logo
logoemedia
 
Kenangan terindah anugerah berprestij

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

KESUNGGUHAN serta kerjasama ditunjukkan barisan artis yang terbabit di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, ketika sesi latihan serta raptai penuh, kelmarin, menyemarakkan kehangatan kemuncak ABPBH 2007, sekali gus mencatatkan satu lagi sejarah dalam kalendar hiburan tempatan.

Raptai penuh yang diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands dibahagikan kepada dua sesi iaitu petang dan malam bagaikan medan pertemuan anak seni, menyatukan penggiat industri hiburan daripada pelbagai bidang pada satu acara gemilang yang mengiktiraf sumbangan mereka menerusi undian pembaca Berita Harian.

Kesempatan itu juga digunakan mereka untuk bertanya khabar, bergurau senda dan berkenalan lebih erat kerana bukan sering peluang keemasan begini datang. Pelbagai gelagat dapat dilihat sementara menantikan detik giliran masing-masing untuk menjayakan latihan, menghangatkan kedinginan Genting Highlands dengan senda tawa.

Jarang kesempatan menyatukan anak seni diperoleh, namun ruang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengeratkan hubungan sesama insan biarpun daripada bidang berbeza.

Barangkali masih ada yang janggal kerana jarang bersua muka, namun ABPBH 2007 meruntuhkan semua tembok yang menghalangi dan membuktikan anak seni, biar daripada bidang mana sekali pun tetap bersatu demi masa depan industri.

Otai rock seperti Ramli Sarip, Amy Search, Hattan, Awie dan Ella yang membuat persembahan bersama selesa dalam satu kumpulan. Sementara itu, kumpulan penari yang mengiringi persembahan Datin Seri Siti Nurhaliza masih sibuk membuat latihan dan memperbaiki gerak tari menjelang saat akhir.

Kehadiran dua bayi comel iaitu anak kepada pelakon, Anne Ngasri dan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy ternyata menjadi tumpuan dan menjadi penyeri kepada acara raptai pada petang itu. Lebih-lebih lagi anak Anne yang berusia setahun lebih, daripada satu tangan kepada tangan yang mengulitnya. Tapi si comel berambut kerinting itu langsung tidak menunjukkan reaksi takut kepada orang yang tidak dikenali.

Mungkin Abdul Warits bangga kerana yang mendukungnya bukan calang-calang orang. Daripada Nora Danish kepada Anuar Zain semuanya nampak cukup terpesona dengan kecomelan anak sulung Anne itu. Anuar Zain nampaknya tidak kekok memegang budak, malah rupanya dengan Abdul Warits juga nampak seiras mungkin kerana potongan rambut yang hampir serupa.

Jika Anuar sibuk mendukung anak Anne, penyanyi manja Ella pula begitu asyik melayani anak Kak Ogy, Nuraminah Aishah. Seperti mana Warits, anak dara Kak Ogy juga tidak kisah siapa saja yang mendukungnya. Ella juga mengambil peluang itu merakamkan gambarnya bersama si comel Nuraminah. Sedang sibuk Ella mendukungnya, Nuraminah tiba-tiba lena di dalam pelukan penyanyi itu. Begitu mudah Nuraminah melelapkan mata walaupun dalam keadaan bising.

Pasangan Diana Dianelle dan Syamsul Yusof yang menafikan mempunyai hubungan istimewa pula kelihatan cukup intim. Jika artis lain duduk bersama rakan-rakan, Diana dan Syamsul nampaknya lebih selesa berdua ditemani ibu pelakon cantik yang sedang meningkat naik itu. Ia seakan-akan membenarkan hubungan istimewa yang terjalin antara mereka.

Kehadiran juara Raja Lawak musim kedua, Nabil turut menjadi tumpuan. Dengarnya Ella dan kakaknya Jojie adalah peminat Nabil, kenyataan itu dikeluarkan penyanyi itu sendiri ketika mereka bersalaman. Raja Azmi juga mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan bintang komedi yang sedang mencuri perhatian itu.

Siapa tahu mungkin Raja Azmi berminat untuk menawarkan watak kepada bintang baru yang semakin menyinar itu.

Kemunculan Datuk Jalaludin Hassan bersama tiga jelitawan, Fasha Sandha, Dynas dan Fouziah Gous yang mengiringi persembahannya juga mendapat tepukan gemuruh. Lebih-lebih lagi apabila Fasha muncul, ia mengundang sorakan terutama daripada teman seangkatan yang membanjiri dewan itu.

Selain Datuk Jalal yang menjadi tumpuan, kemunculan Anuar Zain juga begitu dinantikan rakan artis yang lain. Dynas yang mengagumi kekuatan vokal penyanyi lelaki itu mengambil kesempatan merakamkan persembahan Anuar menerusi telefon bimbitnya.

Kemuncak ABPBH 2007 sudah melabuhkan tirainya semalam namun kenangan manis bersama sepanjang tiga hari sesi latihan diadakan pastinya meninggalkan pelbagai catatan manis buat mereka yang terbabit. Terima kasih kepada semua yang memastikan ABPBH 2007 berjalan sempurna.

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November