[ 03-12-2008 ]
Sidang Editor:
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP

PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa

Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP

KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)

TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)

EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)

Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)

Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)

Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)

PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)

PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP

Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my

 
Pelawaan sebagai penulis: Pakej Buku Teks KBSR Bahasa Arab Tahun 2
[]

Tawaran dibuka kepada calon-calon penulis yang memenuhi syarat-syarat bagi menulispakej buku teks tersebut bagi kegunaan tahun 2009 secara kaedah komisi.

Calon-calon penulis yang berpengalaman, berkelayakan dan mempunyai kepakaran dipelawa untuk me-nulis pakej buku teks tersebut yang terdiri daripada Buku Teks (BT), Buku Latihan dan Aktiviti (BLA), dan Buku Panduan Guru (BPG).

Syarat Permohonan:

  • Penulis mestilah warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 60 tahun.

  • Mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam mata pelajaran Bahasa Arab atau yang setaraf dengannya serta mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya lima tahun.

  • Mahir dan menguasai hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan pedagogi mata pelajaran Bahasa Arab.

  • Berpengalaman menulis, sama ada menulis buku teks atau buku-buku lain. Salinan kulit buku berkenaan yang telah disahkan perlu disertakan sebagai bukti hasil penulisan.

  • Mempunyai pengetahuan am yang luas dan terkini yang ada kaitannya dengan mata pelajaran Bahasa Arab.

  • Sanggup menulis satu pakej buku dan berkeupayaan melaksanakan tugas penulisan dalam masa yang ditetapkan.

  • Mematuhi peraturan, jadual, dan arahan daripada penerbit. Mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing.

  • Menghadiri taklimat/bengkel/mesyuarat yang dilaksanakan oleh DBP atau Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

  • Penulis yang terpilih tertakluk pada peraturan, jadual serta arahan.

    Cara Memohon:

    Dokumen boleh dibeli dengan harga RM50.00 daripada Bahagian Kewangan dan Bekalan, DBP mulai 15Mei 2007 hingga 30 Mei 2007 secara tunai atau dengan menggunakan Wang Pos/Wang Kiriman Pos/Draf Bank Berpalang atas nama Ketua Pengarah DBP.

    Disket dan satu salinan maklumat biodata penulis yang telah lengkap diisi dan disahkan oleh Ketua Jabatan hendaklah dikembalikan ke Bahagian Buku Teks, DBP selewat-lewatnya pada 15 Jun 2007 dan dilampirkan dengan resit asal pembelian dokumen.

    Manuskrip bab contoh hendaklah diserahkan pada 23 Jun 2007 sebelum pukul 4.30 petang.

    Taklimat akan diadakan pada 1 Jun 2007 di Dewan Seminar, Menara DBP, Kuala Lumpur. Penulis akan menerima honorarium bagi cetakan pertama dan royalti bagi cetakan ulang.

    Sila hubungi talian 21481270 (Daud Hamid), 21481019 (Siti Maizatul), 21481103 (Zawinnajah) atau e-mel: daud2@dbp.gov.my, rozihani@dbp.gov.my atau zawin@dbp.gov.my


  •  
    Istilah Bahasa  
    >> Patrimoni
    Harta pusaka yang diwarisi daripada bapa atau nenek moyang sebelah bapa.
    >> Patrilineal
    Berkaitan dengan hubungan keturunan atau kekeluargaan mengikut garis keturunan sebelah lelaki atau bapa.
    >> Mores
    Tatalaku, adat, kebiasaan dan sebagainya yang sudah mendasari nilai-nilai kehidupan sesuatu kumpulan.
    >> Pemawah
    Orang yang mengusahakan tanah, memelihara ternakan dan sebagainya yang dipawahkan oleh tuan punya kepadanya.
    >> Peracun
    1. Orang yang meracun atau meracuni: Perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi peracun. 2. Orang yang membuat racun.
    >> Peracik
    Orang yang menangkap burung dengan menggunakan racik: Bapanya bukanlah peracik burung sepenuh masa.
    >> Pempasteur
    1. Orang yang melakukan proses atau kerja pempasteuran. 2. Alat untuk mempasteurkan sesuatu bahan seperti susu, keju dan krim.
    >> Penyihir
    Orang yang mengenakan (ilmu) sihir terhadap orang lain.
    >> Perangka
    Orang yang merangka (program, rancangan dan sebagainya), perancang: Para perangka dan penyelia program ini terdiri daripada pegawai di Kementerian Pendidikan.
    >> Memprosakan
    Menukarkan puisi (sajak dan sebagainya) kepada prosa: Mereka juga diberi bimbingan tentang teknik memprosakan puisi, sajak dan sebagainya.
    >> Repertori (répertori)
    Persembahan teater yang terdiri daripada beberapa lakonan (drama) oleh satu kumpulan teater untuk tempoh masa yang singkat.
    >> Repertoir (répertoir)
    1. Semua drama, muzik, nyanyian, cerita dan sebagainya yang sedia untuk dinyanyikan (dilakonkan, dipersembahkan dan sebagainya) oleh penyanyi, pelakon, pemuzik dan sebagainya; 2. (Komputer) set arahan lengkap yang dimiliki oleh komputer tertentu.
    >> Sarkasme
    Kiasan atau ironi yang mengandungi unsur-unsur kata yang pedas yang bertujuan untuk menyakitkan hati seseorang, sindiran.
    >> Kesasterawanan
    Hal (sifat dan sebagainya) yang berkaitan dengan sasterawan: Pengarang harus memiliki keterampilan kesasterawanan yang menguasai teknik penulisan dan peka terhadap hal-hal kemanusiaan.
    >> Pak Mulung
    Tukang cerita dalam persembahan mekmulung yang turut sama melakonkan ceritanya dengan pelakon lain.
    >> Imperialisme (imperialism)
    Penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain sama ada dari sudut politik, ekonomi, sosial atau budaya. Dengan penguasaan ini, penjajah akan mengeksploitasi segala sumber dan tenaga yang terdapat dalam negara tersebut untuk kepentingan negara mereka.
    >> Hegemoni (hegemony)
    Penguasaan pemerintah terhadap orang ramai tanpa kekerasan dan paksaan. Orang ramai memberikan sokongan dan legitimasi kepada pemerintah tanpa menyedari bahawa mereka sedang dikuasai, khususnya dari sudut pemikiran dan nilai. Penguasaan ini boleh dibentuk melalui kempen yang berkesan, sistem pendidikan, peranan media, manipulasi unsur budaya, faktor sejarah masyarakat dan juga penggunaan agensi pemerintahan seperti polis, undang-undang, bahagian keselamatan dalam negeri, imigresen dan sebagainya. Melalui hegemoni ini, pemerintahan sesebuah kerajaan dapat bertahan lebih lama.
    >> Konserto
    Gubahan muzik yang menampilkan persembahan pemain solo dengan iringan orkestra.
    >> Presto (présto)
    Tempo muzik yang dimainkan dengan cepat.
    >> Rondo
    Bentuk lagu yang mengulangulang melodi utamanya, yang selalunya terdapat dalam pergerakan gubahan akhir muzik sonata atau konserto.
    >> Septet (séptét)
    1. gubahan muzik untuk sekumpulan tujuh orang penyanyi atau pemuzik; 2. kumpulan muzik yang terdiri daripada tujuh orang penyanyi atau pemuzik.
    >> Largo
    Muzik yang dimainkan dengan tempo yang sangat perlahan.
    >> Rabub
    Sejenis alat bunyi-bunyian bertali satu yang digesek, yang dimainkan oleh masyarakat kaum Kenyah di Sarawak.
    >> Bibliofil
    Orang yang suka mengumpul atau meminati buku, pencinta buku.
    >> Bigamis
    Orang yang beristeri atau bersuami dua.
    >> Filateli
    Kegemaran mengumpul dan mengkaji setem.
    >> Pempamer
    Pihak atau orang yang mempamerkan sesuatu produk, barang dsb: Pameran ini mencatat sejarah dengan penyertaan lebih enam ribu pempamer dari kira-kira dua ratus buah negara.
    >> Plutokrat
    Orang yang kaya-raya dan berkuasa, orang yang berpengaruh kerana kekayaannya.
    >> Purbawan
    Orang yang mengkaji, mengumpul dan menjual barang-barang purba atau antik.
    >> Tonem
    Tonem (ton'm) - Ciri nada yang membezakan dua bentuk atau kata seiras dalam bahasa nadaan seperti bahasa Cina dan bahasa Thai.

     
     
    Glosari  
    >> Covergirls (MAGAZINE)
    Wajah penghias
     
     
    Mutiara Kata  
    >> Tenas Effendy
    Sebagai pemimpin ianya cerdik
    Tahu Menyemak bijak menilik
    Tahu menyelesaikan perkara pelik.
    Ilmunya luas budi pun baik
    Akalnya panjang bicara pun molek
    Negeri makmur rakyat terdidik.
     
     
    Bahasa Sukuan  
    >> Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
    Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo. Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
     
    Hakcipta Terpelihara © 2007 Berita Harian Sdn Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.
    Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768
    Berita Harian Harian Metro Emedia Emedia NSTP