Sidang Editor:
|
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa
Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP
KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)
TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)
EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)
Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)
Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)
Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)
PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)
PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my
|
| |
|
|
 |
Motif Alam dalam Batik dan Songket Melayu
[Oleh Rokiah Nordin]
Buku Motif Alam dalam Batik dan Songket Melayu merupakan satu hasil kajian tentang tekstil tempatan melalui temu bual dengan 30 informan yang mempunyai pelbagai peringkat kepakaran tentang sumber motif batik dan songket Melayu berdasarkan bahan artifak sebanyak 315 jenis blok batik dan kain songket dari tahun 1900 sehingga tahun 1999.
Kajian yang dianugerahi “Pingat Emas” oleh Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi di peringkat Universiti Putra Malaysia (UPM) ini pernah dipamerkan dalam bentuk poster di UPM, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Muzium Kraftangan.
Buku ini mengandungi enam bab dan dilengkapi ilustrasi berwarna. Penulisan dalam buku ini mengetengahkan penemuan baharu dalam bidang reka corak atau motif tempatan, khususnya batik dan songket Melayu daripada sumber alam semula jadi.
Buku yang membincangkan penggunaan prinsip seni, estetika dan reka bentuk yang mempengaruhi pemilihan motif pada tekstil, khususnya batik dan songket turut mengetengahkan penghasilan tekstil yang merangkumi masyarakat lampau, pengaruh dan penggunaan tekstil, serta ciri dan kaedah perusahaan batik dan songket.
Selain membincangkan motif dan corak tekstil dalam satu bab khusus, buku ini turut mengungkapkan satu analisis tipologi sumber batik dan songket daripada tumbuh-tumbuhan, haiwan, kosmologi dan alam bumi. Buku ini bukan sahaja memberikan maklumat tentang pengaruh motif dan corak dari sudut budaya yang mencakupi motif dalam reka corak tekstil, motif dan alam semula jadi, motif dan simbol, motif dan kosmologi serta motif alam semula jadi orang Melayu di Semenanjung Malaysia malahan mendedahkan latar belakang atau asal usul orang Melayu yang mencakupi bangsa Melayu, konsep budaya Melayu, sejarah dan tamadun Melayu serta orang Melayu Islam yang menyumbang kepada perkemba ngan budaya.
Buku yang mengandungi maklumat komprehensif tentang motif batik dan songket ini disusun secara kronologi berdasarkan sumber asli yang memperkaya khazanah bangsa. Buku ini bukan sahaja boleh menjadi buah tangan kepada pelancong asing, sekali gus dapat memperkenalkan tekstil tempatan dan juga warisan sejarahnya.
Buku ini ditulis oleh Dr. Haziyah Hussin , pensyarah di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putera Malaysia (UPM) yang pakar dalam bidang reka bentuk dan tekstil.
Beliau banyak menjalankan penyelidikan tentang pakaian dan tekstil tempatan dan luar negara, kini sedang giat menulis beberapa judul lagi tentang pakaian dan tekstil yang bakal diterbitkan oleh DBP.
|
|
|
|
|
| |
| Istilah Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| Mutiara Kata |
|
|
>>
|
Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Bahasa Sukuan |
|
|
>>
|
Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo.
Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
|
|
|
|
|
|
|
|