logo
logoemedia
 
Tak sangka ada peminat setia

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Kenchana Dewi bakal melaram dengan gaun rekaan Irwan Arsbo

WATAK Kamala dalam drama bersiri Puteri membawa tuah kepada Kenchana Devi apabila namanya tersenarai di dalam Top 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2007) bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular.

Ujar Kenchana, penat lelah selama 16 tahun berbaloi dengan pencalonannya di dalam ABPBH 2007. Kenchana tidak meletakkan harapan tinggi melangit, menyedari saingannya cukup hebat. Membandingkan dirinya dengan mereka, jurang itu kata Kenchana sangat luas.

Sheila Rusly, Adibah Noor, Sharifah Shahira dan Raja Azura, memiliki nama yang besar. Namun, sesuatu yang tidak disangka apabila namanya mampu berdiri sebaris mereka. Katanya, dia tidak menyangka bahawa selama ini dia mempunyai peminat dan pengikut setia.

“Saya gembira dan tidak sangka ada peminat yang sanggup bersusah payah memangkah nama saya. Seterusnya meletakkan nama saya sebaris dengan Adibah Noor, Sheila Rusly dan yang lain-lain.

"Saya berharap pencalonan ini akan memberi tenaga kepada artis bukan Melayu yang lain bahawa mereka juga mempunyai peluang untuk dicalonkan. Artis bukan Melayu tidak seharusnya merasakan mereka tidak dihargai penonton, yang penting kita perlu bekerja keras.

"Bagaimanapun, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Bagi saya, berada di tahap ini adalah satu kemenangan,” katanya yang menggayakan pakaian rekaan pereka baru Irwan Arsbo.

Kenchana yang anggun dengan koleksi intan Habib Jewels didatangkan khas dari Afrika Selatan bernilai RM152,255 berkata, watak Kamala meletakkan dirinya dekat dengan peminat. Peminatnya yang terdiri dari pelbagai peringkat umur bebas datang kepadanya bertegur sapa dan memeluknya.

Mereka juga kerap memberikan peribahasa kepadanya setiap kali berjumpa. Peribahasa pemberian peminat sering kali digunakan di dalam Puteri. Katanya, itu adalah salah satu caranya untuk menghargai mereka.

Biarpun sudah sembilan musim membawakan watak Kamala, Kenchana tidak pernah jemu. Dia amat berterima kasih kepada Aziz M Osman yang memberi peluang itu kepadanya. Oleh kerana tiga tahun membawakan watak yang sama, Kechana sentiasa cuba membawa kelainan supaya penonton tidak bosan dengan watak yang dibawakan.

"Setiap hari, saya cuba bawakan kelainan. Dalam setiap drama, saya akan pastikan ada sesuatu yang berbeza dapat saya tonjolkan kepada peminat. Semua ini memang memerlukan kerja keras. Banyak watak yang sudah saya bawakan, komedi, sedih dan serius.

"Saya ingin berterima kasih kepada Abang Aziz kerana memberi peluang kepada saya. Begitu juga dengan Raja Alawiyah kerana dia tidak pernah jemu memberikan watak kepada saya. Tidak lupa juga kepada semua syarikat produksi yang pernah menawarkan watak kepada saya. Juga kepada Berita Harian kerana menganjurkan anugerah seperti ini,” katanya yang akan turun ke padang permainan di rumahnya pada sebelah petang jika berkesempatan bagi mendapatkan idea untuk watak Kamala.

Kenchana setia dengan Irwan

BIARPUN nama Irwan Arsbo masih baru dalam arena fesyen. Kenchana tidak kisah malah semakin selesa dengan rekaan anak muda kelahiran Sarawak itu. Mereka berkenalan kira-kira dua tahun setengah yang lalu melalui seorang penerbit drama. Ketika itu, Kenchana mencari pereka untuk mereka pakaiannya ke Anugerah Skrin 2006.

Walaupun masih baru, Kenchana kagum dengan hasil tangan Irwan. Malah, gaun yang digayakan mendapat pujian ramai menyebabkan Kenchana setia bersama Irwan. Dia juga memberi sepenuh kebebasan kepada Irwan menghasilkan apa saja potongan yang sesuai untuknya.

Pelajar Giat Mara dan kini menyambung pengajian di Bunka Fashion School itu berkata, gaun yang bakal direka untuk Kenchana pada ABPBH 2007 nanti berpotongan glamor yang berlatarkan bunga kemboja. Katanya, dia terpesona melihat bunga berkenaan yang digunakan dengan meluasnya ketika bercuti ke Phuket, Thailand.

“Saya perlu bijak bermain dengan warna untuk disesuaikan dengan Kenchana. Untuk acara permaidani merah, saya memilih gaun berpotongan glamor. Saya memilih warna merah jambu dan jingga, sementara material yang akan digunakan adalah sutera santong dan juga sifon.

"Potongan dan rekaan gaun yang bakal saya hasilkan nanti bercirikan Hollywood tetapi tidaklah 100 peratus meniru gaya berkenaan,” kata anak kedua daripada dua beradik itu.

INFO: Kenchana Devi

  • BERASAL dari Kuala Lumpur, pelakon yang sudah membintangi sitkom Puteri selama tiga tahun pertama kali dicalonkan untuk Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2007).

  • KENCHANA Dewi atau nama sebenarnya Kanchana Dewi bakal menggayakan pakaian rekaan Erwan Asbor seorang pendatang baru dalam dunia rekaan fesyen. Dia mengenali Erwan menerusi seorang pengarah drama.

  • MEREKA pertama kali berkolaborasi pada Anugerah Skrin 2006 dan Kenchana mengakui selesa bekerja dengan Erwan kerana pereka itu memahami cita rasanya meskipun masih baru dalam bidang fesyen.

  • MENGGAYAKAN set barang kemas daripada Habib yang didatangkan khas dari Afrika Selatan bernilai RM 152,255.

    Hantar kepada kawan      Format pencetak
  • Artikel lain:

     Rezeki anugerah
     Peniaga menang peraduan ABPBH2007
     'Yang penting restu ibu'
     4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
     Pemenang peraduan ABPBH dipilih
     Dilema popular
     Impak undi popular
     Kenangan indah malam kemuncak
     Batik Glam serlah gaya
     Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
     Janji tak lupa diri
     Dafi idam watak ganas, seram
     Selebriti sempat 'manjakan' diri
     Detik indah sepanjang hayat
     'Memang dia pujaan hati'
     Aksi bintang serlah malam kemuncak
     Aura Mawi masih kukuh
     Pengiktirafan peminat cukup bermakna
     Gelombang baru ABPBH 2007
     Terus berkarya selagi terdaya
     Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
     Kenangan terindah anugerah berprestij
     Muzik segar, persembahan mantap
     Bagaikan mimpi
     ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
     Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
     Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
     Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
     Aura glamor Habib
     Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
     Anugerah beri impak besar
     5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
     Jee kembali demi ABPBH
     'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
     Pereka muda bantu serlah aura glamor
     ABPBH kepada empat penyampai radio
     Finale road tour yang gamat!
     Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
     Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
     Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
     Semakin hangat!
     Muak bawa watak menangis
     Tak sabar nak melaram
     Peminat JB sporting
     7,000 peminat serbu artis
     Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
     Limpahan borang undian ABPBH 2007
     Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
     Tidak terdesak cipta populariti
     Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
     Sorok tocang di kem PLKN
     Tuah 'road tour' ABPBH
     Sudah sedia untuk bercinta
     Serah borang di lokasi road tour
     ABPBH medan JVC promosi produk
     Timbunan borang undian di Balai Berita
     ABPBH angkat pereka muda
     Warna garang jadi pilihan
     Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
     'Cincin memang hadiah Ikin'
     Berbaloi ke JB!
     Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
     Cheryl optimis kembangkan kerjaya
     Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
     Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
     Debaran menanti malam kemuncak
     Jelajah ABPBH07 gamat
     Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
     Tak sabar tunggu malam kemuncak
     Bukan 'show' syok sendiri
     Artis tersohor buat persembahan
     Merawat Luka di Genting
     'Biarlah apa orang nak kata'
     Pentas ABP serlah bakat menyanyi
     Buat apa ungkit cerita lama?
     Peluang ke Bali bersama artis
     Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
     Si manis 17 mula melaram
     Tidak tunduk dengan tekanan
     Kunci mulut bab cinta
     Rezeki tak pernah putus
     ABPBH martabatkan batik
     Akhiri kemarau penantian
     5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
     Peminat di Melaka sporting
     Anggun sentuhan Azura
     Emil Emilda julang nama Aaron
     Tidak kisah jika kalah
     Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
     Pahang Bikers iringi konvoi finalis
     Misi cari pereka popular
     Eksklusif, ada kelas
     Fouziah Gous tak sanggup berkemban
     Pembaca bertuah dapat kereta
     Lali gosip kahwin Tan Sri
     Giliran Dataran Pahlawan bergegar
     Habib perkenal hadiah utama ABPBH
     Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
     Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
     Harapan Mila persis mutiara
     Meriah bagaikan festival
     Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
     Kerajaan negeri tewaskan selebriti
     22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
     Ajak jelajah bumi Anbia
     Masih menaruh harapan
     Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
     Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
     Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
     Fasha nafi lagak 'diva'
     Kejutan di Kota Bharu
     Kak Engku lebih puas menyanyi
     Finalis serbu HotFM
     Aura si jelita
     Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
     12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
     Persona finalis ABPBH2007
     Tak lagi tersembunyi
     Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
     Gelaran hajah terlalu berat
     Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
     Cabaran, emosi duyung jelita
     Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
     Habib warnai bintang popular
     Habib Jewels penaja terbesar
     Kempen undi finalis ABPBH 2007
     Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
     Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
     Pemilihan peminat sangat dihargai
     Undian bermula
     AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
     Mawi akur apa saja keputusan pengundi
     ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
     Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
     'Saya mahu buktikan'
     Tak gadai jiwa buru nama
     Popular dalam diam
     Bard R1 tak serik kena tipu
     Musim mengundi artis sudah tiba
     Kuasa undi milik anda
     Artis baru teruja terima pencalonan
     'Bertanding bukan kerana anugerah'
     ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
     761 calon ABPBH
     Semak nama jangan ada yang tercicir
     Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
     Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
     Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November