logo
logoemedia
 
Dafi idam watak ganas, seram

Oleh Zaidi Mohamad

PERJALANAN dan karier seninya semakin hari semakin berkembang apatah lagi setelah diiktiraf sebagai Artis Baru Lelaki Popular pada 30 Mac lalu menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007. Tarikh keramat menggondol kejayaan kategori itu pasti dikenang pemilik tubuh asal bernama Gadaffi Ismail Sabri atau lebih mesra disapa Dafi, 19.

Biarpun tidak menjadi kelompok lima terbaik dalam program realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5), ia bukanlah satu alasan klise untuk Dafi tidak menempa nama. Disambar pengurusan KRU Music, ia menjadi momen berharga buatnya untuk terus melakar mercu kejayaan.

Kata Dafi, AF5 cukup bernilai kepada dirinya kerana laluan yang terbuka luas untuknya datang daripada AF5. Disusuli dengan minat dan kerja keras, Dafi berjaya mempertahankan hayatnya.

Dunia nyanyian, lakonan, pengacaraan dan modeling sudah diterokai. Mungkinkah Dafi bakal mengikuti jejak bapa tersayangnya, Ismail Sabri Yaakob yang kini menggalas tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam arena politik? Siapa tahu mungkin Dafi cenderung ke arah itu juga.

Kegembiraan jelas terpancar pada raut wajah comelnya, namun untuk bergelar ahli politik seperti bapanya sesuatu yang agak mustahil dan belum ada di benak fikirannya. Jika Dafi tergerak hati sekalipun ke arah itu, pendekatannya pasti berbeza.

"Memang Dafi tumpang gembira untuk bapa Dafi. Usaha dia lakukan selama ini berbaloi. Dafi boleh jadikan dia sebagai contoh terbaik. Apa yang dia lakukan, jika dia ingin sesuatu, dia pasti berusaha keras untuk mendapatkannya. Kita akan mencapai apa jua yang diimpikan disulami usaha keras. Insya-Allah pulangan kemudian hari pasti berbalas.

"Setakat ini memang Dafi yakin untuk mengatakan tidak untuk ke arah itu (bergelar ahli politik). Ke depan nanti tak tahulah pula. Saat ini kalau Dafi mahu bekerjasama dengan orang lain, pendekatan Dafi pasti berbeza.

"Dafi lebih terarah ke dunia hiburan, dia pula pastinya bidang politik. Dafi memang suka berjumpa dengan orang ramai. Dunia hiburan yang Dafi ladeni ini membolehkan Dafi bertemu pelbagai jenis karakter manusia," ungkap Dafi yang masih belum punya kekasih hati.

Biar pelbagai bidang yang diceburinya, kata Dafi, yang pasti dunia nyanyian tetap menjadi keutamaannya. Selepas meledak dengan lagu Bila Terasa Rindu, Dafi melancarkan lagu duetnya bersama Gita Gutawa berjudul Dua Hati Jadi Satu. Single ketiga berentak rancak bakal menyusul dengan judul Seumur Hidup.

Namun setelah diberi peluang memeran watak Danial di dalam filem keduanya yang berjudul Sayang You Can Dance (selepas filem Apa Kata Hati), Dafi memberitahu, dia semakin jatuh hati dalam arena lakonan.

Enggan statik dengan watak klise, Dafi impikan watak berlainan yang lebih ganas dan seram. Kini, Dafi juga harus bijak membahagi masa, kerana selain bergelar artis, Dafi sudah menjadi pelajar kembali di sebuah kolej di Cyberjaya. Dafi menuntut dalam bidang bunyi dan muzik.

"Ya, nyanyian memang keutamaan Dafi buat masa ini. Cuma Dafi ingin mengorak langkah menembusi pasaran Indonesia. Dafi tak ingin statik di satu ruang sudut sahaja. Dafi nak tengok graf pertumbuhan diri Dafi.

Fokus Dafi sekarang ini untuk menyiapkan album sulung bersama KRU dan melebarkan promosi pasaran merentasi negara lain.

Dafi ambil peluang berlakon iklan ais krim, Walls Cornetto bersama Gita Gutawa sebagai landasan merealisasikan apa yang diimpikan. Berlakon iklan itu membolehkan wajah dan kewujudan Dafi disedari di Indonesia, selain di Malaysia. Ini kerana iklan itu disiarkan di Indonesia dan Malaysia.

"Sejak berlakon filem Sayang You Can Dance, minat Dafi dalam lakonan semakin bertambah. Dafi teringin nak berlakon lagi. Setakat ini Dafi belum dapat tawaran lagi. Kalau sesuai dengan watak dan kena pada waktunya, Dafi pasti mempertimbangkan tawaran berlakon. Selepas ini, Dafi hanya mahu lebih konsentrasi pada album. Dalam pada masa yang sama Dafi kena bijak membahagi masa sebab Dafi dah pun kembali belajar.

"Keluarga Dafi pun cukup menyokong dan menjadi tulang belakang hidup ini," kata Dafi yang hanya perlu hadir empat hari saja ke kelasnya dalam seminggu. Selebihnya, Dafi menggunakan waktu senggangnya untuk urusan seni dan berehat," kata Dafi mengakhiri perbualannya sewaktu selesai sidang media filem Sayang You Can Dance.

INFO

  • Dafi memegang watak sebagai Danial dalam filem Sayang You Can Dance (SYCD). Danial sepupu kepada Mia (lakonan Amani). Danial bertanggungjawab membawa Mia ke dunia tarian.

  • Filem SYCD arahan Bjarne Wong ialah filem kedua Dafi selepas Apa Kata Hati. Dalam Apa Kata Hati, Dafi hanya berlakon sebagai cameo.

  • Turut berlakon dalam filem SYCD dengan Ebi, Samuel Rizal, Carmen Soo dan Alam (pemenang So You Think You Can Dance).

  • Pernah digosipkan ada hubungan dengan Mila, Fatin dan Diana Danielle.

    Hantar kepada kawan      Format pencetak
  • Artikel lain:

     Rezeki anugerah
     Peniaga menang peraduan ABPBH2007
     'Yang penting restu ibu'
     4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
     Pemenang peraduan ABPBH dipilih
     Dilema popular
     Impak undi popular
     Kenangan indah malam kemuncak
     Batik Glam serlah gaya
     Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
     Janji tak lupa diri
     Selebriti sempat 'manjakan' diri
     Detik indah sepanjang hayat
     'Memang dia pujaan hati'
     Aksi bintang serlah malam kemuncak
     Aura Mawi masih kukuh
     Pengiktirafan peminat cukup bermakna
     Gelombang baru ABPBH 2007
     Terus berkarya selagi terdaya
     Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
     Kenangan terindah anugerah berprestij
     Muzik segar, persembahan mantap
     Bagaikan mimpi
     ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
     Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
     Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
     Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
     Aura glamor Habib
     Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
     Anugerah beri impak besar
     5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
     Jee kembali demi ABPBH
     'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
     Pereka muda bantu serlah aura glamor
     Tak sangka ada peminat setia
     ABPBH kepada empat penyampai radio
     Finale road tour yang gamat!
     Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
     Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
     Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
     Semakin hangat!
     Muak bawa watak menangis
     Tak sabar nak melaram
     Peminat JB sporting
     7,000 peminat serbu artis
     Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
     Limpahan borang undian ABPBH 2007
     Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
     Tidak terdesak cipta populariti
     Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
     Sorok tocang di kem PLKN
     Tuah 'road tour' ABPBH
     Sudah sedia untuk bercinta
     Serah borang di lokasi road tour
     ABPBH medan JVC promosi produk
     Timbunan borang undian di Balai Berita
     ABPBH angkat pereka muda
     Warna garang jadi pilihan
     Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
     'Cincin memang hadiah Ikin'
     Berbaloi ke JB!
     Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
     Cheryl optimis kembangkan kerjaya
     Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
     Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
     Debaran menanti malam kemuncak
     Jelajah ABPBH07 gamat
     Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
     Tak sabar tunggu malam kemuncak
     Bukan 'show' syok sendiri
     Artis tersohor buat persembahan
     Merawat Luka di Genting
     'Biarlah apa orang nak kata'
     Pentas ABP serlah bakat menyanyi
     Buat apa ungkit cerita lama?
     Peluang ke Bali bersama artis
     Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
     Si manis 17 mula melaram
     Tidak tunduk dengan tekanan
     Kunci mulut bab cinta
     Rezeki tak pernah putus
     ABPBH martabatkan batik
     Akhiri kemarau penantian
     5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
     Peminat di Melaka sporting
     Anggun sentuhan Azura
     Emil Emilda julang nama Aaron
     Tidak kisah jika kalah
     Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
     Pahang Bikers iringi konvoi finalis
     Misi cari pereka popular
     Eksklusif, ada kelas
     Fouziah Gous tak sanggup berkemban
     Pembaca bertuah dapat kereta
     Lali gosip kahwin Tan Sri
     Giliran Dataran Pahlawan bergegar
     Habib perkenal hadiah utama ABPBH
     Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
     Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
     Harapan Mila persis mutiara
     Meriah bagaikan festival
     Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
     Kerajaan negeri tewaskan selebriti
     22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
     Ajak jelajah bumi Anbia
     Masih menaruh harapan
     Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
     Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
     Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
     Fasha nafi lagak 'diva'
     Kejutan di Kota Bharu
     Kak Engku lebih puas menyanyi
     Finalis serbu HotFM
     Aura si jelita
     Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
     12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
     Persona finalis ABPBH2007
     Tak lagi tersembunyi
     Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
     Gelaran hajah terlalu berat
     Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
     Cabaran, emosi duyung jelita
     Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
     Habib warnai bintang popular
     Habib Jewels penaja terbesar
     Kempen undi finalis ABPBH 2007
     Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
     Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
     Pemilihan peminat sangat dihargai
     Undian bermula
     AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
     Mawi akur apa saja keputusan pengundi
     ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
     Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
     'Saya mahu buktikan'
     Tak gadai jiwa buru nama
     Popular dalam diam
     Bard R1 tak serik kena tipu
     Musim mengundi artis sudah tiba
     Kuasa undi milik anda
     Artis baru teruja terima pencalonan
     'Bertanding bukan kerana anugerah'
     ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
     761 calon ABPBH
     Semak nama jangan ada yang tercicir
     Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
     Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
     Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November