Sidang Editor:
|
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa
Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP
KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)
TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)
EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)
Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)
Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)
Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)
PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)
PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my
|
| |
|
|
 |
Debat Sosiobudaya "Dasar Ekonomi Baru: Menoleh Kembali Serampang Dua Mata"
[Oleh Md. Shukuri Hamzah]
Debat Sosiobudaya dengan tajuk “Dasar Ekonomi Baru: Menoleh Kembali Serampang Dua Mata” yang berlangsung pada 4 Ogos 2006, bertempat di Dewan Seminar, Tingkat 2, Blok Podium, Menara DBP Kuala Lumpur adalah bertujuan untuk menilai kembali strategi serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masya rakat dengan cara menghapuskan pengenalpastian kaum mengikut fungsi ekonomi yang dilaksanakan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Isu DEB diketengahkan bagi melihat semula kejayaan dasar tersebut dalam usaha meningkatkan taraf hidup kaum bumiputera dari segi ekonomi dan meningkatkan perpaduan antara kaum di Malaysia.
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Seri Abdul Rahman Maidin dalam hujahnya menegaskan antara punca yang menyebabkan DEB gagal mencapai matlamat yang disasarkan adalah kerana semangat tolong-menolong dalam kalangan orang Melayu sendiri kini sudah rapuh dan luntur dalam budaya Melayu.
Beliau turut menekankan agar keseimbangan antara dasar dan strategi pertumbuhan dengan dasar dan strategi pengagihan amat perlu diwujudkan supaya pada masa yang sama pertumbuhan ekonomi boleh ditingkatkan dan ketidakseimbangan taraf ekonomi antara orang Melayu dengan kaum lain dapat dikurangkan. Dengan kata lain, pengagihan hak dan manfaat ekonomi yang seimbang penting demi kesta bilan masyarakat Malaysia dalam tempoh jangka panjang.
Seorang lagi ahli panel, Timbalan Ketua Pengarah Sektor IPTS, Kementerian Pengajian Tinggi, Profesor Dr. Mahani Zainal Abidin, banyak menyentuh dilema masyarakat Melayu yang masih ketinggalan dalam bidang pendidikan berbanding dengan kaum bukan Melayu.
Menurutnya, penekanan yang berterusan perlu diberikan kepada aspek pembangunan modal insan, terutamanya dalam bidang pendidikan. Bagi mencapai hasrat tersebut, tumpuan harus diberikan bukan sahaja kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik, tetapi juga kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik, de ngan menyediakan peluang dalam bidang lain seperti seni dan kreatif.
Sementara itu, Felo Penyelidik Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Chamhuri Siwar, turut memberikan pandangan beliau berhubung dengan isu ini berdasarkan data-data statistik bagi menilai semula pencapaian DEB.
Menurut beliau, “pencapaian akhir DEB menggalakkan, namun jauh daripada mencapai sasaran, terutama dari segi penyusunan semula masyarakat”.
Debat anjuran DBP dengan kerjasama Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah DBP Y. Bhg. Dato’ Dr. Firdaus Hj. Abdullah.
|
|
|
|
|
| |
| Istilah Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| Mutiara Kata |
|
|
>>
|
Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Bahasa Sukuan |
|
|
>>
|
Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo.
Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
|
|
|
|
|
|
|
|