Sidang Editor:
|
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa
Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP
KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)
TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)
EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)
Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)
Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)
Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)
PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)
PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my
|
| |
|
|
 |
Debat: Pemikiran Al-Kindi: Pengaruh terhadap Intelektual Muslim di Malaysia dan Indonesia
[Oleh Norliza Embong]
Buku Pemikiran Al-Kindi Pengaruh terhadap Intelektual Muslim di Malaysia dan Indonesia ini merupakan sebuah tulisan untuk memahami perdebatan ahli-ahli falsafah, terutamanya Falsafah al-Kindi. Falsafah al-Kindi juga telah menjadi topik perbahasan yang agak kontroversial dan antara topik yang kini giat ditekuni kembali ialah kewujudan manusia, tabii manusia, struktur manusia, kewujudan Allah S.W.T., sifat-sifat Allah, kerasulan, penciptaan alam semesta, keabadian, kebangkitan jasad dan hakikat etika.
Al-Kindi dipandang sebagai ahli falsafah bangsa Arab yang pertama, bukan hanya kerana beliau sebagai pencinta hikmat yang pertama antara rakan sebangsanya, akan tetapi kerana kaedah, sikap dan pelibatannya dalam bidang penyelidikan yang baharu. Beliau menghubungkan jarak antara pendekatan intelek tual dengan disiplin falsafah yang wujud pada zaman itu.
Sesungguhnya pendekatan dan sikap inilah yang memberikannya gelaran sebagai ahli falsafah, kerana apa-apa yang beliau perkenalkan dalam bidang falsafah yang belum bercampur dengan ilmu-ilmu lain, sebenarnya hanya sedikit mengundang idea-idea asli sekalipun beliau memiliki pemikiran bebas.
Buku yang ditulis oleh Pensyarah Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia, Dr. Shahibuddin Laming yang berharga RM30 ini boleh didapati di Galeri Ilmu DBP dan Kedai Buku Koperasi DBP di Menara DBP. Antara buku-buku yang berkaitan de ngan agama Islam yang dihasilkan beliau ialah Cosmology in Islam (Nurin, 1993), Knowledge and Khilafah in Islam (Aras Mega, 1995), Man and Community in Islam (A.S. Noordeen, 1998), Some Basic Themes in the Quran (A.S. Noordeen, 2000) dan Knowledge in Human Society (A.S. Noordeen, 2002).
|
|
|
|
|
| |
| Istilah Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| Mutiara Kata |
|
|
>>
|
Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Bahasa Sukuan |
|
|
>>
|
Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo.
Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
|
|
|
|
|
|
|
|