logo
logoemedia
 
Aksi bintang serlah malam kemuncak

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

DINGIN puncak Genting Highlands tidak merencatkan kehangatan Arena Of Stars yang menghimpunkan sejumlah nama terkenal dengan deretan persembahan menghiburkan. Malah ia meninggalkan kenangan cukup bermakna kepada lebih 6,000 tetamu Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007.

Berbulan menyusun perancangan, mencurahkan idea dan menggali segala yang terbaik untuk dipersembahkan kepada penonton, ABPBH 2007 menutup edisi ke-21 dengan gemilang dan penuh gah.

Menemukan semula dua pengacara keletah, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy dan Raja Azura yang sentiasa kreatif dengan pelbagai idea spontan berjaya memanaskan dewan, malah mengundang tawa tanpa perlu ada hati yang terguris.

Benar pengalaman mematangkan pemikiran, lalu apa yang terserlah pada malam kemuncak ABPBH 2007 adalah bicara yang sarat pengisian tetapi disulami gurauan ringan, sesekali diluahkan untuk melebur kebosanan.

ABPBH 2007 menyelak tirainya menerusi kemunculan Datin Seri Siti Nurhaliza dengan lagu terbarunya yang diangkat daripada drama bersiri popular, Spa-Q iaitu Ku Mahu. Penampilan Siti pada acara anugerah berprestij dengan gaya terbaru berselendang dipadankan gaun polos merah cili menyuntik elemen seksi pada persembahannya.

Tidak perlu pergerakan keterlaluan, Siti selesa bersederhana tetapi kekuatan vokal membangkitkan persembahannya ketika membawakan lagu ciptaan Audi Mok itu.

Siti berjaya mengheret penonton untuk menikmati pergerakan serta tenggelam dalam persembahannya sekali pun kini berimej baru.

Usai salam pengenalan oleh dua pengacara yang banyak membantu menghidupkan ABPBH 2007 dengan pelbagai aksi dan jenaka yang sukar dijangka, tampil dua bintang yang digilap menerusi pertandingan realiti, Akademi Fantasia.

Pemenang trofi Bintang Paling Popular buat kali ketiga-tiga berturut-turut, Mawi ditemukan dengan Heliza yang tampil lebih berani pada malam itu membawakan lagu popular mereka, Doa Dalam Lagu. Meskipun mempunyai masa yang terbatas, untuk menjayakan sesi latihan, tambahan pula Heliza kini meneruskan semula pengajiannya keserasian antara mereka berdua pantas tercipta.

Doa Dalam Lagu menghadirkan satu lagi pasangan duet yang menarik, malah seandainya terus diberikan ruang akan memperluaskan lagi kombinasi antara dua bakat yang berpotensi untuk menyerlah dalam industri hiburan.

Kehangatan yang dicetuskan Siti serta gandingan Mawi dan Heliza dikendurkan sedikit dengan kemunculan penyanyi bersuara lunak, Liza Hanim. Mempertaruhkan vokal lunaknya yang penuh dinamik namun cukup membuai emosi penonton, alunan lagu balada, Merawat Luka Terpendam. Sayang jika bakat sehebat Liza tidak dipupuk dan didorong sebaiknya kerana dia antara penyanyi wanita yang mempunyai penguasaan vokal mantap dan tersendiri.

Menyedari aliran baru yang sedang mengalir dalam industri hiburan, ABPBH 2007 juga mengangkat kumpulan pemuzik underground yang sedang melakar nama di persada muzik komersial, Meet Uncle Hussain.

Kekuatan mereka ini terletak kepada keunikan suara vokalisnya, Lan yang memberikan persembahan mengesankan ketika menyanyikan Lagu Untukmu.

Biarpun permulaan persembahan mereka sedikit terganggu dengan masalah teknikal, namun Meet Uncle Hussain menutup cela itu tanpa menjejaskan semangat untuk memberikan yang terbaik kepada peminat hiburan.

Sesuatu yang berbeza tetapi memperlihatkan keprihatinan ABPBH 2007 terhadap semua kelompok penggiat seni yang memajukan industri hiburan diperlihatkan menerusi kemunculan pelakon berkarisma, Datuk Jalaluddin Hassan.

Jarang muncul di layar kaca sebagai penyanyi, ABPBH 2007 membuka ruang kepada pelakon berkarektor itu untuk memperdengarkan suara jantannya menerusi alunan lagu Beautiful Maria. Tidak bersendirian, persembahan Jalaluddin diserikan dengan iringan tarian tiga pelakon muda Dynas, Fasha Sandha dan Fouziah Ghous.

ABPBH 2007 nyata menghargai jasa anak seni, bahkan turut menyuntik kelainan dengan percubaan berani menyanyi diiringi 40 pemuzik orkestra di bawah pimpinan penggubah muzik tersohor, Ramli MS.

Momentum persembahan ABPBH 2007 yang semakin panas terus membahang apabila tiga penyanyi yang diakui kekuatan vokal mereka iaitu Bob, Atilia dan Anuar Zain mengambil pentas. Bob memberikan persembahan yang cukup mengagumkan, malah ABPBH 2007 seperti mahu memberitahu khalayak supaya tidak memandang kecil kepada kelebihan penyanyi kelahiran Sarawak ini.

Membawakan lagu Jangan Bersedih Lagi, interpretasi Bob terhadap sentuhan yang dipopularkan Anuar itu menggamatkan dewan. Atilia begitu relaks ketika membawakan lagu Mungkin, manakala Anuar berjaya mencairkan hati penonton apabila memilih lagu yang menyentap emosi, Ketulusan Hati.

Klimaks persembahan ABPBH 2007 mencapai kepuasan apabila otai rock iaitu Ramli Sarip, Hattan, Amy (Search), Awie dan Ella berganding bahu membawakan lagu ciptaan M Nasir, Kepadamu Kekasih.

Beradu kekuatan vokal tanpa perlu mengaburi antara satu sama lain, Kepadamu Kekasih beralun penuh emosi membuatkan suasana dewan hening kerana tenggelam dalam persembahan yang penuh bertenaga dan mengasyikkan.

Tirai ABPBH 2007 ditinggalkan penuh kenangan menerusi lagu Age Of Pollution dipetik daripada album Inggeris terbaru Ning Baizura, EastToWest sebelum tetamu pulang membawa bersama momen manis untuk disemat dalam ingatan sepanjang musim 2007.

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November