logo
logoemedia
 
Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Tiga selebriti teruja menanti detik kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007


KEMILAU bintang yang bakal menerangi langit Arena Of Stars, Genting Highlands pada 30 Mac ini diperindahkan lagi dengan rekaan tuksedo multi rona sentuhan Lord’s Tailor melengkapi tema, Batik Glam sempena malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 nanti.


Bakal digayakan 13 selebriti, sebahagian besar daripadanya adalah finalis ABPBH 2007, kemuncak acara anjuran Berita Harian itu memperlihatkan dimensi baru gaya lelaki pada acara permaidani merah.


Serasi acara yang penuh glamor dan berprestij itu, kehadiran nama popular seperti Arash Mohd, Rashidi Ishak dan Faizal Tahir cuba membawa aliran baru apabila memilih rona menjerit untuk tuksedo mereka pada malam ABPBH 2007.


Mungkin kerana sudah sinonim dengan dunia peragaan, Arash dan Rashidi pantas menyatakan persetujuan apabila dimaklumkan mengenai rekaan yang bakal mereka gayakan.


Untuk Arash, rona biru elektrik menggunakan fabrik sutera organza menjadi pilihan, manakala Shidi pula memilih rona hijau limau juga daripada fabrik sama sedondon gaya isterinya, Vanidah Imran.


“Selalunya sut rasmi hitam putih menjadi pilihan selebriti lelaki untuk acara seperti ini, justeru membangkitkan rasa jemu kerana sudah terlalu biasa.


“Saya kagum dengan usaha Lord’s Tailor yang berani menampilkan sesuatu yang berbeza, malah cuba mencipta aliran baru seiring dengan perkembangan pentas fesyen antarabangsa.


“Lagipun rona yang dipilih bersesuaian dengan acara kemuncak ABPBH 2007 yang penuh keseronokan dan keceriaan, sekali gus membangkitkan lagi aura glamour malam pengiktirafan terbesar untuk penggiat dunia hiburan itu,” kata Shidi teruja pada sesi suai padan yang diadakan di Lord’s Tailor, Ampwalk, Ampang, baru-baru ini.


Setiap rekaan diperindahkan lagi dengan kemeja batik yang direka khas pereka terkenal, Michael Shu yang pernah meraih tempat kedua Piala Seri Endon pada 2004.


Turut berkongsi keterujaan itu ialah pelakon yang baru menaiki jinjang pelamin, Arash yang menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada tukang jahit master, Robert Loh untuk mereka tuksedo bakal digayakannya nanti.


Kerjasama Arash dan Lord’s Tailor juga bukan pertama kali menyebabkan finalis Pelakon TV Lelaki Popular ini selesa dengan sentuhan Loh.


“Jika saya sendirian memakai tuksedo berwarna terang, mungkin kelihatan janggal. Tetapi selain saya, ada 12 lagi selebriti akan menggayakan rekaan yang sama membuatkan saya teruja menanti ketibaan ABPBH 2007.


“Saya menyenangi sentuhan Loh dan selesa menggayakan rekaannya menyebabkan saya tidak menolak untuk kerjasama pada malam ABPBH 2007 nanti,” kata dramatis yang masih belum berkesempatan berbulan madu kerana sibuk komitmen karier.


Tanpa disangka, pilihan fabrik rona coklat merah kesumba memenuhi cita rasa penyanyi yang dicalonkan untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular, Faizal Tahir.


Biasan warna keemasan pada fabrik sutera organza, dilengkapi kemeja batik rona merah kesumba rekaan Shu menurut Faizal, membangkitkan lagi personalitinya pada acara glamour itu.


“Saya menyenangi rona yang dipilih ini kerana kebetulan memang menggemari warna itu,” kata Faizal yang turut menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Lord’s Tailor yang berpengalaman luas dalam penataan gaya selebriti.


Kesemua 13 selebriti terbabit akan diraikan pada majlis makan tengah hari pada 30 Mac ini di bawah penyelarasan, Bill Bora sebelum memeriahkan acara kemuncak ABPBH 2007 yang menyaksikan sekali lagi anak seni popular diberi pengiktirafan oleh peminat atas hasil karya mereka sepanjang tahun lalu.


Bill yang turut hadir pada sesi suai padan itu berkata, mereka ingin membawa jenama Lord’s Tailor lebih meluas lagi apabila menjayakan kerjasama dengan ABPBH 2007.


“Kami cuba bawa keluar dari sut hitam yang konvensional kerana ia gagal menyerlahkan rekaan untuk batik yang lebih sesuai digayakan dengan berwarna terang.


“Setiap rona yang dipilih bersesuaian dengan karakter, ketinggian serta personaliti selebriti yang terpilih. Kami percaya mereka mampu membawa warna yang dipilih kerana gaya ini bersesuaian dengan status mereka sebagai selebriti,” katanya.


Akui Bill, rekaan untuk ABPBH 2007 kali ini lebih mencabar apabila mereka terpaksa menggandingkannya dengan batik.


Selain itu, mereka juga cuba membawa aliran baru di permaidani merah sekali gus menyaksikan peralihan dalam cita rasa berpakaian untuk selebriti lelaki pada acara rasmi.


“Kami cuba memulakannya untuk ABPBH 2007 dan tidak mustahil ia akan menjadi ikutan nanti kerana selebriti lelaki semakin berani dalam memilih yang terbaik untuk gaya mereka,” katanya.

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November