logo
logoemedia
 
Rezeki anugerah

Oleh Zul Husni Abdul Hamid


BERTUAH: Hishamuddin menyerahkan replika kunci kereta kepada Nasarudin (dua dari kiri) sambil disaksikan Manja.

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 dirai penuh meriah

TERANG langit yang membiaskan cahaya merah menemani redup petang di West Garden Lawn, Palace of the Golden Horses Hotel, Seri Kembangan, kelmarin seakan berkongsi keceriaan wajah pemenang 16 kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007.


Kehijauan laman dihiasi indah kuntuman mawar merah dan putih tajaan perunding perkahwinan terkenal, Razak Ahmad, seakan tersenyum menyambut kehadiran nama besar yang sedang meniti populariti di bibir peminat atas hasil usaha memacu karier sebagai insan seni.


Hampir dua bulan selepas acara gemilang ABPBH 2007 mengakhiri detik kemuncaknya di Arena Of Stars, Genting Highlands, 30 Mac lalu, saat bermakna berkunjung tiba apabila semua pemenang menerima habuan masing-masing.


Tidak hanya pemenang kategori artis menerima ganjaran masing-masing atas kemenangan mereka pada malam bersejarah itu, acara berkenaan juga meraikan pembaca Berita Harian yang menjadi nadi kepada kejayaan seseorang selebriti.


Umum sedia maklum, juara Akademi Fantasia musim ketiga, Asmawi Ani atau Mawi kembali mempertahankan anugerah tertinggi, Bintang Paling Popular ABPBH 2007 apabila menerima undian keseluruhan 119,268 daripada pembaca Berita Harian.


Mengenepikan empat saingan terdekatnya iaitu Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza, Saiful Apek dan Aznil Nawawi, Mawi membuktikan kontroversi yang melingkari perjalanan seninya tidak sesekali memudarkan kepercayaan peminat untuk mengiktiraf dirinya terus di puncak.


Hasil kemenangan itu, anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini menerima kereta Peugot 407 (2.0) bernilai RM185,000 tajaan Nasim Sdn Bhd.


Penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Aduh Saliha itu turut menerima set barangan kemas eksklusif tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000 serta pakej penginapan mewah di Hotel Palace Of Golden Horses serta wang tunai RM3,000.


Hati mana yang tidak cemburu melihat kejayaan penyanyi yang baru tiga tahun melakar nama di persada seni, namun semua penghargaan itu tidak datang bergolek.


Populariti datang bersama pelbagai dugaan, malah perjalanan seni Mawi sendiri yang masih mentah turut diuji rentetan kontroversi yang bila-bila masa saja boleh menjatuhkan namanya.

TAHNIAH: Amalina tersenyum riang menerima hadiah barangan Habib bernilai RM50,000 daripada Hishamuddin.


Seperti kata Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun, kemenangan dalam ABPBH 2007 barangkali memberi keselesaan kepada seseorang insan seni.


Namun katanya, keselesaan bukan jaminan untuk terus bertahan kerana seandainya tidak disertai dengan kerja keras kerjaya mereka barangkali menuju detik kehancuran.


“Justeru, artis harus beringat nilai populariti bergantung kepada kerjaya seni mereka, sama ada menerusi produk berkualiti dan imej peribadi yang dipamerkan.


“Selagi ada kesungguhan serta bijak menjaga reputasi dan imej sendiri, seseorang anak seni akan berjaya memikat hati peminat.


“Semua itu datang dengan usaha dan kegigihan untuk meningkatkan mutu kerjaya seni masing-masing kerana hanya mereka yang komited serta rajin memperbaiki kelemahan diri akan mendapat sanjungan peminat,” katanya.


Tidak melupakan peminat yang menjadi tulang belakang kuat menyokong perjalanan karier seseorang insan seni, Berita Harian turut menyediakan pelbagai hadiah lumayan menerusi kempen Undi & Menang.


Pemilihan pembaca yang ditentukan menerusi slogan kreatif dan menarik berlangsung selama dua bulan itu menyaksikan rezeki berpihak kepada ahli perniagaan, Nasarudin Zakaria.


Berasal dari Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang, Nasarudin, 39, yang bersatu idea dengan isterinya menghantar 40 borang penyertaan membuahkan hasil apabila dia dipilih sebagai pemenang utama kategori pembaca.


Hasil kemenangan itu, Nasarudin memandu pulang kereta Peugot 307 bernilai RM140,000 juga tajaan Nasim Sdn Bhd.


Sementara itu, Amalina Othman, 30 dari Shah Alam, Selangor dipilih sebagai pemenang kedua dan menerima set barang kemas Habib Jewels bernilai RM50,000.


Tiga pemenang hadiah ketiga iaitu Mohd Shahizan Md Yusof dari Kuala Lumpur, Afiz Mohd Noor dari Kuala Terengganu, Terengganu dan Abu Sufian Muin dari Subang Jaya, Selangor masing-masing menerima barang kemas Habib bernilai RM20,000.


Selain menerima ganjaran hasil usaha masing-masing, acara itu juga menjadi medan untuk artis beramah mesra dengan peminat yang selama ini begitu setia menyokong kerjaya seni mereka.


Jika sebelum ini mereka hanya mampu melihat dari jauh artis kesayangan tetapi menerusi acara penuh bermakna ini, mereka juga berpeluang untuk berbual dan merakamkan gambar bersama.


Itulah kelebihan ABPBH yang bukan saja menobatkan artis popular tetapi juga memberi peluang kepada pembaca merealisasikan impian untuk bertemu artis pujaan mereka.


INFO: ABPBH2007


  • Antara pemenang yang hadir pada petang bersejarah itu ialah pemenang kategori Penyanyi Wanita Popular, Datuk Siti Nurhaliza; Rusdi Ramli (Pelakon Filem Lelaki Popular); Fasha Sandha (Pelakon Filem Wanita Popular); Rosyam Nor (Pelakon TV Lelaki Popular); Dynas (Pelakon TV Wanita Popular) dan Dafi (Artis Baru Lelaki Popular).


  • Kecuali Rabbani yang menerima wang tunai RM5,000, kesemua pemenang kategori solo menerima wang tunai RM3,000.


  • Turut diraikan penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, M Nasir dan pelakon, Nora Danish yang dipilih sebagai Artis Wanita Paling Glamor.


  • Majlis penyampaian hadiah ABPBH 2007 diserikan dengan persembahan Dafi yang membawakan single popularnya, Bila Terasa Rindu serta duet Siti dan Mawi menerusi lagu Doa Buat Kekasih.


  • ABPBH 2007 yang dianjurkan Berita Harian dengan kerjasama Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia diikuti lebih 4.5 juta penonton ketika disiarkan secara langsung menerusi TV3.


  • Jumlah itu mewakili 63.5 peratus daripada keseluruhan penonton isi rumah dan menunjukkan ABPBH 2007 sedang mencipta pengaruh yang besar dalam industri hiburan apabila mencatat peningkatan jumlah penonton berbanding 4.41 juta pada ABPBH 2006.


  • Biarpun berlangsung dalam suasana kurang selesa kerana bahang panas masih terasa, namun semua tetamu yang datang tetap bertahan kerana majlis ini mendekatkan peminat dengan artis kesayangan mereka.


  • Datuk Siti Nurhaliza terpaksa bergegas pulang sebelum acara selesai kerana mengejar waktu untuk berbuka puasa di rumah. Siti ditemani pengurus yang juga kakak iparnya, Rozie Abdul Razak.


  • Sekali pun mengejar waktu, malah bimbang terperangkap dalam kesesakan jalan raya kerana mahu menghadiri majlis makan malam anjuran Maybelline, Fasha Sandha masih sempat melayani permintaan jurugambar yang mahukan aksi terbaik daripadanya.


  • Sangkakan Mawi turut diminati peminat berbangsa asing. Lucunya, peminat itu mendekatinya bukan untuk mendapatkan tandatangan sebaliknya meminta Mawi memberikan empat digit nombor ekor.


  • Dafi yang memenangi kategori Artis Baru Lelaki Popular mahu menghadiahkan set barang kemas yang dimenangi kepada ibu tersayang.


  • Hiasan indah laman West Garden Lawn, Hotel Palace Of Golden Horses yang dilatari kuntuman mawar merah dan putih ditaja pereka hiasan dalaman dan perunding perkahwinan terkenal, Razak Ahmad. Selesai acara, bunga itu menjadi rebutan tetamu untuk dibawa pulang sebagai kenangan.


Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November