logo
logoemedia
 
Semakin hangat!

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

SEPERTI dijangka, persinggahan finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2007) ke destinasi kedua terakhir iaitu Kompleks Bandar Pasir Gudang, Johor, Sabtu lalu menepati sasaran apabila hampir 7,000 penonton membanjiri ruang legar pusat beli-belah berkenaan.

Biarpun ini adalah kunjungan kedua rombongan ABPBH 2007 ke Johor, selepas berkunjung ke Plaza Kota Raya, pada minggu lalu, sokongan yang diberikan penduduk di selatan tanah air itu cukup menggalakkan.

Sejak tengah hari, ruang legar Kompleks Badar Pasir Gudang menjadi tumpuan peminat dan pembaca setia akhbar Berita Harian yang tidak mahu melepaskan peluang melihat penyanyi, pelakon atau selebriti pujaan mereka secara empat mata. Selain berpeluang bertemu dengan lebih dekat, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan daripada beberapa finalis ABPBH 2007.

Barisan finalis yang mengikuti siri jelajah promosi kali ini ialah Mila, Farah Asyikin, Diddy, Bard R1, Raja Azura, Azwan Ali, Zul Yahya, Aaron Aziz, Jaclyn Victor, Adam, Royce dan Mirwana.

Kehadiran bintang popular ini ternyata cukup dinantikan peminat di Pasir Gudang. Keterujaan mereka jelas tergambar apabila terlihat finalis ABPBH. Kelibat bintang dari Singapura, Aaron Aziz nampaknya begitu dinanti-nantikan. Aaron yang tersenarai sebagai Top 5 bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular, julung kalinya mengikuti siri jelajah promosi ini.

Peminat pelakon kacak itu tidak hanya terdiri daripada wanita, malah lelaki juga tidak ketinggalan mengambil peluang keemasan itu untuk mengabdikan potret mereka bersama Aaron. Perasaan teruja yang ditunjukkan peminat menyebabkan pelakon ini sukar melangkah keluar daripada bilik menunggu. Meskipun ternampak sedikit kelibat Aaron, mereka mula bersorak.

"Ini pertama kali saya mengikut siri jelajah ABPBH, mula-mula rasa gementar juga apabila terpaksa berada di atas pentas. Saya tidak tahu apa yang perlu dicakapkan kepada peminat, bagaimanapun saya bernasib baik kerana peminat yang dipasangkan dengan saya agak `sporting'. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gementar.

"Saya terharu mendengar jeritan daripada peminat. Saya rasa tidak rugi susah payah memandu dari Kuala Lumpur ke sini semata-mata untuk menyertai siri jelajah promosi ini. Hanya dengan aktiviti ini dapat kami berjumpa peminat dengan lebih dekat lagi, dan ini juga antara cara kami mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana banyak menyokong kami," katanya yang hadir bersama isterinya Diyana Halik.

Siri jelajah promosi di Pasir Gudang kali ini juga agak berlainan dari destinasi lain apabila mereka yang bukan terdiri daripada penyanyi memperlihatkan bakat suara masing-masing. Idea itu lahir daripada calon Pengacara TV Lelaki Popular, Azwan Ali.

Azwan yang melontarkan cadangan kepada Faizal Ismail, Fara Fauzana, Raja pada Azura, Zul Yahya dan Fiq Hot FM untuk mendendangkan lagu Jujur dari kumpulan Radja. Kelainan yang dibawakan mereka itu ternyata menghiburkan penonton yang tidak berganjak sejak awal lagi. Latihan juga diadakan secara spontan ketika waktu rehat bagi memberi laluan kepada solat Asar.

Masa latihan yang singkat tidak mendatangkan sebarang masalah kepada keenam-enam pengacara pada petang itu.

Sikap sporting yang ditonjolkan finalis menyebabkan siri jelajah promosi ini lebih hangat. Bukan itu saja, Raja Azura dan Zul Yahya juga sempat mempamerkan kehebatan mereka berdikir barat untuk dua lagu. Zul Yahya juga kemudiannya mempamerkan bakatnya mendendangkan lagu Bumiputra Rockers, duet bersama Bard R1.

Sebelum itu, Adam membuka tirai persembahan dengan lagu Robot dan Hai. Kemunculannya yang singkat menyebabkan penonton tidak puas bertemu dengan artis yang dicalonkan bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Bagaimanapun, Adam terpaksa meninggalkan Kompleks Pasir Gudang dan bergegas pulang ke Kuala Lumpur kerana terikat dengan kerja.

Begitu juga dengan penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor yang sanggup bersusah payah memandu dari Kuala Lumpur ke Johor semata-mata mendendangkan dua buah lagu dan kemudiannya terpaksa bergegas pulang kerana ada persembahan yang sedia menanti. Kesungguhan yang ditonjolkan finalis membuatkan penganjur berasa amat berbesar hati dengan komitmen yang ditonjolkan.

Farah Asyikin pada petang itu menghiburkan penonton dengan lagu Tiada Logika, kekuatan suara penyanyi itu cukup mengagumkan. Selain itu, Farah turut mendendangkan lagu Seribu Penipuan. Royce pula mendendangkan lagu daripada single terbarunya Pulau dan lagu popularnya Dua Kali Cinta.

Mirwarna menghiburkan penonton dengan lagu mereka Aku Tanpa Cintamu dan Jauh. Manakala Diddy pula menghiburkan orang `kampungnya' dengan lagu Hilang dan turut berduet dengan Mila menerusi lagu Saling.

Raja Azura juga tidak mahu ketinggalan mengambil kesempatan untuk memperkenalkan lagunya Alang-Alang dan Hati Terluka. Penyanyi kecil molek, Mila pula menghangatkan kompleks itu dengan lagu barunya Mila Bila Cinta dan Gila.

Seperti biasa juga, siri jelajah promosi ini juga seakan-akan menjadi medan untuk artis mempromosikan album terbaru mereka. Artis pertama yang melakukannya ialah Diddy yang kemudiannya menjadi ikutan teman artis lain seperti Raja Azura dan Mila yang mula membuka `gerai' menjual album mereka. Idea berkenaan ternyata berjaya apabila album mereka berjaya terjual lebih daripada 10 unit.

Corat Coret

  • Sebagai orang lama, Kak Engku sempat menurunkan ilmunya kepada Mila cara-cara untuk meyakinkan peminat supaya membeli albumnya.

  • Bard R1 pula sempat melobi rakan artis dan mereka yang terbabit di dalam siri jelajah itu supaya mendaftar dengan koperasi yang ditubuhkannya.

  • Gelagat Azwan Ali dan pengacara lain iaitu Faizal Ismail, Fara Fauzana, Zul Yahya dan Fiq mendendangkan lagu Jujur ternyata mencuit hati penonton.

  • Artis lain seperti Kak Engku dan Mila mengikut jejak langkah Diddy apabila menjual album mereka di lokasi jelajah yang dikunjungi.

  • Faizal Ismail tidak habis-habis bercerita mengenai kemenangannya pada perlawanan badminton menentang Fara Fauzana dan Ally Iskandar.

  • Lokasi penginapan finalis ditaja oleh Hotel Selesa. Terima kasih juga kepada Restoran D'Corner, Taman Molek yang menaja makan tengahari. Pizza Hut (Plaza Kotaraya yang menaja Pizza). Mara Linear yang menaja pengangkutan sepanjang siri jelajah promosi dan juga Kompleks Pasir Gudang.

    Hantar kepada kawan      Format pencetak
  • Artikel lain:

     Rezeki anugerah
     Peniaga menang peraduan ABPBH2007
     'Yang penting restu ibu'
     4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
     Pemenang peraduan ABPBH dipilih
     Dilema popular
     Impak undi popular
     Kenangan indah malam kemuncak
     Batik Glam serlah gaya
     Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
     Janji tak lupa diri
     Dafi idam watak ganas, seram
     Selebriti sempat 'manjakan' diri
     Detik indah sepanjang hayat
     'Memang dia pujaan hati'
     Aksi bintang serlah malam kemuncak
     Aura Mawi masih kukuh
     Pengiktirafan peminat cukup bermakna
     Gelombang baru ABPBH 2007
     Terus berkarya selagi terdaya
     Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
     Kenangan terindah anugerah berprestij
     Muzik segar, persembahan mantap
     Bagaikan mimpi
     ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
     Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
     Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
     Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
     Aura glamor Habib
     Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
     Anugerah beri impak besar
     5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
     Jee kembali demi ABPBH
     'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
     Pereka muda bantu serlah aura glamor
     Tak sangka ada peminat setia
     ABPBH kepada empat penyampai radio
     Finale road tour yang gamat!
     Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
     Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
     Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
     Muak bawa watak menangis
     Tak sabar nak melaram
     Peminat JB sporting
     7,000 peminat serbu artis
     Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
     Limpahan borang undian ABPBH 2007
     Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
     Tidak terdesak cipta populariti
     Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
     Sorok tocang di kem PLKN
     Tuah 'road tour' ABPBH
     Sudah sedia untuk bercinta
     Serah borang di lokasi road tour
     ABPBH medan JVC promosi produk
     Timbunan borang undian di Balai Berita
     ABPBH angkat pereka muda
     Warna garang jadi pilihan
     Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
     'Cincin memang hadiah Ikin'
     Berbaloi ke JB!
     Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
     Cheryl optimis kembangkan kerjaya
     Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
     Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
     Debaran menanti malam kemuncak
     Jelajah ABPBH07 gamat
     Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
     Tak sabar tunggu malam kemuncak
     Bukan 'show' syok sendiri
     Artis tersohor buat persembahan
     Merawat Luka di Genting
     'Biarlah apa orang nak kata'
     Pentas ABP serlah bakat menyanyi
     Buat apa ungkit cerita lama?
     Peluang ke Bali bersama artis
     Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
     Si manis 17 mula melaram
     Tidak tunduk dengan tekanan
     Kunci mulut bab cinta
     Rezeki tak pernah putus
     ABPBH martabatkan batik
     Akhiri kemarau penantian
     5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
     Peminat di Melaka sporting
     Anggun sentuhan Azura
     Emil Emilda julang nama Aaron
     Tidak kisah jika kalah
     Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
     Pahang Bikers iringi konvoi finalis
     Misi cari pereka popular
     Eksklusif, ada kelas
     Fouziah Gous tak sanggup berkemban
     Pembaca bertuah dapat kereta
     Lali gosip kahwin Tan Sri
     Giliran Dataran Pahlawan bergegar
     Habib perkenal hadiah utama ABPBH
     Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
     Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
     Harapan Mila persis mutiara
     Meriah bagaikan festival
     Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
     Kerajaan negeri tewaskan selebriti
     22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
     Ajak jelajah bumi Anbia
     Masih menaruh harapan
     Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
     Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
     Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
     Fasha nafi lagak 'diva'
     Kejutan di Kota Bharu
     Kak Engku lebih puas menyanyi
     Finalis serbu HotFM
     Aura si jelita
     Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
     12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
     Persona finalis ABPBH2007
     Tak lagi tersembunyi
     Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
     Gelaran hajah terlalu berat
     Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
     Cabaran, emosi duyung jelita
     Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
     Habib warnai bintang popular
     Habib Jewels penaja terbesar
     Kempen undi finalis ABPBH 2007
     Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
     Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
     Pemilihan peminat sangat dihargai
     Undian bermula
     AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
     Mawi akur apa saja keputusan pengundi
     ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
     Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
     'Saya mahu buktikan'
     Tak gadai jiwa buru nama
     Popular dalam diam
     Bard R1 tak serik kena tipu
     Musim mengundi artis sudah tiba
     Kuasa undi milik anda
     Artis baru teruja terima pencalonan
     'Bertanding bukan kerana anugerah'
     ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
     761 calon ABPBH
     Semak nama jangan ada yang tercicir
     Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
     Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
     Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November