logo
logoemedia
 
Tak sabar nak melaram

Oleh Suzan Ahmad

PANGGILAN terakhir untuk persiapan menghadapi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 semakin memuncak. Habib Jewels selaku penaja utama ABPBH 2007 juga semakin sibuk menyediakan set barangan kemas sesuai yang bakal dipadan dan digayakan barisan finalis kali ini yang akan melalui hamparan merah pada 30 Mac ini.

Minggu lalu tiba giliran aktres dan dramatis yang semakin meningkat naik, Kenchana Devi Segeran untuk mencuba set barangan kemas yang sesuai dipadankan dengan rekaan gaun dari pereka muda, Erwan Asbor. Finalis Artis Komedi Wanita Popular, ini ternyata masih sukar mempercayai dirinya dicalonkan sebagai antara lima yang popular dalam kategori berkenaan. Selepas membintangi lebih 100 drama, baru kali ini peminat menyedari kehadirannya terutama selepas kemunculan dalam drama bersiri Puteri yang kini memasuki musim ke-10.

"Saya bukan orang Melayu, tapi berjaya menempatkan diri dalam industri yang dikuasai orang Melayu. Saingan pula semuanya nama besar, tiba-tiba boleh terselit nama saya. Secara peribadi, ini adalah satu kemenangan kepada saya," kata Kenchana yang sudah berumah tangga dan mempunyai tiga cahaya mata.

Kenchana yang cukup anggun dan menyerlah dalam gaun coklat rekaan mencuba kesesuaian Koleksi Emas 916 2008 yang ditawarkan di kedai Habib Jewels, Semua House, Jalan Masjid India. Aktres yang dicalonkan dalam kategori Artis Komedi Wanita Popular ini melaram dengan rantai leher emas, cincin emas, gelang tangan emas dan anting-anting emas yang berat keseluruhannya mencecah 300 gram.

"Seram sejuk badan saya sekarang. Seumur hidup, saya belum pernah lagi melaram bersungguh begini... takut pun ada juga. Yalah, barang kemas Habib bukan saja cantik kerana rekaan unik, eksklusif dan tersendiri tetapi juga nilainya yang tinggi," kata Kenchana.

Gementar pakai koleks RM359,110

SEORANG lagi finalis yang juga pertama kali berjaya menembusi tembok ABPBH 2007 ialah Farah Asyikin Zulkifli yang tercalon menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular. Dalam kategori itu, beliau berdepan saingan daripada Mila, Heliza, Fouziah Gouse dan Julia Ziegler. "Ternyata perjuangan saya selepas 10 tahun tidak sia-sia. Ia berbaloi kerana akhirnya peminat menerima kehadiran saya. Ini juga bererti kehadiran saya memberi saingan dalam industri muzik tanah air," kata Farah yang cukup popular menerusi lagu Seribu Penipuan yang dimuatkan dalam album solo berjudul Farah Asyikin.

Ketika muncul di kedai Habib Jewels berkenaan, suasana bertukar sebaik kelihatan susuk tubuh kecil molek Farah tiba-tiba bertukar seksi dalam gaun malam rekaan Khoon Hooi. Ternyata, dia sudah bersiap sedia untuk bergaya mengikut tema yang ditetapkan dalam penganjuran ABPBH 2007 iaitu edisi ke-21 di Arena of Stars, Genting Highlands, pada 30 Mac ini.

Farah, dikenakan dengan koleksi Berlian & Permata 2008. Koleksi itu terdiri daripada rantai leher permata batu safir biru dan berlian, gelang tangan berlian, cincin berlian batu safir biru dan anting-anting berlian.

"Gementar tubuh Farah sebenarnya, bayangkan kesemua barangan kemas yang sedang digayakan ini nilainya mencecah RM359,110," katanya sambil tersenyum manja.

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November