logo
logoemedia
 
Impak undi popular

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

HIDUP bagaikan putaran roda, ada masa di atas, ada masa di bawah. Lantas kemenangan Raja SMS, Mawi sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bint ang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 selama tiga tahun berturut-turut walaupun undiannya merosot bukanlah suatu kejutan. Mawi, 26, yang meraih 119 ,268 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan empat artis popular lain yang mendapat undi tertinggi iaitu Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza, Saiful Apek dan Aznil Nawawi.

Bagaimanapun, jumlah undi yang diperoleh Mawi merosot berbanding 261,555 undi yang diraihnya musim lalu. Mawi turut dipilih memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular juga tiga kali berturut-turut mengetepikan Faizal, Anuar Zain, Hazami dan Adam.

Berikutan kemenangan itu, Mawi membawa pulang kereta Peugeot 407 (2.0) berharga RM185,000 tajaan Nasim Sdn Bhd serta set barang kemas eksklusif tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000, selain trofi. Ikuti komen Mawi dan pemenang lain sebaik saja dinobatkan jaguh dalam kategori masing-masing di Arena of Stars, Genting Hinghlands.

Mawi (Bintang Paling Popular/Penyanyi Lelaki Popular)

"Alhamdullilah ... tiga tahun berturut-turut saya masih memegang takhta Bintang Paling Popular dan Penyanyi Lelaki Popular, sekali gus melenyapkan cakap-cakap belakang populariti saya bakal berakhir. Saya tidak pernah meletakkan kemenangan ini sebagai bebanan mahupun fikir soal populariti sudah menurun. Kemenangan ini memberi semangat. Terima kasih kepada peminat yang terus memberi sokongan walaupun saya tak pernah senyap dari dibelenggu kontroversi."

Datuk Siti Nurhaliza (Penyanyi Wanita Popular)

"SIAPA kata saya tak pernah kalah sebelum ini? Sejak 10 tahun lalu, ramai peminat bertanya apakah saya mampu mempertahankan kedudukan saya? Saya pernah kalah sebelum ini dan menerima segala keputusan dengan hati terbuka. Jika menang, saya bersyukur dan jika kalah, saya akan terus membaiki diri. Ini adalah kali ke-11 saya menerima trofi Penyanyi Wanita Popular. Saya hargai kepercayaan yang diberikan peminat selama ini walaupun imej penampilan saya kini berbeza. Bukan mudah untuk mengekalkan kejayaan."

M Nasir - Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat

"Biarpun sudah tiga dekad menghambakan diri kepada bidang seni, saya bersyukur karya saya terus menyinari dunia seni.

Saya akan terus berkarya selagi terdaya dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ini tentunya memberikan lebih semangat untuk menghasilkan karya lebih baik pada masa depan.

"Paling penting, seseorang penggiat seni perlu memiliki ketabahan. Sebagai anak seni, ada waktunya kita mudah berasa hati. Saat beginilah yang memerlukan tabah dengan segala ujian yang menghampiri. Peminat juga boleh melupakan kita kerana mereka sentiasa mahukan sesu atu yang baru. "Kerana itu juga, kita memerlukan daya ketahanan yang tinggi. Hanya karya yang baik mampu menjawab segalagalanya."

Fara Fauzana (Pengacara TV Wanita Popular/Penyampai Radio Wanita

Popular)


"TAK pernah terdetik untuk menang, apatah membolot dua kategori sekali gus pada satu malam. Bagaimanapun, ia adalah tanggungjawab besar untuk saya galas dalam mengendalikan kerjaya sebagai pengacara TV dan penyampai radio. Kemenangan sebagai penyampai radio sedikit sebanyak memberikan tekanan buat saya dan Faizal Ismail. Saya memang susah hati dan pastinya, pendengar meletakkan harapan tinggi pada show kami."

Faizal Ismail (Penyampai Radio Lelaki Popular)

"KEMENANGAN ini mungkin berkat kata-kata Halim Othman yang saya akan berada di tempatnya suatu hari ini. Halim banyak memberi tunjuk ajar dan menyuntik keyakinan dalam diri saya. Bagi saya, nama saya hanya berada di celah mereka yang popular seperti AC Mizal dan Aznil Nawawi, tidak terdetik pun akan menang."

Aznil Nawawi (Pengacara TV Lelaki Popular)

"PROGRAM Melodi dan Akademi Fantasia menjadi platform buat saya menang anugerah pertama hingga hari ini. Sudah tentu pencabar saya adalah AC Mizal. Cabaran itu membuatkan saya tidak terus mengantuk dan lalai sebaliknya menjadi nyawa saya untuk terus bekerja keras. Alhamdullilah walaupun sudah meninggalkan Akademi Fantasia, tetapi tanggungjawab saya mengacara empat program serentak membuktikan saya masih diperlukan. Setakat ini, saya mengendalikan program Macam Macam Aznil, Tom Tom Bak dan Kring Kring. Tanggungjawab ini bukannya bererti saya tamak tetapi saya bertuah masih diberi kepercayaan."

Rusdi Ramli (Pelakon Filem Lelaki Popular)

"SAYA tidak jangka boleh capai kemenangan ini, saya fikir mereka tersalah memanggil nama pemenang. Saya hanya datang untuk memberikan sokongan kepada ABPBH. Mungkin ini juga hasil kemenangan saya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-20 dan Aktor Filem Pilihan Anugerah Oskar 6 Malaysia menerusi filem Waris Jari Hantu. Saya tidak anggap diri saya popular apabila menerima anugerah ini sebaliknya saya dihargai peminat. Bayangkan perjuangan saya selama 17 tahun dalam bidang seni, 2007 dan 2008 barulah saya menuai hasilnya walaupun pada usia 38 tahun."

Fasha Sandha (Pelakon Filem Wanita Popular)

"SAYA tak percaya saya menang lagi, malah saya tak kisah sekiranya saya kalah. Kalau dilihat, filem saya tidak banyak ditayangkan seperti pelakon lain. Tahun lalu hanya filem Nana Tanjung 2 dan Anak Halal saja ditayangkan. Saya bersyukur rezeki masih memihak pada diri saya. Saya fikir Maya Karin akan merebut trofi ini."

Rosyam Nor (Pelakon TV Lelaki Popular)

"TIDAK banyak kerja saya disiarkan di kaca TV sepanjang 2007, cuma drama bersiri Iris yang mungkin membuatkan peminat masih memangkah saya pada ABPBH kali ini. Juga bukan satu tradisi untuk peminat memilih pemenang berdasarkan nama juara edisi sebelum itu. Saya pernah memenangi kategori filem, tetapi akhirnya ia diambil alih pelakon lain pula. Kejayaan itu banyak bergantung kepada kerja kita."

Dynas (Pelakon TV Wanita Popular)

"MUNGKIN ini dikatakan rezeki kahwin. Dulu saya meletakkan harapan memegang satu trofi sebelum berkahwin dan tak sangka pula saya dapat selepas kahwin. Saya terkejut dan tergamam seketika apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang... rasa tak percaya. Saya jangka tentunya Fasha akan menang."

Saiful Apek (Artis Komedi Lelaki Popular)

"SELEPAS enam tahun berturut-turut saya menyandang gelaran popular, sudah tentu saya idamkan gelaran terbaik pula. Setiap kali menang, perasaan saya berbeza-beza. Tentunya perasaan paling indah adalah ketika pertama kali menggenggam trofi ini. Saya sebenarnya mengharapkan pelapis baru untuk menang supaya dapat menyaingi saya."

Sheila Rusly (Artis Komedi Wanita Popular)

"SAYA bersyukur... apa pun bentuk penampilan saya, peminat masih terus menyokong saya. Bukan pencabar saya tidak bagus tetapi rezeki masih bersama saya. Saya percaya masing-masing mempunyai kelebihan, begitu juga diri saya. Kemenangan kali kelima ini menyuntik semangat untuk terus berkarya."

Dafi (Artis Baru Lelaki Popular)

"SAYA masih Dafi yang dulu, tidak `kekwat ` seperti dianggapkan. Saya perlu melipat gandakan kerja dengan kemenangan ini."

Mila (Artis Baru Wanita Popular)

"TAK pernah saya fikir akan menggenggam trofi ini apatah lagi saya baru saja terpalit kontroversi baru-baru ini. Ini membuktikan peminat terus menyokong saya dan terima diri saya seadanya."

Rabbani (Kumpulan Nasyid Popular)

"SYUKUR... tujuh tahun trofi ini masih jadi milik kami. Formulanya hanya satu, kami sentiasa mempertingkatkan mutu kerja dan bersatu hati dalam melakukan sesuatu. Sehingga kini, anggota Rabbani masih lagi sembilan orang dan kami melakukan semua kerja sendiri tanpa ada pengurus."

Sofaz (Artis Berkumpulan/Duo Popular)

"LIMA tahun menunggu akhirnya trofi ini milik Sofaz. Kami sangka kemenangan berpihak pada Spider. Kemenangan ini juga tentunya tidak akan kekal lama."

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November