logo
logoemedia
 
Pereka muda bantu serlah aura glamor

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

ABPBH sedia peluang gilap nama, bakat dalam dunia fesyen tanah air

PENGANJURAN acara hiburan berprestij dan glamor seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 secara tidak langsung menyediakan platform kepada pereka muda untuk memantapkan nama di mata penggemar fesyen.

Kaitan antara dua entiti iaitu selebriti dan fesyen membantu membangkitkan aura glamor pada acara hiburan berprestij yang akan berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, 30 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk ABPBH 2007 yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah berkata, ABPBH 2007 menyediakan platform terbaik kepada pereka muda untuk menyerlahkan bakat menerusi rekaan yang bakal digayakan selebriti terpilih pada acara kemuncak itu.

"Berita Harian tidak pernah menidakkan peranan penting yang dimainkan pereka muda untuk mengangkat industri fesyen tempatan di mata khalayak.

"Inisiatif yang diberikan Berita Harian menerusi kerjasama dalam ABPBH 2007 harus dimanfaatkan sepenuhnya pereka muda untuk mengetengahkan kreativiti mereka.

"Dengan pendedahan yang diberikan secara meluas ini akan membantu memperkenalkan lagi nama, malah membawa kreativiti anda ke tahap lebih membanggakan,” katanya pada satu pertemuan bersama 14 pereka yang terbabit dalam ABPBH 2007 di Balai Berita, baru-baru ini.

Sebagai penggerak kepada industri fesyen, juga menjadi motivasi kepada pereka muda untuk menghasilkan rekaan bermutu bersesuaian tema, Batik Glamor, ABPBH 2007 turut menyediakan dua anugerah khas iaitu Pereka Paling Popular yang ditentukan pembaca akhbar ini.

"Kami berharap ini adalah satu permulaan bagi sesuatu yang lebih besar pada masa depan bagi memartabatkan industri fesyen tanah air,” katanya.

Sementara itu, pereka yang terbabit menyifatkan inisiatif yang diberikan Berita Harian ini sebagai platform terbaik untuk menggilap nama dan bakat mereka.

Hatta Dolmat yang pernah memenangi rekaan terbaik pada ABPBH 2006 menerusi gaun keemasan yang digayakan Erra Fazira berterima kasih kepada Berita Harian yang peka dengan misi mereka sebagai pelapis dalam industri fesyen.

Mula terbabit dengan ABPBH sejak dua tahun lalu, Hatta akan memberikan sentuhannya untuk dua finalis kategori Artis Baru Wanita Popular iaitu Mila dan Julia Ziegler.

"Bukan mudah untuk pereka muda seperti kami membina tapak, malah menembusi tembok yang selama ini dipegang oleh nama yang sudah sinonim dengan rekaan fesyen.

"Dua tahun lalu saya menghasilkan rekaan untuk Fasha Sandha dan Jaclyn Victor, namun dikritik tetapi dari situ saya belajar memperbaiki kelemahan.

"Alhamdulillah, tahun lalu rekaan saya diiktiraf dan menerima pujian ramai sekali gus membantu mengukuhkan lagi nama saya dalam arena ini.

"Peluang tidak datang bergolek, namun dengan jambatan yang dibina ABPBH 2007 secara tidak langsung mempercepatkan lagi langkah saya untuk mencipta nama dalam bidang ini,” katanya.

Bagi Azura Mazaruddin, usaha yang digerakkan Berita Harian ini bertepatan dengan misinya untuk terus memantapkan lagi nama menerusi pembabitan dalam acara hiburan berprestij seperti ABPBH 2007.

Rekaannya pada malam kemuncak ABPBH 2007 bakal membaluti tubuh cantik milik Nora Danish, Rozita Che Wan, Darling Ngasri dan Fouziah Gous.

"Sebagai pereka baru, kami memerlukan publisiti dan pendedahan kerana dari situ, kreativiti kami akan diakui umum sekali gus memberikan semangat untuk mengangkat lagi industri fesyen tempatan.

"Terima kasih kepada ABPBH 2007 yang menyediakan platform ini dan ia secara tidak langsung memperkemaskan lagi jenama Azura di kalangan penggemar fesyen,” katanya.

Selain dua nama itu, pereka muda lain yang menjayakan ABPBH 2007 ialah Rizman Ruzaini yang menghasilkan rekaan untuk Erra Fazira, Ning Baizura dan Nurul, manakala Kent daripada Kentchoize de Boutique pula diberi tanggungjawab menghasilkan sentuhan untuk model dan pelakon tinggi lampai, Aleeza Kassim.

Hazwani Osman pula memberikan sentuhannya untuk pasangan suami isteri, Sharifah Shahira dan Ijoy selain Diddy, manakala Khairy Sufi pula menyediakan rekaan untuk Sharifah Amani.

Turut mempamerkan rekaannya ialah Faizal Azraf (Fauziah Latiff), Zery Zamry (Dynas, Marsha dan Bob) dan Michael Shu (Lisdawati, Diana Danielle dan Irma Hasmie).

Juga memberikan idea kreatif mereka ialah Nazreen Idris yang menghasilkan rekaan untuk Anne Ngasri, Mohd Fitri Zainal Abidin (Nana), Irwan Arsbo (Kenchana Dewi) dan Anizam Yusof (Nita dan Meet Uncle Hussain).

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November