logo
logoemedia
 
Tidak terdesak cipta populariti

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Irma Hasmie lebih senang jalani kehidupan sederhana dalam dunia seni


SIAPA yang tidak mengimpikan untuk berada di puncak kemasyhuran, dibaluti segala catatan kenangan indah yang sememangnya menjadi impian setiap insan. Sama ada mahu menerimanya atau tidak, populariti juga memainkan peranan yang besar dalam menentukan jatuh bangun serta hayat seseorang insan seni.


Barangkali ada yang berpendapat, kualiti lebih penting berbanding populariti namun bagi Irma Hasmie Ibrahim, popular juga berperanan untuk menarik peminat mengikuti perkembangan kariernya.


Akui gadis berusia 26 tahun ini, ketika mencuba melayari bakat sebagai anak seni lebih setahun lalu, dia langsung tidak memikirkan soal populariti.


Pemenang Pencarian Gadis Jelita 2004 ini bimbang tidak mampu mengawal populariti yang mendadak datang, membuatkan dia lebih senang menjalani kehidupan yang sederhana.


“Tetapi, apabila rezeki semakin bertambah dan orang sudah mula menghargai hasil kerja, baru saya sedar apa yang diusahakan selama ini rupanya dihargai.


“Jika dulu saya sering tertanya-tanya apakah kehadiran diterima, tetapi apabila bertemu peminat dan melihat sendiri reaksi mereka baru saya terfikir populariti juga penting untuk kelangsungan karier,” kata gadis kelahiran Kuala Lumpur ini.


Biarpun masih belum mampu membolosi senarai Top 5 dalam mana-mana acara hiburan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), jujur kata Irma, dia jarang meletak sasaran untuk pantas meluncur ke puncak populariti.


Malah katanya, dia tidak mahu terlalu taksub kepada populariti sebaliknya berharap, perkara itu akan datang secara perlahan-lahan baru keseronokannya akan terasa.


Sementara menanti waktu itu datang, Irma sentiasa bersyukur dengan apa yang diberikan Tuhan.


“Saya tidak mahu takbur. Tidak mengapa jika belum popular kerana saya bersyukur dengan pemberian Tuhan yang seadanya.


“Apa yang penting ketika ini adalah mempergiatkan doa, berusaha keras untuk mencungkil lagi bakat yang ada dalam diri ini serta percaya kepada rezeki diberikan Tuhan.


“Mungkin dulu saya kurang bersedia dengan publisiti kerana belum kenal liku serta selok belok perjalanan dalam industri hiburan.


“Saya akui kerap diburu kebimbangan terutama apabila melihat pengalaman yang dilalui mereka yang terlebih dulu berada dalam bidang ini. Ada kalanya ia cukup menakutkan, membuatkan saya sentiasa berwaspada supaya tidak terjebak melakukan kesilapan,” kata anak sulung tiga beradik ini.


Sedang popular menerusi drama bersiri, Bella yang disiarkan TV3 Irma akur, kehidupan sebagai selebriti akan mengheret dirinya dalam satu perjalanan di mana kisah peribadinya dibongkar untuk tatapan umum.


Disebabkan itu, dia tidak pernah menyimpan perasaan marah apabila kisah percintaannya yang putus di pertengahan jalan dengan aktor popular, Farid Kamil hangat diperbualkan sedikit masa lalu.


Kata Irma, selagi dia menghormati kehendak masyarakat dia yakin khalayak juga akan menghormati pendiriannya.


“Bergelar selebriti bermakna saya tidak lagi mempunyai kebebasan penuh, apa saja yang dilakukan pasti menjadi perhatian. Saya hanya menjadi diri sendiri, tidak perlu hipokrit atau berselindung kerana lambat laun kebenaran akan terserlah juga.


“Dalam hal ini saya mengambil sikap memahami karier orang lain. Perlu ada tolak ansur namun jangan sampai perasaan hormat terhadap privasi seseorang itu hilang.


“Alhamdulillah, ketika saya berdepan dengan kekecewaan dulu saya mendapat sokongan yang cukup baik daripada media. Mereka tidak pernah mendesak, malah sentiasa bertanya dengan cara yang baik.


“Keadaan itu membuatkan saya selesa berkongsi masalah, sedikit sebanyak ia dapat juga meringankan beban kepala yang sarat dengan tekanan apabila putus cinta,” kata Irma.


Bersedia untuk melaram di carpet merah


PERASAAN teruja berputik di hati Irma apabila terpilih sebagai antara selebriti yang akan merasai detik glamor di permaidani merah pada malam ABPBH 2007 di Arena Of Stars, Genting Highlands, 30 Mac ini.


Bakal menggayakan rekaan Michael Shu, corak batik abstrak gabungan fabrik organza dan sifon dengan sentuhan dramatik bakal menyerlahkan lagi penampilan gadis tinggi lampai ini pada malam itu.


Kata Michael, corak abstrak dipilih kerana itu sudah menjadi identiti rekaannya namun untuk Irma, ia mempunyai kesan yang timbul secara semula jadi dijangka memberi lebih tarikan kepada rekaannya.


“Rekaan untuk Irma lebih glamour dan elegan, persis puteri jelita apabila ia digayakan di tubuhnya yang langsing. Kami sama-sama duduk berbincang dan Irma juga tidak cerewet kerana dia sendiri teruja dengan apa yang dibentangkan,” kata Michael.


Sebagai pelengkap kepada gaya Irma malam itu, set aksesori Koleksi Berlian 2008 dari Habib akan menyerlahkan lagi pesona Irma.


Irma akan menggayakan rantai leher berlian, dipadankan dengan anting-anting, rantai tangan dan cincin berlian kesemuanya bernilai RM281,960.


“Set yang dipilih ini bersesuaian dengan warna kulit Irma, juga warna baju yang digayakan pada malam itu yang akan menyerlahkan lagi kesan rekaan batik sekali gus menyuntik aura glamor,” kata Michael yang memilih padanan rona merah kesumba dan merah untuk pelakon yang sedang meningkat popular itu.


INFO: Irma Hasmie


  • Irma Hasmie Ibrahim dilahirkan pada 8 Januari 1982 di Kuala Lumpur. Ayahnya berasal dari Kota Bharu, Kelantan manakala ibunya dari Hulu Selangor. Irma berdarah campuran Pakistan (ayah) dan Cina (ibu).


  • Anak sulung tiga beradik ini mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.


  • Irma yang pernah dinobatkan sebagai Gadis Jelita 2004, pernah muncul di kaca TV menerusi beberapa iklan komersial seperti Tourism Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia), Fair & Lovely, Yamaha dan Pringle's.


  • Pertama kali mengenali dunia lakonan apabila membintangi filem Cinta Fotokopi, diikuti Main-Main Cinta selepas dilamar Metrowealth International Group (MIG) pada 2004. Filem lain ialah Bujang Senang dan terbaru Diva. Secara rasmi keluar dari MIG mulai Mac 2007 dan kini mengurus sendiri kerjayanya.


  • Pernah bergelar pembantu pengacara Roda Impian musim ke-11 bersama pengacaranya, Allahyarham Hani Mohsin. Selain filem, Irma juga bergelar pelakon TV. Antara drama lakonannya adalah Janji Diana (musim ketiga), Suara Merdeka, Agensi Abadi, Pendekar Melayu dan Mas Kahwin.

    Hantar kepada kawan      Format pencetak
  • Artikel lain:

     Rezeki anugerah
     Peniaga menang peraduan ABPBH2007
     'Yang penting restu ibu'
     4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
     Pemenang peraduan ABPBH dipilih
     Dilema popular
     Impak undi popular
     Kenangan indah malam kemuncak
     Batik Glam serlah gaya
     Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
     Janji tak lupa diri
     Dafi idam watak ganas, seram
     Selebriti sempat 'manjakan' diri
     Detik indah sepanjang hayat
     'Memang dia pujaan hati'
     Aksi bintang serlah malam kemuncak
     Aura Mawi masih kukuh
     Pengiktirafan peminat cukup bermakna
     Gelombang baru ABPBH 2007
     Terus berkarya selagi terdaya
     Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
     Kenangan terindah anugerah berprestij
     Muzik segar, persembahan mantap
     Bagaikan mimpi
     ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
     Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
     Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
     Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
     Aura glamor Habib
     Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
     Anugerah beri impak besar
     5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
     Jee kembali demi ABPBH
     'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
     Pereka muda bantu serlah aura glamor
     Tak sangka ada peminat setia
     ABPBH kepada empat penyampai radio
     Finale road tour yang gamat!
     Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
     Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
     Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
     Semakin hangat!
     Muak bawa watak menangis
     Tak sabar nak melaram
     Peminat JB sporting
     7,000 peminat serbu artis
     Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
     Limpahan borang undian ABPBH 2007
     Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
     Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
     Sorok tocang di kem PLKN
     Tuah 'road tour' ABPBH
     Sudah sedia untuk bercinta
     Serah borang di lokasi road tour
     ABPBH medan JVC promosi produk
     Timbunan borang undian di Balai Berita
     ABPBH angkat pereka muda
     Warna garang jadi pilihan
     Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
     'Cincin memang hadiah Ikin'
     Berbaloi ke JB!
     Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
     Cheryl optimis kembangkan kerjaya
     Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
     Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
     Debaran menanti malam kemuncak
     Jelajah ABPBH07 gamat
     Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
     Tak sabar tunggu malam kemuncak
     Bukan 'show' syok sendiri
     Artis tersohor buat persembahan
     Merawat Luka di Genting
     'Biarlah apa orang nak kata'
     Pentas ABP serlah bakat menyanyi
     Buat apa ungkit cerita lama?
     Peluang ke Bali bersama artis
     Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
     Si manis 17 mula melaram
     Tidak tunduk dengan tekanan
     Kunci mulut bab cinta
     Rezeki tak pernah putus
     ABPBH martabatkan batik
     Akhiri kemarau penantian
     5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
     Peminat di Melaka sporting
     Anggun sentuhan Azura
     Emil Emilda julang nama Aaron
     Tidak kisah jika kalah
     Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
     Pahang Bikers iringi konvoi finalis
     Misi cari pereka popular
     Eksklusif, ada kelas
     Fouziah Gous tak sanggup berkemban
     Pembaca bertuah dapat kereta
     Lali gosip kahwin Tan Sri
     Giliran Dataran Pahlawan bergegar
     Habib perkenal hadiah utama ABPBH
     Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
     Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
     Harapan Mila persis mutiara
     Meriah bagaikan festival
     Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
     Kerajaan negeri tewaskan selebriti
     22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
     Ajak jelajah bumi Anbia
     Masih menaruh harapan
     Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
     Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
     Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
     Fasha nafi lagak 'diva'
     Kejutan di Kota Bharu
     Kak Engku lebih puas menyanyi
     Finalis serbu HotFM
     Aura si jelita
     Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
     12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
     Persona finalis ABPBH2007
     Tak lagi tersembunyi
     Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
     Gelaran hajah terlalu berat
     Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
     Cabaran, emosi duyung jelita
     Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
     Habib warnai bintang popular
     Habib Jewels penaja terbesar
     Kempen undi finalis ABPBH 2007
     Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
     Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
     Pemilihan peminat sangat dihargai
     Undian bermula
     AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
     Mawi akur apa saja keputusan pengundi
     ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
     Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
     'Saya mahu buktikan'
     Tak gadai jiwa buru nama
     Popular dalam diam
     Bard R1 tak serik kena tipu
     Musim mengundi artis sudah tiba
     Kuasa undi milik anda
     Artis baru teruja terima pencalonan
     'Bertanding bukan kerana anugerah'
     ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
     761 calon ABPBH
     Semak nama jangan ada yang tercicir
     Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
     Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
     Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November