logo
logoemedia
 
Tak sabar tunggu malam kemuncak

Oleh Zaidi Mohamad

SETELAH dua tahun diperkenalkan, Peraduan Gemilang Bersama Bintang diteruskan lagi kesinambungannya pada tahun ini bersempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 yang ke-21 pada Ahad 30 Mac 2006 ini.

Majlis mengumumkan pemenang Peraduan Gemilang Bersama Bintang (GBB) diadakan pada 12 Mac lalu di Grand Salon Lounge, Palace Of Golden Horses,Seri Kembangan.

Tiga pemenang utama untuk tiga siri peraduan GBB diumumkan pada petang itu tetapi pemenang siri keempat hanya akan diumumkan minggu depan kerana tarikh tutup penyertaan adalah esok.

Pemenang siri pertama adalah Farah Wahida Mohd Zain (pemenang tempat pertama), Md Amin Mohamad (kedua) dan Nora Hamid (ketiga). Manakala, pemenang siri kedua adalah Norkhalilah Mohamad, Ahmad Farih Mustamir Neguib dan Wirna Ilyana Mohd Arshad.

Pemenang siri ketiga pula adalah Nor Razmi Che Hat, Mohd Ferdaus Sari dan Annis Fadzreen Mohd Razzib.

Setiap pemenang utama berpeluang berjalan di karpet merah dan menyaksikan kemuncak malam Anugerah ABPBH 2007. Mereka juga menerima barangan kemas Habib tajaan Habib Jewels Sdn Bhd yang bernilai RM5,000 dan pakej percutian ke Bali selama lima hari empat malam untuk dua orang.

Pemenang kedua (bagi siri pertama hingga ketiga) pula layak menerima perakam video cakera keras tajaan JVC Sales & Services (M) Sdn Bhd bernilai RM1,999 dan dua tiket VIP ABPBH 2007. Bagi pemenang ketiga, mereka menerima produk L'oreal bernilai RM300 dan dua tiket VIP ABPBH tahun ini.

Sementara itu, rata-rata pembaca bertuah yang ditemui pada majlis berkenaan menyatakan kegembiraan mereka dan rasa tidak sabar untuk memeriahkan majlis ABPBH 2007. Mereka turut meramalkan siapakah yang bakal bergelar Bintang Popular pada tahun ini.

"Saya akan membawa kekasih pada majlis berprestij itu nanti. Saya belum pasti lagi busana apa yang bakal digayakan. Mungkin saya akan memakai busana berteraskan batik sedondon bersama kekasih saya.

"Penganjuran ABPBH 2007 juga semakin meningkat. Saya meramalkan Datuk Siti Nurhaliza bakal bergelar Bintang Paling Popular pada tahun ini," kata Annis Fadzren.

"Saya teruja untuk sama-sama memeriahkan ABPBH 2007 bersama isteri dan anak-anak. Saya belum memikirkan lagi gaya busana yang bakal digayakan nanti. Mungkin saya hanya memakai baju batik dengan seluar panjang. Warnanya pasti meriah dan ceria.

"Peluang kami sebagai pembaca untuk memilih artis yang diminati dapat direalisasikan menerusi ABPBH. Saya menjangkakan Mawi mempunyai peluang besar untuk merangkul Anugerah Bintang Popular sekali lagi," ujar Mohd Ferdaus Sari yang menjadi pembaca setia Berita Harian.

"Sesuai dengan imej bertudung, saya bakal menggayakan busana tajaan seorang pereka berasal dari Terengganu. Gementar juga kerana inilah pertama kali saya berjalan merentasi karpet merah.

"Saya berharap ABPBH kali ini akan berjalan dengan jayanya. Saya akan naik Genting Highlands bersama adik perempuan," kata Nor Khalilah Mohamad, penggemar setia ruangan Hip (Berita Harian).

"Saya mengharapkan kemenangan Mawi buat sekian kalinya menyandang Bintang Paling Popular. Saya dan kekasih tak sabar untuk sama-sama merasai kegemilangan ABPBH pada malam itu nanti.

"Diharap ABPBH akan terus meneruskan tradisi pada tahun ini," ujar Ahmad Farih Mustamir Neguib yang setia membaca Berita Harian.

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November