logo
logoemedia
 
Tuksedo batik warnai ABPBH 2007

Oleh Fairuz Zaidan

SIAPA sangka batik yang selama ini lebih sinonim digayakan di majlis rasmi, berubah glamor dan berprestij di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007. Evolusi batik yang mengubah status seni tradisi turun temurun itu diperagakan selebriti popular yang tampil segak dengan tuksedo batik bertemakan 'Batik Glamor'.

Jika kebiasaannya, tumpuan lebih diberi kepada selebriti wanita yang tampil elegan dengan gaun petang meleret, kali ini Lord's Tailor memastikan selebriti lelaki juga tidak kalah bergaya dengan persalinan tuksedo batik yang mewarnai majlis berprestij di Arena of Stars Genting Highlands.

Pada majlis minum petang anjuran Lord's Tailor di Genting Highlands, Ahad lalu, 13 personaliti lelaki popular ditaja menggayakan tuksedo batik beraneka warna dan gaya.

Selebriti itu ialah Bintang Paling Popular 2007 Mawi, Rosyam Nor, Datuk Jalaludin Hassan, Saiful Apek, Fahrin Ahmad, Piere Andre, Faizal Tahir, Aaron Aziz, Shamsul Yusuf, Rashidi Ishak, Arash Mohd, AC Mizal dan Iqram Dinzley.

Ini bukanlah kali pertama mereka menaja pakaian artis lelaki malah tahun lalu, artis lelaki terpilih bergaya segak dengan tuksedo rekaan Lord's Taylor. Mencipta kelainan, Lord's Taylor kali ini berinovasi dengan menggabungkan ciri klasik tuksedo dan motif batik untuk memeriahkan ABPBH 2007.

Memang bertuah melihat bintang pujaan tampil segak dengan persalinan tuksedo. Pelbagai warna, motif rekaan batik dan potongan tuksedo menjadikan semua 13 selebriti lelaki popular ini benarbenar 'glam'.

Berbeza dengan warna asas suit biasa seperti hitam, kelabu dan putih, Lord's Tailor yang sudah 34 tahun beroperasi, berani menampilkan warna garang seperti jingga, ungu, emas dan merah jambu untuk suit tuksedo. Pereka fesyen, Michael Shu tampil dengan sentuhan batik untuk digandingkan bersama tuksedo Lord's Tailor.

Ternyata, mainan warna berani yang diketengahkan untuk suit tuksedo berjaya menonjolkan imej glamor dan berprestij. Ini diakui sendiri barisan selebriti yang tidak menduga motif batik mampu menyerlah dan hebat dalam persalinan tuksedo.

Seperti kata Rosyam Nor, dia sengaja memilih warna jingga terang kerana ingin menonjol kelainan, apatah lagi sesuai untuk acara besar seperti ABPBH 2007.

"Mulanya dulu ragu-ragu juga dengan idea menggabungkan elemen batik sebagai tema pakaian untuk ABPBH 2007 kerana ia lari daripada imej glam anugerah ini sebelum ini.

"Tapi apa salahnya mencuba dan saya gembira dengan hasil yang ditonjolkan, sekali gus membuktikan yang batik juga boleh menonjol jika benar-benar diketengahkan dalam satu rekaan hebat," kata Rosyam yang segak dalam persalinan tuksedo berwarna jingga terang.

Mawi yang mencipta hatrik status Bintang Paling Popular, kagum melihat hasil tuksedo yang digandingkan dengan corak batik.

Pendapat Mawi, sesuatu rekaan pakaian itu pasti menyerlah jika bijak memilih fabrik dan warna sebagai medium menonjolkan hasil rekaan.

"Begitu juga dengan batik, idea untuk menggunakan corak batik dalam persalinan tuksedo memang menarik dan sesuai pula selepas melihat hasilnya.

"Jika tidak mencuba sesuatu yang berlainan, pasti tuksedo kelihatan formal saja dengan warna hitam dan putih," katanya yang semakin bijak bergaya.

Shamsul Yusuf berkata, langkah mengetengahkan batik sebagai tema pakaian ABPBH 2007 adalah pilihan tepat dalam usaha mempromosi warisan seni tanah air.

Katanya, promosi batik melalui warga seni juga secara tidak langsung membantu menonjolkan pesona batik yang sebenar, apatah lagi dalam menggalak pemakaiannya di kalangan remaja.

"Memang susah untuk menggayakan batik, kecuali pada majlis rasmi atau majlis yang terikat dengan protokol. Tetapi dengan apa yang dilihat, selepas ini saya sendiri tidak raguragu lagi untuk menggayakan batik dalam majlis lain.

"Usaha mengangkat semula batik memang dipuji kerana mentaliti orang ramai menganggap batik lebih sesuai untuk golongan berusia saja," kata Shamsul yang menggayakan batik dengan tuksedo merah jambu.

Ditanya adakah dia penggemar merah jambu, Shamsul berkata, warna itu bukanlah pilihan utamanya, sebaliknya dicadangkan pereka fesyen bagi mencipta kelainan.

"Takut juga ketika dicadangkan untuk menggayakan tuksedo merah jambu tetapi selepas melihat hasilnya selepas siap memang sesuatu yang cukup istimewa," katanya.

Sementara itu, Iqram Dinzley berkata, tuksedo daripada gabungan elemen batik adalah sesuatu yang unik dan tidak disangka-sangka. Katanya, usaha mengetengahkan batik secara tidak langsung membantu mempromosikan khazanah seni tempatan sebagaimana produk kraf dari China dan India.

"Adalah sesuatu yang cukup membanggakan apabila batik diangkat sebagai tema pakaian untuk majlis berprestij seperti ABPBH ini.

"Jika tidak dimulakan dari sekarang, bila lagi hendak memartabatkan khazanah seni Melayu ke majlis hebat sebegini," kata Iqram.

Pendapat sama turut disokong Arash Mohd yang menggambarkan gabungan seni warisan tempatan itu dalam tuksedo sebagai 'superb'. Sambil menambah, Arash berkata batik boleh kelihatan hebat sekiranya dihasilkan secara kreatif dan menonjol.

Kata Arash, dia mulanya tidak yakin apabila mendapat tahu yang batik dipilih sebagai tema untuk pakaian ABPBH tetapi selepas melihat rekaan dan pemilihan material membuatkan dia tidak sabar untuk menyaksikan kesudahannya.

"Selepas dua kali mengikuti sesi mengukur dan mulai nampak tuksedo membuatkan saya kagum dengan ilham memasukkan unsur batik yang secara tidak langsung meletakkan seni masyarakat ke tahap boleh dibanggakan," kata Arash yang berbangga kerana terpilih buat kali kedua menggayakan tuksedo tajaan Lord's Tailor.

Penyanyi popular, Faizal Tahir berkata, secara jujur dia tidak pernah menyangka corak batik mampu ditonjolkan dengan hasil cukup eksklusif sebagaimana hasil kreativiti Lord's Tailor bersama pereka Michael Shu. Kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Mahakarya Cinta itu, dia jelas tertarik apabila menyarungkan tuksedo yang diilhamkan daripada motif batik, walaupun dia penggemar denim.

"Bayangkan orang rock macam saya disuruh menggayakan tuksedo. Memang janggal, apatah lagi tuksedo ini ditampilkan lebih unik dengan corak batik. Apapun, saya berbangga kerana berpeluang menggayakan rekaan tuksedo ini yang nampak elegan dan berprestij," katanya.

Rashidi Ishak turut tidak terkecuali melontarkan pendapat mengenai pertembungan fesyen barat itu dengan corak batik tempatan. Kata Rashidi, konsep sedemikian memang belum pernah diketengahkan dalam manamana majlis anugerah di Malaysia.

Sambil mengakui idea itu sesuatu yang berani, Rashidi berkata, kepakaran dan daya kreativiti pereka tempatan patut dipuji kerana berusaha menaikkan imej dan martabat batik ke tahap yang lebih berprestij.

"Sesuai dengan tema glamor di majlis ABPBH ini, tema batik dipilih dan ternyata batik juga boleh kelihatan hebat dan bergaya jika diketengahkan secara eksklusif.

"Saya tidak berasa sesuatu yang janggal jika batik dijadikan tema pakaian kerana tahu batik memiliki pelbagai corak dan mampu ditonjolkan dengan sebaik mungkin," katanya.

AC Mizal berpendapat, memang sukar menggayakan batik dalam persalinan harian, apatah lagi terikat dengan imej protokol sebelum ini. Tetapi, hasil kreativiti Lord's Tailor membuatkan batik nampak eksklusif dengan persalinan tuksedo yang menonjolkan gaya tersendiri.

"Tidak salah menggabungkan identiti barat dalam fesyen tempatan yang pastinya mampu memberi impak dan sentuhan mengagumkan.

"Bukan senang untuk mempelbagaikan fungsi dan rekaan batik. Penghasilan tuksedo ini sebagai contoh adalah cubaan berani dalam usaha memartabatkan batik di tempat lebih prestij," kata AC Mizal.

Sementara itu, Aaron Aziz berkata, dia pertama kali ditaja untuk menggayakan tuksedo tetapi tidak menyangka yang corak batik menjadi temanya.

"Sebagai lelaki saya menyukai warna hitam tetapi tidak menyangka perlu menggayakan warna biru terang yang dipadankan dengan corak batik.

"Sungguh, mulanya dulu takut juga ketika memilih material, tetapi apabila sudah siap rasa bangga melihat hasilnya," katanya.

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November