Sidang Editor:
|
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa
Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP
KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)
TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)
EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)
Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)
Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)
Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)
PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)
PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my
|
| |
|
|
 |
Penerbitan buku perlu dipergiat
[Oleh Normala Mohamad Yusof dan Niarwati Jepon]
“KITA sering membandingkan negara kita dengan negara China, Jepun, Korea, Jerman dan Perancis dari segi keupayaan mereka bertahan dengan bahasa kebangsaan mereka. Oleh itu, kita juga perlu mencontohi apa yang telah mereka laksanakan untuk mempertahankan, memperkembang dan memperkukuh bahasa kebangsaan mereka melalui penerbitan, penghasilan istilah dan penterjemahan serta harus juga membandingkannya dengan apa yang telah kita usahakan sepanjang tempoh 10 hingga 15 tahun kebelakangan ini.” Demikianlah yang ditegaskan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Ensiklopedia Sains dan Teknologi (EST) yang berlangsung pada 14 April 2006 bertempat di Dewan Bankuet, Menara DBP.
Menurut beliau lagi, “Dalam aspek penerbitan, khususnya kita harus mencontohi negara Korea Selatan yang berjaya menerbitkan sebanyak 40,000 judul buku setiap tahun, iaitu 0.1 peratus dari sejumlah 40 juta penduduknya. 70 peratus daripadanya merupakan buku bacaan umum. Jika kita mahu membandingkannya dengan negara kita, maka sasaran jumlah buku yang perlu diterbitkan oleh Malaysia setiap tahun mestilah tidak kurang daripada 25,000 judul dan 17,500 daripadanya mestilah terdiri daripada buku bacaan umum.
Beliau mengharapkan melalui Jawatankuasa Induk Penggerak Dasar Buku Negara ini kita dapat menetapkan sasaran tentang jumlah buku umum yang boleh kita terbitkan, jumlah judul buku yang hendak diterjemahkan dan jumlah judul karya penulis Malaysia yang hendak dipromosikan di pesta-pesta buku di luar negara.
Ensiklopedia Sains dan Teknologi merupakan projek kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mula diusahakan pada tahun 1993 dan siap sepenuhnya pada tahun 2005. Ensiklopedia yang terdiri daripada 12 jilid (termasuk Jilid Indeks) ini mengandungi 3519 entri daripada pelbagai bidang sains dan teknologi dengan bilangan penyumbang dan penulis seramai 1012 orang. Sesungguhnya diharapkan penerbitan EST ini mampu menjadi alat pembangunan fikiran, sosial dan kebudayaan bangsa Malaysia.
EST ini boleh dibeli di mana-mana Galeri Ilmu DBP pada harga RM2,622.00 satu set (termasuk Jilid Pengenalan). EST ini juga boleh dibeli secara eceran pada harga RM10.00 (Jilid Pengenalan); RM193 (Jilid 1); RM168.00 (Jilid 2); RM136.00 (Jilid 3); RM276.00 (Jilid 4); RM250.00 (Jilid 5); RM260.00 (Jilid 6); RM270.00 (Jilid 7); RM264.00 (Jilid 8); RM290.00 (Jilid 9); RM250.00 (Jilid 10); RM255.00 (Jilid 11); dan Jilid 12 (Indeks) diberi percuma bagi pembelian satu set sahaja.
|
|
|
|
|
| |
| Istilah Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| Mutiara Kata |
|
|
>>
|
Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Bahasa Sukuan |
|
|
>>
|
Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo.
Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
|
|
|
|
|
|
|
|