[ 06-07-2008 ]
Sidang Editor:
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP

PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa

Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP

KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)

TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)

EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)

Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)

Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)

Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)

PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)

PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP

Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my

Munsyi Dewan - Membantu DBP Membudayakan Bahasa Kebangsaan
"Kita tidak mahu menjadi seperti bangsa Hawaii yang telah kehilangan bahasa ibundanya lantaran kealpaan terhadap kepentingan bahasa kebangsaan sebagai jati diri negara bangsa mereka. Atas kesedaran inilah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dipertanggungjawabkan untuk memartabatkan bahasa Melayu dengan melipatgandakan usaha pembudayaan bahasa kebangsaan ke segenap lapisan masyarakat tanpa mengira sempadan dan wilayah. Dalam hal ini, Munsyi Dewan memainkan peranan penting untuk memberikan perkhidmatan”.
- May 21, 2008 10:05 am

Nukleus: Keserbagunaan Bahasa Melayu
JIKA bahasa Melayu ingin menjadi bahasa pilihan pengguna negara ini, maka bahasa Melayu harus menjadi bahasa serba guna. Bahasa serba guna ialah bahasa yang mampu digunakan oleh para penggunanya dalam bidang apa pun. Bahasa Melayu kini ialah bahasa semi serba guna. Semi serba guna bermaksud tidak semua bidang bahasa Melayu menjadi pilihan pengguna.
- May 21, 2008 9:56 am

Bicara Karyawan: Aliran Terkini Jualan Buku Melayu
Kedai buku hanya menjual buku-buku yang laku. Disebabkan buku berbahasa Melayu (buku Melayu) sekarang sangat laku, maka kedai-kedai buku semakin banyak mempamerkan buku-buku Melayu. Pada saat ini permintaan bagi buku-buku Melayu sedang berkembang dengan pesat. Fenomena ini persis apa yang berlaku pada zaman kegemilangan buku Melayu dalam era 1970-an dahulu.
Pedoman Sastera: Imejan
DALAM Pedoman yang lalu, telah dibincangkan tentang imej dan kita telah meneliti imej-imej yang terdapat dalam puisi Kemarau karya penyair T. Alias Taib. Dalam Pedoman kali ini pula, kita akan melihat pula imejan dalam puisi. Apakah itu imejan? Imejan ialah himpunan imej-imej yang digunakan dalam sesebuah puisi.

PROTOKOL DI MALAYSIA
Tradisi dan Amalan
Edisi Kedua
Mokhtar Haji Mohd. Tohar
Ahmad Fawzi M. Basri
ISBN 978-983-62-9253-7
RM160.00 # 402 hlm.

Sebuah rujukan lengkap yang menerangkan secara tepat tentang konsep dan tatacara protokol serta etiket yang menjadi amalan di negara ini. Turut memaparkan susunan keutamaan bendera dalam Malaysia, susunan keutamaan, susunan tempat duduk serta cara pengendalian sesuatu majlis rasmi. Padat dengan maklumat dengan dibantu oleh gambar foto dan rajah-rajah yang memudahkan pemahaman pembaca. Buku ini juga turut memaparkan tatasusila dalam pergaulan sosial yang diperlukan oleh individu dalam pergaulan harian. Jangan ketinggalan untuk memperoleh naskhah anda hari ini.
Budi Yang Baik Jadi Ingatan
SIDANG Editor Klik DBP mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Profesion keguruan ialah kerjaya yang paling dihormati. Begitu mulianya sumbangan mereka hingga ada suatu hari dalam setahun diiktiraf sebagai hari untuk mengenang jasa lebih daripada 350,000 guru yang masih berkhidmat di seluruh pelosok negara. Oleh itu, hargailah jasa dan sumbangan para guru yang tidak pernah jemu mendidik anak bangsa. Bersama-samalah kita menzahirkan rasa terima kasih kepada semua guru termasuklah ratusan ribu yang tidak lagi berada dalam perkhidmatan tetapi tetap kekal dipanggil "Cikgu".
- May 21, 2008 9:28 am

Istilah Bahasa
>> Patrimoni
Harta pusaka yang diwarisi daripada bapa atau nenek moyang sebelah bapa.
>> Patrilineal
Berkaitan dengan hubungan keturunan atau kekeluargaan mengikut garis keturunan sebelah lelaki atau bapa.
>> Mores
Tatalaku, adat, kebiasaan dan sebagainya yang sudah mendasari nilai-nilai kehidupan sesuatu kumpulan.
>> Pemawah
Orang yang mengusahakan tanah, memelihara ternakan dan sebagainya yang dipawahkan oleh tuan punya kepadanya.
>> Peracun
1. Orang yang meracun atau meracuni: Perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi peracun. 2. Orang yang membuat racun.
>> Peracik
Orang yang menangkap burung dengan menggunakan racik: Bapanya bukanlah peracik burung sepenuh masa.
>> Pempasteur
1. Orang yang melakukan proses atau kerja pempasteuran. 2. Alat untuk mempasteurkan sesuatu bahan seperti susu, keju dan krim.
>> Penyihir
Orang yang mengenakan (ilmu) sihir terhadap orang lain.
>> Perangka
Orang yang merangka (program, rancangan dan sebagainya), perancang: Para perangka dan penyelia program ini terdiri daripada pegawai di Kementerian Pendidikan.
>> Memprosakan
Menukarkan puisi (sajak dan sebagainya) kepada prosa: Mereka juga diberi bimbingan tentang teknik memprosakan puisi, sajak dan sebagainya.
>> Repertori (répertori)
Persembahan teater yang terdiri daripada beberapa lakonan (drama) oleh satu kumpulan teater untuk tempoh masa yang singkat.
>> Repertoir (répertoir)
1. Semua drama, muzik, nyanyian, cerita dan sebagainya yang sedia untuk dinyanyikan (dilakonkan, dipersembahkan dan sebagainya) oleh penyanyi, pelakon, pemuzik dan sebagainya; 2. (Komputer) set arahan lengkap yang dimiliki oleh komputer tertentu.
>> Sarkasme
Kiasan atau ironi yang mengandungi unsur-unsur kata yang pedas yang bertujuan untuk menyakitkan hati seseorang, sindiran.
>> Kesasterawanan
Hal (sifat dan sebagainya) yang berkaitan dengan sasterawan: Pengarang harus memiliki keterampilan kesasterawanan yang menguasai teknik penulisan dan peka terhadap hal-hal kemanusiaan.
>> Pak Mulung
Tukang cerita dalam persembahan mekmulung yang turut sama melakonkan ceritanya dengan pelakon lain.
>> Imperialisme (imperialism)
Penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain sama ada dari sudut politik, ekonomi, sosial atau budaya. Dengan penguasaan ini, penjajah akan mengeksploitasi segala sumber dan tenaga yang terdapat dalam negara tersebut untuk kepentingan negara mereka.
>> Hegemoni (hegemony)
Penguasaan pemerintah terhadap orang ramai tanpa kekerasan dan paksaan. Orang ramai memberikan sokongan dan legitimasi kepada pemerintah tanpa menyedari bahawa mereka sedang dikuasai, khususnya dari sudut pemikiran dan nilai. Penguasaan ini boleh dibentuk melalui kempen yang berkesan, sistem pendidikan, peranan media, manipulasi unsur budaya, faktor sejarah masyarakat dan juga penggunaan agensi pemerintahan seperti polis, undang-undang, bahagian keselamatan dalam negeri, imigresen dan sebagainya. Melalui hegemoni ini, pemerintahan sesebuah kerajaan dapat bertahan lebih lama.
>> Konserto
Gubahan muzik yang menampilkan persembahan pemain solo dengan iringan orkestra.
>> Presto (présto)
Tempo muzik yang dimainkan dengan cepat.
>> Rondo
Bentuk lagu yang mengulangulang melodi utamanya, yang selalunya terdapat dalam pergerakan gubahan akhir muzik sonata atau konserto.
>> Septet (séptét)
1. gubahan muzik untuk sekumpulan tujuh orang penyanyi atau pemuzik; 2. kumpulan muzik yang terdiri daripada tujuh orang penyanyi atau pemuzik.
>> Largo
Muzik yang dimainkan dengan tempo yang sangat perlahan.
>> Rabub
Sejenis alat bunyi-bunyian bertali satu yang digesek, yang dimainkan oleh masyarakat kaum Kenyah di Sarawak.
>> Bibliofil
Orang yang suka mengumpul atau meminati buku, pencinta buku.
>> Bigamis
Orang yang beristeri atau bersuami dua.
>> Filateli
Kegemaran mengumpul dan mengkaji setem.
>> Pempamer
Pihak atau orang yang mempamerkan sesuatu produk, barang dsb: Pameran ini mencatat sejarah dengan penyertaan lebih enam ribu pempamer dari kira-kira dua ratus buah negara.
>> Plutokrat
Orang yang kaya-raya dan berkuasa, orang yang berpengaruh kerana kekayaannya.
>> Purbawan
Orang yang mengkaji, mengumpul dan menjual barang-barang purba atau antik.
>> Tonem
Tonem (ton'm) - Ciri nada yang membezakan dua bentuk atau kata seiras dalam bahasa nadaan seperti bahasa Cina dan bahasa Thai.

Glosari
>> Covergirls (MAGAZINE)
Wajah penghias

Mutiara Kata
>> Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein
"...dengan kesungguhan yang berterusan untuk terus menunaikan amanah dan tanggungjawab yang suci dan murni sebagai guru yang cemerlang untuk membina negara yang terbilang."

Bahasa Sukuan
>> Bahasa Sukuan: Sondulu
Sondulu ialah kosa kata bahasa suku kaum Kadazandusun yang bermaksud kuku. Kata ini diucap dalam tiga suku kata son-du-lu. Contoh penggunaannya adalah seperti dalam ayat yang berikut; Penari kebudayaan itu menggunakan sondulu palsu sebagai aksesori.

Hakcipta Terpelihara © 2007 Berita Harian Sdn Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768
Berita Harian Harian Metro Emedia Emedia NSTP