Sidang Editor:
|
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP
PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa
Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP
KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)
TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)
EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)
Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)
Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)
Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)
PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)
PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP
Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my
|
| |
|
|
 |
Nukleus: Keserbagunaan Bahasa Melayu
[Bersama Othman Ismail]
JIKA bahasa Melayu ingin menjadi bahasa pilihan pengguna negara ini, maka bahasa Melayu harus menjadi bahasa serba guna. Bahasa serba guna ialah bahasa yang mampu digunakan oleh para penggunanya dalam bidang apa pun. Bahasa Melayu kini ialah bahasa semi serba guna. Semi serba guna bermaksud tidak semua bidang bahasa Melayu menjadi pilihan pengguna.
Keserbagunaan bahasa tidak ada kaitan dengan mutu bahasa. Mutu bahasa ada kaitannya dengan standard bahasa. Keserbagunaan bahasa ialah keselesaan dan keyakinan pengguna berkomunikasi.Keselesaan dan keyakinan mendorongnya pemilihan. Pemilihan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor-faktor inilah yang akan menentukan sikap (pemilihan) pengguna bahasa itu sendiri. Pengguna melihat peranan bahasa lebih kepada alat untuk berkomunikasi. Hal-hal yang berkaitan dengan soal kenegaraan, semangat jati diri mungkin bukan menjadi hal yang utama dalam membuat pilihan.
Bahasa, baik bahasa apa pun di negara ini dilihat sebagai alat, iaitu alat yang dapat memudahkan penggunanya, alat yang menyelesakan penggunanya. Sebagai pengguna yang disajikan dengan pelbagai pilihan barangan, sudah tentu akan memilih barangan yang memudahkannya, menyelesakannya dan meyakinkannya. Mudah dengan erti kata boleh diperoleh di mana-mana, banyak tempat yang menyediakan kemudahan untuk mendapatkannya. Selesa dalam erti kata menjadikan pengguna berasa senang dan puas hati menggunakannya. Yakin dalam erti kata menjadikan penggunanya berasa megah, bangga, tanpa ragu-ragu kerana barangan tersebut terbukti keserbagunaannya. Oleh itu, barangan yang menjadi pilihan kadangkala bukanlah kerana barangan itu sendiri tetapi kerana sejauh mana barangan itu dapat mendekati hati para penggunanya iaitu dapat memudahkan, menyelesakan dan meyakinkan penggunanya.
Salah satu daripada sebab, bahasa Inggeris menjadi pilihan pengguna bahasa khususnya masyarakat bandar, malah masyarakat di luar bandar juga adalah kerana keserbagunaan bahasa Inggeris itu. Kerana perkembangan dan kemajuan ekonomi yang pesat, rempuhan globalisasi tanpa had yang didominasi oleh sektor bukan kerajaan, yang tidak terikat dengan peraturan, maka “barangan bahasa Inggeris” ini telah menjadi mudah, selesa dan meyakinkan penggunanya berbanding “barangan bahasa Melayu”, hinggakan hotel tidak ternama pun menyajikan pelanggannya dengan akhbar berbahasa Inggeris, kecuali atas permintaan.
Kemudahan untuk mendapatkan segala macam keperluan bahasa Inggeris, ada di manamana, sedangkan saluran kemudahan untuk mendapatkan kemudahan maklumat tentang bahasa Melayu amat terhad. Akibatnya, keserbagunaannya terjejas. Produk telekomunikasi seperti Digi, Hotlink dan Celcom berada dalam dunia persaingan yang tiada penghujungnya itu, terus mewujudkan beribu kios perkhidmatan untuk mendekati pelanggannya, tidak hanya bergantung kepada sebuah menara DIGI, sebuah menara Hotlink (Time Dot.Com) dan Menara Celcom.
Bahasa Melayu harus menjadi bahasa yang dapat memmungkinkan segala keserbagunaan kepada penggunaanya. Tidak kira dalam bidang apa pun. Bahasa Melayu harus dapat dicapai dalam pelbagai macam saluran kepenggunaan bahasa, hinggakan pengguna bahasa benar-benar selesa, yakin dan menyenangkan. Ilmunya banyak, kemudahan belajarnya tersedia, pelbagai peralatan untuk membolehkan kesebergunaan bahasa Melayu wujudnya pelbagai pilihan daripada peringkat kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa. Inilah kesebergunaan bahasa Melayu yang perlu ditingkatkan, bukan hanya dalam dunia pembelajaran dan pendidikan malah dalam dunia hiburan juga. Persaingan dapat memungkinkan segala macam keserbegunaan bahasa Melayu.
Oleh itu, jika bahasa Melayu hendak menjadi bahasa serba guna maka bahasa Melayu harus ditafsir daripada sudut persaingan dan kepenggunaannya.
|
|
|
|
|
| |
| Istilah Bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
| |
| Mutiara Kata |
|
|
>>
|
Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
| Bahasa Sukuan |
|
|
>>
|
Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo.
Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
|
|
|
|
|
|
|
|