logo
logoemedia
 
Finale road tour yang gamat!

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

Siri promosi ABPBH2007 melabuhkan tirainya di Shah Alam, jangan lupa acara kemuncak 30 Mac


BERTUAH sungguh peminat di sekitar Shah Alam apabila nama besar dalam industri muzik tanah air yang juga calon akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 singgah di Kompleks Shah Alam City Centre (SACC Mall) pada petang Ahad lalu, dalam siri promosi jelajah ABPBH yang terakhir untuk kali ini.


Lebih 3,000 peminat yang sejak awal lagi sudah pun memenuhi setiap sudut pusat beli-belah berkenaan nyata terhibur dengan kemunculan barisan penyanyi pujaan mereka seperti Anuar Zain, Mawi, Jaclyn Victor, Hazami, Mila, AC Mizal, Kristal, Mirwana, Diddy dan Farah Asyikin.


Manakala pelakon Zul Yahya, Vanidah Imran, Fouziah Gous, Julia Ziegler, Bard R1 serta penyampai Era, Linda Onn pula tidak ketinggalan tampil di pentas untuk memberikan sokongan kepada acara promosi, seterusnya mendekati peminat yang menunggu-nunggu kehadiran mereka.


Sebelum singgah di SACC Mall, siri jelajah promosi ABPBH 2007 sudah pun terlebih dulu diadakan di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Melaka, Kuantan, Johor Bahru dan Pasir Gudang.


Acara yang penuh dengan gelak ketawa dan keceriaan petang Ahad itu diacarakan dua finalis ABPBH 2007, iaitu Azwan Ali dan Raja Azura. Selain mengendalikan siri promosi terakhir ini, Raja Azura atau lebih mesra dipanggil Kak Engku turut menunjukkan kehebatannya sebagai penyanyi, apabila mengalunkan dua lagu daripada album terbaru.


Kak Engku berjaya menghidupkan suasana apabila mengajak pasangan tiga penonton serta tiga pelakon - Vanidah, Julia dan Zul Yahya - untuk menari bersamanya ketika mengalunkan lagu Bahaya. Tercampak sekejap si penyampai Hot FM, Fara Fauzana, apabila seorang peminat yang juga ‘kekasihnya’ petang itu, tidak lagi mahu menari bersamanya, sebaliknya setia menyusun langkah bersama Vanidah.


Azwan pula sekali lagi dikenakan oleh rakan artis apabila dia disandingkan dengan seorang peminat lelaki istimewa. Kali ini, si pengacara terkenal itu dipakaikan tudung, kononnya dialah pengantin perempuan.


Ruang legar kompleks terbabit gamat dengan hilai tawa peminat, yang pecah perut melihat persandingan olok-olok berkenaan.


Selain keletah Azwan dan gelagat Kak Engku, penonton juga teruja dengan kemunculan empat lagi penyampai Hot FM, radio rasmi anugerah, iaitu Aleya, Anne, AG dan Ikhwan. Ada saja telatah penyampai muda ini yang memikat hati peminat.


Turut menggamatkan suasana di pusat beli-belah itu ialah juara baru Raja Lawak, Nabil, yang berjaya mencuri perhatian. Nyata sekali, kemunculan Nabil memang dinanti-nanti. Dalam sekelip mata, dia berjaya mengumpul kalangan peminat yang bukan sedikit jumlahnya.


Buat peminat Raja Lawak ini, tunggu saja kemunculannya apabila dia turut diundang sebagai penyampai trofi pada acara kemuncak ABPBH 2007 di Arena of Stars, Genting Highlands, 30 Mac ini.


Majlis gilang gemilang itu disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen nombor satu, TV3, selain radio Hot FM. Ketika itu jugalah akan diketahui siapa pemenang bagi 16 kategori ABP dan siapakah antara mereka dipilih oleh peminat sebagai Bintang Paling Popular.


Yang menarik sepanjang jelajah promosi ABPBH2007 di SACC Mall, Shah Alam


  • SEBAHAGIAN peminat jelas terpesona dengan alunan merdu Anuar Zain setelah jejaka dari Shah Alam itu menyampaikan lagu Kau Bunga Cintaku dan Ketulusan Hati. Penangan anak teruna Pak Zain ini memang cukup terasa, kerana bukan saja peminat yang memuja, malah ada kalangan artis yang ‘cair’ apabila berada di sebelah Anuar.


  • DI samping berhibur dengan nyanyian serta permainan, peminat di SACC Mall turut berpeluang merakam gambar bersama artis pujaan dan mendapatkan barangan eksklusif ABPBH, manakala peminat bertuah pula pasti tidak melupakan kenangan menaiki kenderaan bersama finalis.


  • SEBELUM acara sebenar diadakan, penonton terlebih dulu dihiburkan dengan dua artis muda, Iqwal dan Wanie. Acara awal diacarakan Isma Halil.


  • MILA tentu cukup seronok kerana akhirnya, hajat penyanyi cilik ini untuk berduet bersama Diddy tercapai apabila dia diberikan peluang mengalunkan lagu Saling Terpesona.


  • MIRWANA pula memperkenalkan single terbaru, Andaiku Pergi, tatkala mengambil tempat di pentas utama siri jelajah di SACC Mall. Mereka juga berasa teruja apabila dicalonkan empat tahun berturut-turut dalam kategori artis nasyid.


  • JACLYN VICTOR dan Mawi terpaksa bergegas pulang sebaik saja selesai mengadakan persembahan, berikutan komitmen mereka pada rancangan pertandingan akhir Hits 1 yang berlangsung beberapa jam selepas tamat siri road tour ABPBH 2007 tamat.


  • SEPERTI biasa, kumpulan Kristal diletakkan sebagai artis terakhir mengadakan persembahan, dek kemampuan mereka menarik minat penonton untuk terus berhibur, walaupun acara sudah berlangsung lebih empat jam. Kali ini, Kristal muncul dengan tiga lagu - Zunika, Keindahan Pantai dan Pemburu.


  • ACARA cabutan bertuah buat peminat yang membeli barangan eksklusif turut diadakan, dengan hadiah utamanya antara lain disumbangkan Habib.


  • DUA anak lelaki Kak Engku turut menaiki pentas apabila Jac menyanyikan lagu No One, dendangan asal Alicia Keys. Jika ibunya boleh menyanyi, dua anaknya itu pun tidak kurang hebat. Ala-ala mari meluntur buluh sejak dari rebung ‘gitu’.


  • PELAKON Zul Yahya mendapat ucapan tahniah daripada rakan artis yang mendapat tahu, isterinya, Siti Raihan Mohd Rodzi, kini hamil dua bulan. Selesai acara, beberapa artis serta krew road tour kelihatan mengikut si pelakon ini untuk makan-makan di restorannya yang terletak di kawasan berhampiran.

    Hantar kepada kawan      Format pencetak
  • Artikel lain:

     Rezeki anugerah
     Peniaga menang peraduan ABPBH2007
     'Yang penting restu ibu'
     4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
     Pemenang peraduan ABPBH dipilih
     Dilema popular
     Impak undi popular
     Kenangan indah malam kemuncak
     Batik Glam serlah gaya
     Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
     Janji tak lupa diri
     Dafi idam watak ganas, seram
     Selebriti sempat 'manjakan' diri
     Detik indah sepanjang hayat
     'Memang dia pujaan hati'
     Aksi bintang serlah malam kemuncak
     Aura Mawi masih kukuh
     Pengiktirafan peminat cukup bermakna
     Gelombang baru ABPBH 2007
     Terus berkarya selagi terdaya
     Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
     Kenangan terindah anugerah berprestij
     Muzik segar, persembahan mantap
     Bagaikan mimpi
     ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
     Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
     Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
     Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
     Aura glamor Habib
     Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
     Anugerah beri impak besar
     5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
     Jee kembali demi ABPBH
     'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
     Pereka muda bantu serlah aura glamor
     Tak sangka ada peminat setia
     ABPBH kepada empat penyampai radio
     Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
     Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
     Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
     Semakin hangat!
     Muak bawa watak menangis
     Tak sabar nak melaram
     Peminat JB sporting
     7,000 peminat serbu artis
     Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
     Limpahan borang undian ABPBH 2007
     Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
     Tidak terdesak cipta populariti
     Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
     Sorok tocang di kem PLKN
     Tuah 'road tour' ABPBH
     Sudah sedia untuk bercinta
     Serah borang di lokasi road tour
     ABPBH medan JVC promosi produk
     Timbunan borang undian di Balai Berita
     ABPBH angkat pereka muda
     Warna garang jadi pilihan
     Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
     'Cincin memang hadiah Ikin'
     Berbaloi ke JB!
     Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
     Cheryl optimis kembangkan kerjaya
     Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
     Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
     Debaran menanti malam kemuncak
     Jelajah ABPBH07 gamat
     Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
     Tak sabar tunggu malam kemuncak
     Bukan 'show' syok sendiri
     Artis tersohor buat persembahan
     Merawat Luka di Genting
     'Biarlah apa orang nak kata'
     Pentas ABP serlah bakat menyanyi
     Buat apa ungkit cerita lama?
     Peluang ke Bali bersama artis
     Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
     Si manis 17 mula melaram
     Tidak tunduk dengan tekanan
     Kunci mulut bab cinta
     Rezeki tak pernah putus
     ABPBH martabatkan batik
     Akhiri kemarau penantian
     5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
     Peminat di Melaka sporting
     Anggun sentuhan Azura
     Emil Emilda julang nama Aaron
     Tidak kisah jika kalah
     Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
     Pahang Bikers iringi konvoi finalis
     Misi cari pereka popular
     Eksklusif, ada kelas
     Fouziah Gous tak sanggup berkemban
     Pembaca bertuah dapat kereta
     Lali gosip kahwin Tan Sri
     Giliran Dataran Pahlawan bergegar
     Habib perkenal hadiah utama ABPBH
     Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
     Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
     Harapan Mila persis mutiara
     Meriah bagaikan festival
     Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
     Kerajaan negeri tewaskan selebriti
     22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
     Ajak jelajah bumi Anbia
     Masih menaruh harapan
     Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
     Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
     Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
     Fasha nafi lagak 'diva'
     Kejutan di Kota Bharu
     Kak Engku lebih puas menyanyi
     Finalis serbu HotFM
     Aura si jelita
     Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
     12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
     Persona finalis ABPBH2007
     Tak lagi tersembunyi
     Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
     Gelaran hajah terlalu berat
     Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
     Cabaran, emosi duyung jelita
     Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
     Habib warnai bintang popular
     Habib Jewels penaja terbesar
     Kempen undi finalis ABPBH 2007
     Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
     Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
     Pemilihan peminat sangat dihargai
     Undian bermula
     AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
     Mawi akur apa saja keputusan pengundi
     ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
     Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
     'Saya mahu buktikan'
     Tak gadai jiwa buru nama
     Popular dalam diam
     Bard R1 tak serik kena tipu
     Musim mengundi artis sudah tiba
     Kuasa undi milik anda
     Artis baru teruja terima pencalonan
     'Bertanding bukan kerana anugerah'
     ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
     761 calon ABPBH
     Semak nama jangan ada yang tercicir
     Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
     Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
     Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November