logo
logoemedia
 
Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis

Oleh Rozdan Mazalan

NSTP e-media sedia pelbagai klip video menarik acara berprestij bagi peminat seluruh dunia

BIARPUN tidak berpeluang untuk mengetahui perjalanan awal sehingga hari kemuncaknya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH 2007) Ahad ini, pembaca akhbar ini yang berada di luar negara tetap tidak dilupakan. Segala-galanya akan disediakan pihak penganjur bagi memastikan sokongan berterusan pembaca memperoleh maklumat terkini seperti mana pembaca dari tanah air.

Kini dengan melayari melayari http:// tvabp.emedia segala perjalanan awal sehingga berlangsungnya majlis gilang-gemilang itu akan dipaparkan menerusi klip video sebagai siaran tertunda.

Pelbagai kemudahan disediakan penganjur bagi membolehkan mereka mengikuti perkembangan majlis berprestij itu, termasuk acara kemuncaknya di Arena Of Stars, Genting Highlands Ahad ini.

Antaranya, kemudahan TV interaktif yang boleh diikuti siarannya menerusi laman web http://tvabp.emedia.com.my di bawah pengendalian anak syarikat The New Straits Times Press (NSTP) Bhd, NSTP e-media.

Pereka Web NSTP e-media, Syahruddin Abdul Ghani berkata, pihaknya sudah melakukan dua bulan persiapan termasuk membuat liputan Road Tour ABPBH 2007 yang menjelajah ke tujuh destinasi di seluruh negara sejak Februari lalu bagi mempromosikan acara itu, selain memberi peluang kepada finalis mendekati peminat masing-masing.

"Selain mempromosikan ABPBH 2007, kemudahan ini juga bertujuan memberi alternatif kepada orang ramai, khususnya pembaca Berita Harian untuk mengikuti perkembangan anugerah ini dari semasa ke semasa.

"Kita juga akan membuat liputan menyeluruh sepanjang acara kemuncak itu berlangsung untuk tontonan orang ramai. Ia membabitkan rakaman ketika sesi raptai, ketibaan artis di lokasi penganjuran, termasuk acara perarakan karpet merah, disusuli suasana di belakang pentas, penyampaian trofi, persembahan artis dan segmen post-party.

"Kami turut menyiarkan rakaman temu bual bersama pemenang setiap kategori dipertandingkan, selain mana-mana tetamu jemputan yang sesuai untuk dipaparkan dalam siaran ini nanti,” katanya.

Syahruddin berkata, ini kali pertama pihaknya menyediakan kemudahan TV interaktif itu untuk ABPBH 2007 dan sambutan yang diberikan cukup menggalakkan, terutama di kalangan peminat di luar negara.

"Sejak beberapa bulan lalu, TV interaktif ini dikunjungi purata 2,000 pengunjung sehari dan kami menjangkakan jumlah kunjungan itu akan meningkat kepada 25,000 orang sehari selepas berlangsungnya acara kemuncak ABPBH2007.

"Selain siaran tertunda ABPBH 2007, TV interaktif itu juga memberi peluang kepada peminat melihat dengan lebih dekat di belakang tabir penganjuran majlis anugerah berkenaan.

"Ada banyak klip video menarik dalam TV interaktif ini dan ia boleh dimuat turun dengan bayaran berpatutan. Bagaimanapun, ini hanya untuk kenang-kenangan, bukan untuk disiarkan semula kerana hak ciptanya terpelihara,” katanya.

Katanya, NSTP e-media mewujudkan satu pasukan mengandungi lapan petugas, khusus bagi mengendalikan siaran untuk ABPBH 2007.

"Ini termasuk empat krew penerbitan, masing-masing dua jurukamera iaitu saya sendiri dan Michelle Lyn Tan, selain dua hos iaitu Azura Abdul Azam serta Noraini Othman.

"Kami turut dibantu hos jemputan, wartawan hiburan dan penulis gosip Bintang Popular, Zubir Mohd Yunus yang akan mengendalikan sesi temu bual bersama pemenang pada acara kemuncak nanti,” katanya.

Dari segi peralatan pula, katanya, NSTP e-media menggunakan dua unit kamera video digital jenis Sony FX-7 untuk membuat rakaman sepanjang acara itu berlangsung nanti.

"Ia mampu menghasilkan visual definisi tinggi (HD), yang tentu sekali dapat memuaskan hati penonton. Kami cuba memberikan perkhidmatan terbaik untuk penonton,” katanya.

Selain TV interaktif itu, NSTP e-media turut membangunkan laman web khusus iaitu http://abp.bharian.com.my bagi membolehkan orang ramai mengikuti perjalanan ABPBH 2007 dari awal hingga akhir.

"Kami berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menggunakan semua kemudahan ini kerana memang julung kalinya semua kemudahan ini disediakan untuk ABPBH 2007,” katanya.

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November