Sidang Editor:
|
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa
Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP
KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)
TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)
EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)
Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)
Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)
Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)
PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)
PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my
|
| |
|
|
 |
The World Book Encyclopedia Versi Bahasa Melayu Kini dalam Pasaran
[]
THE World Book Encyclopedia terbitan World Book Incorporation, Chicago, Amerika Syarikat yang telah diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ke bahasa Melayu kini berada dalam pasaran. Ia diterbitkan dalam 23 jilid termasuk jilid indeks yang mengandungi 14,000 entri, 25,000 ilustrasi yang berwarna penuh dan 1,000 peta.
Selain entri terjemahan The World Book Encyclopedia ke bahasa Melayu, ensiklopedia ini juga turut memuatkan 2,232 entri tambahan dari Global Arabic Encyclopedia terbitan Encyclopedia Pusblishing and Distributors, Riyadh, Arab Saudi, yang berkaitan agama Islam, budaya, akidah, sejarah dan tokoh-tokoh Islam yang bertaraf antarabangsa. Turut dimasukkan sebagai entri baharu ialah maklumat berkenaan Malaysia dan negara-negara jirannya.
Penerbitan Ensiklopedia Dunia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan satu usaha untuk menyediakan bahan bacaan yang berinformatif, luas dan mencakupi semua negara di dunia.
Selain menjadi rujukan dan sumber ilmu yang tuntas dalan bahasa Melayu, penerbitan ensiklopedia ini adalah sebagai salah satu usaha untuk melestarikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Ensiklopedia ini memenuhi keperluan rujukan harian dan kajian para pelajar di peringkat rendah dan menengah, rujukan am keluarga, pustakawan, guru-guru serta golongan profesional. Adalah diharapkan agar tradisi penghayatan ilmu dalam bahasa Melayu dapat berkembang pesat dengan penerbitan ensiklopedia ini.
MAKLUMAT ENSIKLOPEDIA
RENCANA yang terkandung dalam Ensiklopedia Dunia ini dipaparkan dalam bentuk ringkas dan padat serta mudah difahami, merangkumi lima aspek yang berikut:
Penerangan yang lengkap memberikan pembaca maklumat asas yang padu tentang sesuatu subjek.
Kepelbagaian bantuan visual bagi menjelaskan makna dan bagi mempertingkatkan pemahaman. Foto, lukisan, peta, rajah, carta dan graf menjadikan maklumat yang disampaikan menarik.
Senarai rencana yang berkaitan menggalakkan pembaca meluaskan skop kajian mereka tentang sesuatu subjek.
Garis kasar yang memberikan gambaran tentang rencana dan menunjukkan hubung kait di antara unitnya.
Soalan-soalan yang membantu pembaca mengulang kaji maklumat penting dalam rencana. Ia direka bentuk untuk memperteguh kefahaman tentang sesuatu topik utama.
|
|
|
|
|
| |
| Istilah Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| Mutiara Kata |
|
|
>>
|
Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Bahasa Sukuan |
|
|
>>
|
Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo.
Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
|
|
|
|
|
|
|
|