logo
logoemedia
 
'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Juara Akademi Fantasia musim kelima jawab isu bercinta dengan lelaki tua

TIDAK sampai setahun bergelumang dalam dunia seni, Norsyarmilla Jirin, 20, sudah dihambat pelbagai kontroversi. Pertama, kisah cintanya bersama Ebi kemudian kecoh pula cerita percintaan mereka yang sudah berakhir. Seterusnya, penyanyi kecil molek berasal dari Pulau Mutiara itu dikatakan menjalin pula hubungan dengan seorang lelaki berusia 50 tahun.

Gosip itu bukanlah baru, tetapi hebat diperkatakan semula. Kononnya lelaki berbangsa Cina yang kini menetap di Australia sanggup melabur untuk album sulung Mila, Persis Mutiara.

Bukan itu saja, Mila juga dikatakan berani berkunjung ke hotel yang didiami lelaki berkenaan secara sendirian.

Ketika diajukan pertanyaan mengenai gosip itu, juara Akademi Fantasia musim kelima itu hanya mampu tersenyum. Gadis manis itu hanya mampu ketawa membaca kenyataan demi kenyataan yang tidak benar dilemparkan kepadanya.

"Mila hanya mampu mengucap Alhamdulillah apabila terbaca kenyataan yang dikeluarkan akhbar baru-baru ini. Mila akui mengenali lelaki bernama Bernard Chia, tetapi Mila juga mengenali isterinya Ruby serta anak-anaknya.

"Isteri Bernard juga ada terbaca gosip itu menerusi internet dan dia juga ketawa. Memang benar Bernard melabur tetapi bukan untuk album sebaliknya untuk video klip Mila.

"Dia adalah salah seorang pemegang saham dalam syarikat Mila, MC Voice. Kami sudah kenal lama, dia sebenarnya kawan kepada bapa Mila. Bapa mengenali Bernard ketika berkerja di lounge, sejak itu keluarga kami berkawan rapat,” kata Mila.

Mila mengakui bertemu dengan Bernard di hotel. Tetapi dia tidak pergi bersendirian sebaliknya ditemani ibu bapa serta pembantu peribadinya, Fahmi dan beberapa orang lagi berbincang mengenai syarikat mereka.

Anak sulung tiga beradik itu menafikan Bernard sering hadir di majlis anjuran kelab peminat Mila dan berkelahi dengan Ebi di sebuah majlis. Jelas Mila tidak logik Bernard sering hadir ke majlisnya kerana lelaki itu menetap di Australia.

"Bernard anggap Mila macam anak dia sendiri. Dia akan turun ke sini pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2007) nanti untuk menjelaskan semua tuduhan yang mengaitkan kami berdua.

"Mereka boleh berjumpa dengan Bernard nanti untuk mendapatkan penjelasan sebenar kerana dia mahu menjernihkan keadaan,” jelas Mila yang menggayakan koleksi permata dan mutiara daripada Habib Jewels bernilai RM 120,000.

Menurut Mila, pada mulanya ibu bapanya agak terkejut dengan gosip yang mengaitkan dirinya. Bagaimanapun mereka tahu gerak geri penyanyi itu memandangkan mereka tinggal bersama.

Mila sendiri malas untuk terlalu memikirkan gosip mengenai dirinya kerana dia lebih mengetahui apa yang berlaku. Sebagai anak seni, Mila terpaksa akur dengan cabaran dan rintangan pahit yang perlu dilalui.

Teruja di karpet merah

SEBELUM ini, dia hanya dapat menatap gambar artis bergaya cantik di karpet merah. Tetapi kini, Mila sendiri berpeluang merasai sendiri kehangatan berjalan di karpet merah.

Mila bakal menggayakan pakaian rekaan Hatta Dolmat. Bagaimanapun, Mila memilih potongan ala ‘trench-coat’ kerana tubuhnya yang kecil kurang sesuai bergaya dengan gaun labuh.

Menurut Hatta, dia memilih kain satin sutera dengan motif Inggeris tetapi turut menyelitkan batik bercirikan kontemporari batik mengikut tema ABPBH 2007. Hatta memilih warna hijau firus untuk busana yang bakal digayakan Mila.

Bangga wakili negara

BIARPUN baru setahun jagung, Mila amat gembira apabila dia terpilih mewakili negara ke Bulgaria Discovery International Pop Muzik, Mei ini.

Katanya, dia mahu menggunakan kesempatan selama beberapa hari untuk menimba pengalaman baru dan berguna.

"Mila bersyukur dan sangat bangga apabila dipilih mewakili negara. Bagaimanapun, ini satu tugas yang berat buat Mila kerana membawakan nama negara.

"Mila akan cuba buat yang terbaik. Kalah atau menang adalah adat pertandingan, namun Mila akan cuba lakukan yang terbaik,” katanya.

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November