logo
logoemedia
 
Sudah sedia untuk bercinta

Oleh Zaidi Mohamad

Fasha Sandha akui belum temui calon sesuai jadi suami


MELADENI kehidupan masyhurnya sebagai bintang ternama, pemilik nama asal Nur Fasha Sandha Hassan sering diperhatikan. Namanya hangat dihimpit pelbagai kontroversi. Satu persatu kisah kurang enak didengar melatari gemerlapan dirinya termasuklah panggilan (gelaran) yang diberi kepadanya juga menjadi modal usikan orang lain.


Lontarkan jauh kisah itu ke dasar gurun sepi kerana Fasha terus utuh memeran watak dirinya sendiri. Seiring pertambahan usianya yang ke 24 tahun pada 28 Mac ini, Fasha semakin matang mengharungi onak berduri atas nama sebuah kehidupan. Sekencang namanya dikaitkan dengan itu dan ini, Fasha mengakui dia semakin bahagia. Kuntuman senyum terukir di wajahnya. Bahagia benarkah Fasha itu?


Sudah lebih setahun berlalu tanpa cinta, Fasha kian terbuka membicarakan kisah peribadi. Di usianya kini, Fasha tak menolak andai jodoh cepat menghampirinya. Itu ketentuan Yang Maha Esa. Sebagai hamba-Nya kita hanya mampu merancang, ketentuan milik-Nya. Mengakui kisah seorang lelaki yang datang merisik, tetapi atas alasan tidak mengenali lelaki itu, Fasha menolak risikan itu secara baik.


“Menginjak usia 24 tahun, Fasha harap dapat terus menimba ilmu dalam bidang lakonan. Fasha harap dapat terus bekerjasama dengan ramai pengarah dan mempelbagaikan karakter supaya tidak terus kekal dengan watak yang sama dan klise. Fasha nak ubah segala jenis kelemahan diri yang ada, nak terus memperbaiki diri dan membuat sehabis baik demi mengekalkan hayat Fasha dalam dunia seni.


“Dari segi fizikal dan mental, di ambang usia Fasha ini memang molek kiranya memikirkan soal perkahwinan, menamatkan zaman solo dan menimang anak. Fasha dah cukup matang untuk ke arah itu. Masalahnya sekarang ini Fasha belum ada calonnya.


“Ramai yang menanyakan sudah sekian lama hidup solo tanpa kekasih sejak setahun lebih yang lalu, tidakkah Fasha ingin mencari pengganti. Simboliknya mencari kekasih bukan seperti menukar helaian pakaian. Bukan mudah untuk mencari manusia bernama lelaki yang boleh memahami Fasha dan kerjaya Fasha yang sentiasa dilambung rintangan suka dan duka.


“Untuk berjumpa dengan seseorang bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tipulah kalau Fasha cakap tak sunyi. Kawan-kawan seangkatan Fasha seperti Dynas dan Fadzlun sudahpun berkahwin. Menyentuh isu dirisik itu, bukannya Fasha nak menjual mahal. Tak mungkin Fasha akan berkahwin dengan orang yang tak dikenali. Kalau dulu mungkin ya, anak muda sedia menerima lamaran orang yang tak dikenali. Sekarang kita merentasi zaman moden, persepsi dulu sudah berubah. Lainlah kalau kita sudah mengenali orang itu sepenuhnya dan disusuli cinta selepas ikatan perkahwinan.


“Kini Fasha bahagia menjadi diri sendiri dengan sokongan keluarga, rakan taulan dan peminat. Kekuatan Fasha terletak pada diri sendiri dan mereka yang melingkari putaran kehidupan Fasha. Kadang-kadang terdetik rasa kasihan di hati apabila ada sesetengah manusia yang cuba menjatuhkan Fasha. Itu lumrah. Tapi setulusnya Fasha memang gembira. Tak kisahlah apa yang datang sekalipun, Fasha akan terus menjadi Nur Fasha Sandha tanpa sebarang paksaan,” tuturnya yang anggun dengan solekan mekap artis, Deq Sha sewaktu fotografi berlangsung.


Tidak menaruh harapan untuk menang


FINALIS Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 bagi kategori Pelakon TV dan Filem Wanita Popular (dua kategori) terus unggul di liganya yang tersendiri. Mampukah Fasha mengekalkan kemenangan kategori yang sama seperti tahun lalu? Kali pertama Fasha menggenggam trofi ABPBH ialah pada tahun 2005 bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular.


“Dah dapat tercalon untuk lima yang terbaik sudah memadai. Persaingan dua kategori itu memang sengit. Yang tercalon bersama Fasha, hebat-hebat belaka. Semua yang bertanding pasti nak menang. Jujur kata, memang Fasha tak menaruh sebarang harapan pada tahun ini


“Apa yang mampu Fasha katakan jutaan terima kasih buat peminat yang senantiasa memberi sokongan tanpa jemu. Tak lupa juga kepada pengarah yang mempercayai bakat Fasha. Walau apa jua pun cerita yang tak betul dan tak enak didengar, peminat tetap jitu berada di sisi Fasha.


“Peminatlah antara sebab Fasha semakin kuat tatkala diserang kontroversi serta masalah. Orang lain boleh cakap apa saja mengenai Fasha selagi mereka mampu berkata-kata dan tak melampaui batas. Fasha yakin Tuhan akan menggantikannya dengan rezeki,” ungkapnya penuh makna.


Tahun ini ialah tahun kedua Fasha berkolaborasi bersama pereka fesyen terkemuka Calvin Thoo. Keserasian antara mereka jelas terpancar. Duta Garnier dan Maybelline ini senang menggayakan busana rekaan Calvin.


“Ini tahun kedua Fasha berkolaborasi dengannya untuk ABPBH 2007. Fasha dan dia bermula dari bawah dan sama-sama merangkak dalam industri ini. Kami saling membantu di antara satu sama lain. Hubungan kami ibarat adik dan abang yang boleh bergurau dan bersenda sesama sendiri,’’ katanya manja.


Sementara itu, Calvin yang ditemui menekankan peri penting kerjasama antara artis dan pereka. Untuk ABPBH ini, Calvin menggunakan khidmat pereka batik Muhammad Sahiman Salleh (Man). Calvin juga sudah melebarkan khidmat mereka persalinan baju kahwin bercirikan moden dan tradisi.


“Tahun ini untuk ABPBH, saya menggunakan khidmat Man sebagai pereka batik. Fungsi pereka batik juga sama penting dengan saya. Begitu juga dengan artis yang bakal melaram busana rekaan saya. Bukan semudah memetik jari untuk menghasilkan busana, pelbagai usaha dan kerjasama melengkapkannya,’’ kata Calvin yang mereka busana untuk Adibah Nor, Noryn Aziz dan Liza Hanim, selain Fasha.


“Ini kali pertama saya bekerjasama dengan Calvin dan selebriti terbabit bersempena malam gemilang ABPBH 2007. Menyentuh mengenai batik, sebenarnya semua elemen boleh dibatikkan. Ilham menghasilkan motif batik datang secara tiba-tiba. Alhamdulillah, saya dan Calvin sama-sama tahu apa yang kami ingin hasilkan untuk selebriti yang akan menggayakan busana pada malam itu nanti,’’ kata Man yang juga pemilik D’Mas Batek Gallery itu.


Pada fotografi petang itu, Fasha menggayakan busana ciptaan Calvin. Tubuh mungil Fasha bertambah anggun disaluti koleksi mewah berlian Adore tajaan Habib Jewels. Fasha mengenakan kalung berlian 24.28 karat bernilai RM109,165, anting-anting berlian 21.31 karat berharga RM113,235, rantai tangan berlian 27.19 karat dengan nilai RM113,435 dan cincin berlian 3.73 karat berharga RM63,325.


Profil


Nama sebenar: Nur Fasha Sandha Hassan


Nama komersil: Fasha Sandha


Umur: 24 tahun


Asal: Dilahirkan di Johor tetapi dibesarkan di Perlis dan Pulau Pinang


Adik beradik: Anak kedua daripada empat beradik


Filem menanti tayangan: Evolusi KL Drift, Cinta U-Turn, Cicakman 2, Skrip 7707


Drama: Atas Nama Cinta, Natasha 1 & 2, Impak Maksima The Series

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November