logo
logoemedia
 
Aura glamor Habib

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Pereka, artis puas hati koleksi eksklusif serlah tema malam kemuncak ABPBH 2007

DETIK gemilang makin mendekati, debaran bertambah memuncak malah persoalan yang selama ini berteka-teki di minda umum juga akan berakhir dengan pengumuman senarai bintang pilihan peminat.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 tidak sekadar mengundang debaran peminat, malah bagi 14 pereka baru tempatan yang diberi tanggungjawab menata gaya selebriti acara kemuncak itu juga menguji penerimaan khalayak terhadap rekaan kreatif bertemakan Batik Glam.

Khamis lalu, Bilik Pameran Habib di Ampang menjadi medan pertemuan pereka untuk sesi pemilihan aksesori yang bakal digayakan selebriti yang secara tidak langsung menyemarakkan lagi kehangatan bahang ABPBH 2007.

Dibantu Penolong Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Habib Jewels, Yasheeda Yashaiya, sesi pemilihan aksesori itu berjalan lancar, malah setiap pereka berpuas hati kerana apa yang mereka inginkan dipenuhi Habib.

Pilihan aksesori dari Koleksi Berlian 2008, sebahagian besar adalah rekaan terbaru termasuk bermotifkan batik bakal menyuntik aura glamor sekali gus menyemarakkan lagi kilauan bintang yang menyerikan ABPBH 2007.

"Tidak sukar untuk menyesuaikan aksesori Habib dengan rekaan bertemakan Batik Glam kerana berlian sesuai digayakan dengan apa saja rekaan,” kata Yasheeda.

Justeru, kata Yasheeda, untuk menyerlahkan lagi aksesori pilihan Habib mereka menitikberatkan rekaan yang dapat menonjolkan aksesori hasil perbincangan bersama pereka terbabit.

"Dari segi kreativiti, setiap pereka diberikan kebebasan untuk mencurahkan idea namun kami turut mengambil kira perincian, lebih mudah jika rekaan tidak terlalu sarat di bahagian tengkuk pemakai.

"Ini kerana kami mahu aksesori Habib yang bakal digayakan selebriti menyerlah, sekali gus melengkapkan lagi penampilan yang menyuntik aura glamor pada malam ABPBH 2007,” katanya.

Apa yang menarik kata Yasheeda, rekaan aksesori yang digayakan selebriti pada malam kemuncak ABPBH 2007 disiapkan sejak Januari lalu sempena sambutan ulang tahun ke-50 Habib.

Dengan rekaan yang eksklusif, malah belum pernah digayakan sebelum ini, ABPBH 2007 bakal menjadi medan perhimpunan selebriti untuk melaram koleksi istimewa mereka.

"Setiap aksesori pilihan pereka akan dilihat semula oleh barisan pereka Habib kerana kerjasama ini sekali gus membantu menyerlahkan lagi rekaan, malah memberikan keselesaan kepada selebriti terbabit,” katanya.

Akui Yasheeda, kebanyakan pereka cenderung memilih aksesori mewah dan mahal tanpa menyedari aksesori ringkas jika bijak digayakan mampu membangkitkan rekaan.

Pilihan merangkumi berlian, permata pelbagai rona dan mutiara juga bakal memperlihatkan variasi koleksi yang dimiliki Habib.

"Inisiatif yang diambil Berita Harian menyatukan penggiat industri hiburan dan fesyen pada acara penuh prestij ini memperlihatkan kesungguhan untuk membawa rekaan tempatan ke peringkat lebih tinggi.

"Secara tidak langsung, usaha ini akan memartabatkan industri rekaan fesyen dan aksesori sekali gus membangkitkan kesedaran di kalangan pencinta fesyen dalam memilih apa yang bersesuaian untuk gaya serta penampilan mereka,” kata.

Sesi pemilihan aksesori itu turut diserikan dengan kehadiran tiga selebriti yang bakal memeriahkan ABPBH 2007 iaitu Fauziah Latiff, Mila, Julia Ziegler dan Bob.

Seramai 14 pereka fesyen tampil pada majlis itu untuk memperkenalkan rekaan yang dihasilkan untuk selebriti yang bakal menggayakan busana berkenaan. Mereka yang terbabit ialah Rizman Ruzaini yang menata gaya untuk Ning Baizura, Erra Fazira dan Nurul, manakala Kent daripada Kentchoize de Boutique pula menyiapkan rekaan untuk peragawati dan pelakon terkenal, Aleeza Kassim.

Hazwani Osman pula menjadi pilihan Sharifah Shahira, Ijoy dan Diddy, manakala Norazura Mazaruddin pula menyiapkan rekaan kreatif untuk Nora Danish, Fouziah Gous, Rozita Che Wan dan Nasreen Ngasri.



Khairy Sufi pula menata gaya, Sharifah Amani, Faizal Azraf (Fauziah Latif), Zery Zamry (Dynas, Marsha dan Bob).

Michael Shu menghasilkan rekaan untuk Datuk Siti Nurhaliza, Lisdawati, Diana Danielle dan Irma

Hasmie, Nazreen Idris (Anne Ngasri), Mohd Fitri Zainal Abidin (Nana), Erwan AS (Kenchana Dewi),

Anizam Yusof (Nita Malaysia Idol dan Meet Uncle Hussain) dan Hatta Dolmat (Julia Ziegler dan Mila).

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November