TERLANJUR menyebut nama pereka gandingan Rizman dan Ruzaini, Ning juga bakal melaram koleksi busana pereka fesyen itu pada malam kemuncak ABPBH 2007 pada 30 Mac ini. Ning akan menjadi penyampai anugerah pada malam gemilang itu nanti.
Selaras dengan usianya yang semakin matang, imej menjadi penanda aras bagi Ning mengekal kewujudannya dalam arena seni.
"Sebagai artis, tak dinafikan imej menjadi perlambangan positif bagi seseorang artis. Apatah lagi wajah saya bakal ditatapi setiap minggu sepanjang berlangsungnya konsert AF6. Sebagai juri, saya kena menjaga standard saya. Lihat saja pada Kak Ogy yang kekal menarik walaupun dengan imej bertudung. Saya sentiasa menanti sesuatu imej yang berbeza pada setiap masa. Dengan usia saya kini, saya harus lebih profesional dalam memilih busana yang bakal digayakan.
"Mengenai rekaan pereka Rizman Ruzaini, saya akui cukup selesa dengan rekaan mereka. Mereka mengenengahkan sesuatu fesyen terkini dan sesuai dengan cita rasa saya. Saya gemar imej hip dan happening. Rekaan mereka ada kelas tersendiri. Gabungan idea kami bersama menghasilkan gaya mempesona," akui Ning yang sudah pun muncul dengan album Inggeris keduanya berjudul East To West. Sebelum ini, Ning pernah muncul dengan albumInggeris pertamanya berjudul Always.
Album itu berkonsep Elektronik Klasik dan konsep itu yang pertama diketengahkan oleh artis sepertinya di Malaysia. Lagu Age Of Pollution dipertaruhkan sebagai single pertama. Ning positif untuk mencari pasaran dan peminat baru menerusi album itu.
Sementara itu Rizman yang ditemui berkata, selain Ning, pereka fesyen itu turut mereka busana untuk Erra Fazira dan Nurul bersempena malam ABPBH 2007.
"Untuk Ning, kami mengadunkan kain batik yang menggunakan teknik canting dan celup. Warna garang seperti kuning dan biru dikombinasikan dengan pelbagai warna lagi. Perincian fabrik renda, satin, sifon dan batu permata melengkapkan gaya Ning pada malam itu nanti.
"Kami juga mempraktikkan teknik lipatan yang dinamakan sebagai smooking. Ning, Erra dan Nurul adalah antara artis yang boleh membawa apa jua gaya fesyen yang membaluti tubuh mereka," ujar Rizman yang turut mereka busana untuk Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain pada ABPBH tahun lalu.
INFO
Rizman Ruzaini
Hantar kepada kawan Format pencetak


