Sidang Editor:
|
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa
Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP
KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)
TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)
EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)
Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)
Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)
Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)
PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)
PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my
|
| |
|
|
 |
Kongres: DBP Musuh Golongan Penulis?
[Oleh Zulkifli Salleh]
PERANAN Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam bidang sastera dan penerbitan telah dipersoalkan dan dikritik semasa Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII baru-baru ini. Salah satu kertas kerja yang dibentangkan ialah “Meniti Zaman Menagih Impian: Dewan Bahasa dan Pustaka antara Kenyataan dan Harapan” yang dibentangkan oleh Profesor Dr. Md. Salleh Yaapar mengetengahkan kelemahan DBP dalam menangani penerbitan, seperti kelewatan, kehilangan manuskrip, produktiviti yang rendah, tanggapan dan rungutan bahawa DBP “tidak mesra penulis” atau yang lebih teruk lagi “musuh golongan penulis”. Isu lain yang turut disentuh ialah “mogok seni” Sasterawan Negara pada tahun 1980-an dan 2000.
Kritikan juga dibuat oleh salah seorang pengulas, iaitu Profesor Madya Dr. Sohaimi Abdul Aziz.
Walaupun DBP perlu menerima dengan dada terbuka kertas kerja dan ulasan daripada dua pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu, penjelasan juga perlu diberikan.
Lebih-lebih lagi kritikan tersebut menggambarkan seolah-olahnya DBP tidak memberikan perhatian yang serius dalam bidang sastera dan penerbitan. Malahan, sindiran Sohaimi Abdul Aziz bahawa Purnama (Pusat Pembinaan dan Pengembangan Sastera Kanakkanak dan Remaja) yang baru beroperasi awal tahun ini, “tidak berpurnama” adalah agak keterlaluan.
Saranan beliau agar semua makalah dalam jurnal terbitan DBP diwasitkan, sebenarnya sudah lama diamalkan.
DBP sentiasa menghantar sebarang makalah untuk dinilai terlebih dahulu oleh pakar dalam bidang berkenaan sebelum diterbitkan.
Begitu juga dengan juduljudul buku yang dihantar penulis.
Selepas dinilai, manuskrip buku berkenaan akan terlebih dahulu melalui dua jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Editorial, yang terdiri daripada Pengarah Penerbitan dan Ketua-ketua Bahagian di Jabatan Penerbitan DBP dan Jawatankuasa Penerbitan yang terdiri daripada Ketua Pengarah dan Ahli Lembaga yang dilantik bagi mengesahkan sesuatu judul buku sebelum diluluskan penerbitannya.
Oleh itu, tanggapan dan rungutan bahawa DBP “musuh golongan penulis”, adalah satu tuduhan yang melulu, bahkan DBP banyak membantu penulis menerbitkan karya mereka.
Dalam usaha meningkatkan kuantiti dan kualiti penerbitan, DBP sentiasa berhubung rapat dan menghargai sumbangan para penulis dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi, merangkumi peringkat kanak-kanak hinggalah ke pengajian tinggi. Sasaran penerbitan DBP bukan sekadar 300 atau 500 judul setahun, bahkan jika wujud kerjasama dan komitmen para penulis, DBP mampu mencapai 1000 judul setahun.
Masalah yang mendasari penerbitan DBP ialah kurangnya bilangan penulis yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam penulisan, dan bukannya tempoh penerbitan yang lama (kini, telah dikurangkan).
Meskipun terdapat kira-kira 18 000 orang pensyarah dan 18 buah universiti dan kolej universiti awam, namun bilangan penulis tidak menampakkan peningkatan. Menurut statistik buku yang didaftarkan di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan, dari tahun 1996 hingga 2004, jumlah penerbitan buku di negara ini adalah antara 5000 hingga 8000 judul setahun, manakala pada tahun 2005 meningkat kepada 10 310 judul. Adakah statistik ini mencerminkan kelemahan DBP atau masalah industri?
Hakikatnya, jumlah buku dagang bukan fiksyen dan buku ilmiah dan profesional yang diterbitkan di peringkat negara setiap tahun masih rendah. Berhubung dengan penerbitan buku ilmiah, DBP dan penerbit universiti sendiri mengalami kesukaran untuk mendapatkan manuskrip, dan hal ini juga diakui oleh Md. Salleh Yaapar berdasarkan pengalaman beliau di USM.
Semangat Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII mestilah diterjemahkan dalam bentuk tindakan, dan bukannya sekadar gah dengan kata-kata, saranan, dan desakan.
Malangnya, sepanjang sesi pembentangan kertas kerja dan ulasan dalam sesi tersebut, selain kritikan yang diselang-seli dengan sindiran, tidak kedengaran kedua-dua ahli akademik itu menyeru dan mendorong rakan sejawatan mereka di menara gading agar membanjiri DBP dengan ratusan atau ribuan manuskrip setiap tahun. Pengalaman Sohaimi Abdul Aziz bersama-sama DBP sebagai panel perunding dan juga sebagai penulis dan penilai dalam penerbitan Ensiklopedia Sastera Melayu merupakan salah satu bukti yang jelas. Namun, dalam keghairahan beliau mengkritik serta menyindir DBP, beliau tidak menyebut segala kejerihan ini.
Tidak hairanlah kebekuan intelektual di dunia Islam yang dibangkitkan oleh Riaz Hassan dalam The Star pada 13 November 2006 telah lama berlaku di Malaysia. Sebagai penerbit yang banyak bergantung pada menara gading, inilah masalah utama yang dihadapi oleh DBP.
|
|
|
|
|
| |
| Istilah Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| Mutiara Kata |
|
|
>>
|
Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Bahasa Sukuan |
|
|
>>
|
Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo.
Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
|
|
|
|
|
|
|
|