logo
logoemedia
 
'Memang dia pujaan hati'

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff; Zaidi Mohamad

KETIKA hendak berucap selepas menerima trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2007), Mawi dengan nada bersahaja meminta Fauziah Datuk Ahmad Daud mewakilkan dirinya mengucapkan terima kasih kepada Ikin, kerana menjadi antara orang penting di belakang kerjayanya sebagai penyanyi.

"Saya serahkan kepada akak (Ogy) mewakili saya..." kata Mawi menjawab usikan Ogy dan Raja Azura kenapa nama Ikin tidak ada dalam senarai untuk disebut ketika diumumkan sebagai Bintang Paling Popular.

Memang Mawi kelihatan malu-malu untuk menyebut nama Ikin secara terbuka pada sebuah majlis yang disiarkan secara langsung oleh TV3 ini.

Realitinya, pada majlis minum petang di Genting Highlands juga, beberapa jam sebelum acara kemuncak ABPBH 2007 berlangsung, penyanyi itu mengaku Ikin ialah wanita istimewa yang bertakhta di sanubarinya.

Kata Mawi, dia menyukai Ikin kerana perangainya yang `gila-gila', sikapnya yang matang serta keserasian mereka sebagai teman.

Pengakuan itu akhirnya memuktamadkan hubungan antara Mawi dengan Ikin. Ikin yang hadir sama pada majlis itu, berkata, dia tidak pernah menafikan atau mengesahkan kepada mana-mana wartawan setiap kali ditanya mengenai corak hubungan mereka.

"Saya ini perempuan. Takkan saya pula yang ke sana sini menjual cerita. Lebih baik saja saya mengikut arus semasa dan saya percaya, adalah lebih baik jika pengumuman itu datang dengan sendirinya. Kami pula memang berkawan rapat, tetapi tidak pula menyatakan perasaan sebenar masing-masing. Namun, dalam hati, kita dapat merasainya juga," katanya.

Bagaimanapun, Ikin menghela nafas lega apabila Mawi membuat keputusan menamatkan tanda tanya mengenai siapakah kekasihnya pada majlis minum petang itu. Ikin menyambutnya dengan hati yang tenang dan terbuka.

Namun begitu masih ada gosip mengatakan yang Ikin sudah menempah baju kahwin dengan pereka fesyen terkenal. Biar betul? Menafikan gosip itu, Ikin memberitahu yang semuanya dilakukan atas dasar kerja dan profesionalisme.

"Alhamdulillah, Ikin lega dengan pengakuan Mawi. Selepas ini orang lain tidak lagi akan tertanya-tanya mengenai perihal hubungan kami. Tak tahulah lepas ini kami akan terus difitnah atau tidak. Terperanjat juga Ikin apabila Mawi membuat pengakuan yang Ikin istimewa di hatinya. Masa itu, Ikin buat relaks saja, padahal dalam hati ini hanya tuhan saja yang tahu gejolak perasaan Ikin.

"Ikin pun tidak tahu, kenapa tiba-tiba Mawi tergerak hati untuk berbuat sedemikian. Mungkin juga sebelum ini Mawi belum bersedia untuk merungkaikan segalanya. Mungkin juga Mawi berasakan inilah detiknya untuk dia berterus-terang sekaligus menamatkan spekulasi yang melanda. Mungkin juga Mawi penat untuk berdepan dengan gosip cintanya.

"Mengenai kisah tempah baju kahwin daripada pereka fesyen terkenal, itu semua tidak betul. Sebenarnya, Ikin akan terbabit dengan pertunjukan menggayakan pakaian rekaan pereka itu pada 18 April ini, yang turut membabitkan deretan nama selebriti. Ikin salah seorang daripada mereka.

Mungkin bila orang nampak Ikin pergi `fitting' baju kahwin untuk pertunjukan itu disangkanya menempah baju kahwin," ungkap Ikin yang berbangga dengan kejayaan Mawi sebagai Bintang Paling Popular 2007 buat kali ketiga.

Mendasari hati Ikin, dia memang begitu gembira melayari kehidupannya bersama Mawi atas sebuah paksi cinta. Apakah ini akan menyaksikan terbinanya ikatan murni melalui perkahwinan tidak lama lagi di antara mereka? Tegas Ikin lagi, siapalah yang tak nak kahwin di usia Ikin yang akan mencecah 29 tahun menjelang 5 November ini.

"Siapa yang tak nak kahwin? Semestinya Ikin nak kahwin, cuma buat masa sekarang Ikin tak berani untuk bercakap lebih bimbang dikata cuba meraih publisiti murahan. Kita hanya merancang. Insya-Allah bila benda dah jadi dan pasti, Ikin akan ringan mulut memberitahu rencana selanjutnya.

"Ikin hanya ikut rentak dalam sesebuah perhubungan. Ada jodoh dengan Mawi, Ikin pasti hebahkan. Ikin sedar kalau buat benda baik pun, orang mengata, begitulah sebaliknya. Ikin reda. Setakat ini memang Ikin boleh cakap memang tak ada mana-mana rombongan yang akan datang merisik," kata Ikin yang mengakui cincin sedondon tersarung di jari manis Mawi, ialah pemberiannya sebagai tanda "persahabatan". Ikin juga memiliki cincin yang sedondon dengan Mawi.

Tidak menafikan yang hubungannya dengan Mawi semakin mekar bahagia, Ikin rela menerima suratan takdir andai suatu hari nanti jodoh menyatukannya dengan Mawi. Mengenali adik-beradik kembar ini, hanya maut dan perkahwinan yang mungkin dapat memisahkan keakraban dan hubungan mereka. Sambil mengusik, Ikin tak nak melangkah bendul kakak kembarnya, Aenn. Begitulah sebaliknya.

"Ikin mahupun Mawi tiada masalah dalam hubungan cinta. Pernah Ikin ditanya, bila Ikin dan Mawi berjumpa? Kami keluar bukan berdua sebaliknya beramai-ramai. Kami keluar pun ikut keadaan, apabila masing-masing ada kelapangan waktu.

"Pada Ikin kalau ditanya soal jodoh dengan Mawi kuat, Ikin reda dan menerimanya dengan hati terbuka. Soal jodoh siapa sampai dulu antara Ikin dan Aenn itu terpulanglah. Ikin sudah bersedia berumahtangga. Tapi jodoh, maut dan ajal semua di tangan Tuhan. Ikin berserah kepada takdir dan berdoa yang sehabis baik," kata Ikin yang semakin manis sejak tampil dengan imej berjilbab pada Aidiladha tahun lalu.

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November