logo
logoemedia
 
Kenangan indah malam kemuncak

Oleh Hardi Effendi Yaacob

SEGALA-GALANYA sudah diketahui. Mawi terus berkuasa untuk bergelar Bintang Paling Popular meskipun pada awalnya ramai yang tidak meramalkan dia mampu bertahan untuk menjulang anugerah tertinggi itu. Pada sisi lain, ramai pihak sudah menjangkakan Mawi mampu mencipta hatrik kerana aura dimilikinya tetap ada biarpun merosot kerana peminatnya masih ramai dan mereka ini rajin menghantar undian.

Dengan memperoleh 119,268 undi, terbukti malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 di Arena Of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu, Mawi buat kali ketiga mengekalkan takhtanya dengan mengalahkan empat calon lain yang berada dalam kelompok undi tertinggi - Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza, Saiful Apek dan Aznil Nawawi.

Malah, banyak pihak menganggap kemenangan Mawi sebagai kayu pengukur bahawa program realiti tv sebagai platform terbaik untuk menjadi popular.

Dalam pada itu, beberapa muka baru yang meraih kemenangan dalam kategori tertentu seperti Dynaz menerusi Pelakon TV Wanita Popular, Rusdi Ramli (Pelakon Filem Lelaki Popular), selain Fara Fauzana (Penyampai Radio Wanita Popular), Faizal Ismail (Penyampai Radio Lelaki Popular) serta Sofaz (Artis Berkumpulan/Duo Popular) agak mengejutkan - sekali gus memberi impak menarik dalam senarai keputusan musim ini.

Namun, lebih separuh daripada jumlah keputusan ABPBH 2007 mengikut kategori yang diesdiakan masih dipertahankan pemenang musim lalu, biarpun kebanyakannya mengalami kemerosotan undian. Apa yang pasti, ABPBH edisi ke-21 menjadi kayu ukur sejauh mana muka baru berjaya memberi saingan kepada muka lama dan sejauh mana mereka yang menang mampu bertahan untuk musim akan datang.

Acara kemuncak pada 30 Mac lalu menjadi nostalgia indah kepada peminat yang berpeluang hadir di Arena of Stars kerana suasana gilang-gemilang pada malam itu mengungkap pengalaman menarik. Rata-ratanya berpendapat, ia berlangsung dalam suasana meriah dan penuh glamor, bermula dari acara perarakan karpet merah, penyampaian trofi hinggalah kepada sesi persembahan penutup, termasuk post party.

Ia secara tidak langsung menepati tema penganjurannya, Gemilang Bersama Bintang, serta tema pakaian - Batik Glam, lebih-lebih lagi dengan kehadiran ramai artis dan selebriti popular tanah air untuk memeriahkan acara itu.

Dari segi persembahan keseluruhannya, - mengekalkan dua pengacara laser, Raja Azura (Kak Engku) dan Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) memang bijak kerana kehadiran mereka cukup menceriakan suasana. Selain kepetahan mereka berbicara, aksi lawak spontan mereka di atas pentas, termasuk mengenakan beberapa artis, terutama finalis berjaya menggamatkan Arena Of Stars dengan hilai tawa penonton. Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan menyifatkan aksi mereka `over acting'.

Bagaimanapun, diakui ada ketikanya gelagat dua pengacara berpengalaman ini tidak terkawal walaupun skrip disediakan hingga mencetuskan tanda tanya di kalangan tetamu dan penonton. Paling ketara tindakan Kak Engku mengenakan bintang sitkom Puteri, Nora Danish, yang ketika itu berpasangan dengan Iqram Dinzly dan Anne Ngasri menyampaikan anugerah Artis Baru Lelaki dan Wanita Popular.

Tindakan Kak Engku cuba mempermainkan kedudukan rumah tangga Nora Danish, yang dikatakan turut mempunyai kaitan dengan seorang lagi pelakon wanita disifatkan keterlaluan.

Kehadiran Juara Raja Lawak Astro (Musim Kedua), Nabil yang berpasangan dengan Zul Yahya turut menghiburkan kira-kira 5,500 penonton dan tetamu di Arena Of Stars ketika sesi rehat dengan aksi stand-up comedy mereka.

Sementara itu, pemilihan artis yang membuat persembahan juga tidak kurang hebatnya dengan kemunculan Siti Nurhaliza menyanyi lagu hitsnya, KuMahu, sebagai pemula acara disusuli Liza Hanim yang menyanyikan lagu Merawat Luka. Ia diikuti Meet Uncle Hussien, menyanyikan Lagu Untuk Mu. Walaupun salah seorang pemain gitar mereka menghadapi masalah teknikal, kumpulan itu berjaya menampilkan persembahan mantap dan mendapat tepukan gemuruh penonton.

Jalaludin buktikan kehebatan jadi penyanyi

ABPBH 2007 turut menampilkan keunikan tersendiri dengan kemunculan pelakon berpengalaman, Datuk Jalaluddin Hassan menyanyikan lagu Beautiful Maria sambil diiringi tarian oleh tiga pelakon wanita popular - Fasha Sandha, Dynaz dan Fouziah Ghous. Tidak cukup dengan itu, penonton terus dihiburkan dengan nyanyian duet oleh Mawi dan Heliza menerusi lagu Doa Dalam Lagu, disusuli persembahan medley koleksi lagu popular Anuar Zain.

Ia dimulakan dengan persembahan Bob menyanyikan lagu Keabadian Cinta, diikuti Atilia (Mungkin) sebelum Anuar muncul menyanyikan lagu terbarunya, Ketulusan Hati sambil diiringi pemuzik orkestra pimpinan pengarah muzik tersohor, Ramli MS. Persembahan penutup juga tidak kurang hebatnya dengan kemunculan Ning Baizura menyanyikan lagu Age Of Pollution, petikan dari album Inggerisnya, East To West yang menjalani rakaman di London sebelum ini.

Ning kelihatan seperti Kylie Minogue ketika membuat persembahan itu, lebih-lebih lagi dengan kehadiran penari latar yang menampilkan gerak tari moden, selain pelbagai kesan khas, termasuk nyalaan api. Sebelum itu, kehadioran lima otai rock - Ramli Sarip, Amy Search, Awie, Hattan dan Ella menaikkan kemuncak mood ABPBH 2007 apabila mereka berpadu suara untuk lagu Kepada Kekasih.

Kegemilangan ABPBH2007 turut menyaksikan beberapa nama besar dalam persada industri tanah air mengungguli setiap kategori yang dipertandingkan. Aznil masih mempertahankan kemenangan bagi anugerah Pengacara TV Lelaki Popular, Rosyam Nor (Pelakon TV Lelaki popular), Saiful Apek (Pelakon Komedi Lelaki Popular), Fasha (Pelakon Filem Wanita Popular), Sheila Rusly (Pelakon Komedi Wanita Popular) dan Rabbani (Penyanyi Nasyid Popular).

Sementara itu, Siti Nurhaliza masih membuktikan penguasaannya dengan mengekalkan kemenangan yang pernah diterima dulu, malah beliau terus mempertahankan gelaran Penyanyi Wanita Popular selama 11 tahun berturut-turut. Apapun, ABPBH 2007 dijangka dijangka mampu mengulangi kejayaan ABPBH 2006 yang memperoleh rating 4.4 juta penonton tahun lalu, sekali gus menjadikannya antara program popular TV3.

Hakikatnya, penganjuran majlis anugerah sebesar ini tentunya tidak akan berjaya tanpa penaja utama - Habib Jewels Sdn Bhd dan Nasim Sdn Bhd, selain Hotel Palace Of Golden Horses (Hotel Rasmi), MaraLiner (Pengangkutan Rasmi), TV3 (Hos Penyiar TV Rasmi), Hot FM (Stesen Radio Rasmi), JVC Malaysia dan POTO Travel.

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November