selain CD-Audio, turut disertakan buku yang mengandungi lirik dan skor lagu yang bertujuan membantu guru membimbing para pelajar. Meskipun CD-ROM ini menekankan unsur hiburan untuk mewujudkan rasa riang, lagu-lagu tersebut turut menyelitkan unsur pendidikan, motivasi, kasih sayang, patriotisme dan kemanusiaan.
Sementara, peminat sastera yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia kepenyairan tanah air boleh menyimpan koleksi puisi terbaik penyair Rejab F.I., Lim Swee Tin, Zaen Kasturi, MarsliN.O. dan Zaleha M. Hashim yang terkandung dalam CD-ROM “Koleksi Puisi Bermontaj Jilid 8”. Persembahannya bercirikan web movie; mempunyai elemen teks montaj, audio deklamasi, karaoke dan muzik yang segar.
Ketiga-tiga CD-ROM tersebut dilancarkan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datin Paduka Seri Rosmah Mansur, di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2007.
“Pada zaman digital ini, ibu bapa mahu anak-anak mereka kenal dan mendendangkan lagu-lagu berbahasa Melayu agar rasa bangga dan cinta akan bahasa ibunda berputik sejak kanak-kanak lagi,” katanya.
“Proses pembelajaran ini secara tidak langsung membina keyakinan diri dan membentuk jati diri kanak-kanak dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai modal insan kelas pertama.”
Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah pula mene gaskan, “DBP akan memperbanyak penerbitan bahan bacaan berbahasa Melayu, sama ada dalam bentuk bercetak mahupun dalam bentuk elektronik atau multimedia untuk menyokong kandungan pembelajaran Sekolah Bestari.”
CD-ROM ini boleh dibeli melalui laman web www.karyanet.com atau www.sms32781.com dengan harga RM25.00 setiap satu.
|
|
|
|
|
| |
| Istilah Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| Mutiara Kata |
|
|
>>
|
Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Bahasa Sukuan |
|
|
>>
|
Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo.
Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
|
|
|
|
|
|
|
|