logo
logoemedia
 
Buat apa ungkit cerita lama?

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Nora Danish nafi hantar SMS berbaur ugutan kepada seseorang

JUN ini, genap dua tahun usia bahtera rumah tangga yang dilayari pelakon sitkom Puteri, Nora Mohd Danish Hanif, 26, bersama Rizal Ashram, 32, anak kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, pelbagai spekulasi dan rintangan yang ditempuhi pasangan muda ini. Dari sebelum mereka diijabkabulkan sehingga ke hari ini, spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka masih terus diperkatakan.

Namun, cerita mengenai keretakan rumah tangga mereka hanya sekadar omong kosong kerana sehingga kini Nora dan Rizal masih berjaya mempertahankan ikatan suci mereka.

"Dari sebelum kami berkahwin, hubungan saya dan Rizal dikatakan sudah bertemu titik noktah. Sebulan selepas kami berkahwin pula, rumah tangga kami dikatakan bergolak sedangkan hubungan saya dan suami masih lagi baik. Kami masih lagi sayang menyayangi dan cuba untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga.

"Rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda badai. Saya mengaku, rumah tangga saya pernah diganggu pihak ketiga, tetapi kejadian itu sudah lama berlalu. Dari situ kami belajar menghargai satu sama lain. Kejadian itu benar-benar membuka mata kami suami isteri," kata Nora.

Selain tohmahan mengenai rumah tangganya yang tidak pernah henti-henti. Baru-baru ini, wanita genit berdarah kacukan Arab - Myanmar dikaitkan pula dengan SMS berunsur ugutan yang dikatakan dihantar kepada seorang aktres jelita.

SMS berunsur ugutan itu kononnya dihantar Nora kepada aktres yang dikatakan cuba mengganggu hubungannya dengan suami. Akui Nora, dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. Seingatnya, dia tidak pernah menghantar SMS berbaur ugutan kepada sesiapa semata-mata untuk mempertahankan rumah tangganya.

"Cerita itu sudah lama berkubur. Apakah motif perkara itu diungkit kembali? Perkara itu sebenarnya tercetus tahun lalu, dengan kehadiran 2008, saya berharap perkara itu berkubur. Tapi entah kenapa ia cuba disingkap kembali.

"Terus terang, seumur hidup saya tidak pernah mengugut sesiapa. Lebih baik artis berkenaan kenal pasti dulu sebelum membuat sebarang tuduhan kepada sesiapa. Dia juga harus tengok mesej berkenaan daripada pelbagai sudut," jelas Nora yang anggun mengenakan set mutiara dan permata warna warni dari Habib bernilai RM355,000.

Selain keharmonian yang berkekalan, setiap pasangan yang berkahwin juga pasti mengharapkan kehadiran cahaya mata agar dapat menyerikan lagi rumah tangga yang dibina.

Ujar Nora, dia tidak pernah merancang. Jika dikurniakan cahaya mata, dia bersedia untuk menerimanya dengan tangan terbuka. Tapi sehingga kini masih belum ada sebarang petanda dia berbadan dua.

Bukan sengaja dia tidak mahu mempunyai anak, tetapi mungkin belum rezeki. Nora tidak bimbang soal populariti merudum kerana katanya masyarakat kini sudah semakin terbuka dan tiada sebarang masalah untuk menerima selebriti yang sudah berumah tangga.

"Saya serahkan kepada takdir, sekarang ini nampaknya masih belum ada apa-apa tanda lagi. Saya sudah bersedia bergelar ibu. Bagi saya kehadiran anak tidak memberi sebarang masalah kerana peminat sudah boleh menerima," katanya yang sudah tiga tahun berlakon dalam sitkom Puteri.

Selagi khidmatnya diperlukan, Nora akan terus membawakan watak Puteri. Biarpun watak berkenaan agak kebudak-budakan tetapi nilai positif yang ada dalam diri Puteri menjadi punca kenapa dia sayangkan watak berkenaan.

Nilai positif yang tinggi dalam diri Puteri katanya, dapat mempengaruhi penonton yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak menyemai sikap sedemikian dalam diri mereka.

INFO

  • Nora bakal menggayakan gaun rekaan pereka muda Azura. Selain Nora, Rozita Che Wan yang disenaraikan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular juga akan menggayakan baju rekaan pereka sama.

  • Pada sesi fotografi ini, Rozita mengenakan dua set barangan Habib iaitu berlian dan zamrud hijau koleksi 2008. Keduanya-duanya mencecah RM1.15 juta.

  • Nora pernah memenangi pakaian terbaik pada AJL 22 baru-baru ini. Ketika itu dia mengenakan rekaan Azura.

  • Mengakui selesa bekerja dengan Azura kerana pereka itu memahami cita rasa mereka.

    Hantar kepada kawan      Format pencetak
  • Artikel lain:

     Rezeki anugerah
     Peniaga menang peraduan ABPBH2007
     'Yang penting restu ibu'
     4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
     Pemenang peraduan ABPBH dipilih
     Dilema popular
     Impak undi popular
     Kenangan indah malam kemuncak
     Batik Glam serlah gaya
     Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
     Janji tak lupa diri
     Dafi idam watak ganas, seram
     Selebriti sempat 'manjakan' diri
     Detik indah sepanjang hayat
     'Memang dia pujaan hati'
     Aksi bintang serlah malam kemuncak
     Aura Mawi masih kukuh
     Pengiktirafan peminat cukup bermakna
     Gelombang baru ABPBH 2007
     Terus berkarya selagi terdaya
     Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
     Kenangan terindah anugerah berprestij
     Muzik segar, persembahan mantap
     Bagaikan mimpi
     ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
     Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
     Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
     Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
     Aura glamor Habib
     Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
     Anugerah beri impak besar
     5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
     Jee kembali demi ABPBH
     'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
     Pereka muda bantu serlah aura glamor
     Tak sangka ada peminat setia
     ABPBH kepada empat penyampai radio
     Finale road tour yang gamat!
     Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
     Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
     Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
     Semakin hangat!
     Muak bawa watak menangis
     Tak sabar nak melaram
     Peminat JB sporting
     7,000 peminat serbu artis
     Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
     Limpahan borang undian ABPBH 2007
     Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
     Tidak terdesak cipta populariti
     Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
     Sorok tocang di kem PLKN
     Tuah 'road tour' ABPBH
     Sudah sedia untuk bercinta
     Serah borang di lokasi road tour
     ABPBH medan JVC promosi produk
     Timbunan borang undian di Balai Berita
     ABPBH angkat pereka muda
     Warna garang jadi pilihan
     Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
     'Cincin memang hadiah Ikin'
     Berbaloi ke JB!
     Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
     Cheryl optimis kembangkan kerjaya
     Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
     Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
     Debaran menanti malam kemuncak
     Jelajah ABPBH07 gamat
     Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
     Tak sabar tunggu malam kemuncak
     Bukan 'show' syok sendiri
     Artis tersohor buat persembahan
     Merawat Luka di Genting
     'Biarlah apa orang nak kata'
     Pentas ABP serlah bakat menyanyi
     Peluang ke Bali bersama artis
     Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
     Si manis 17 mula melaram
     Tidak tunduk dengan tekanan
     Kunci mulut bab cinta
     Rezeki tak pernah putus
     ABPBH martabatkan batik
     Akhiri kemarau penantian
     5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
     Peminat di Melaka sporting
     Anggun sentuhan Azura
     Emil Emilda julang nama Aaron
     Tidak kisah jika kalah
     Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
     Pahang Bikers iringi konvoi finalis
     Misi cari pereka popular
     Eksklusif, ada kelas
     Fouziah Gous tak sanggup berkemban
     Pembaca bertuah dapat kereta
     Lali gosip kahwin Tan Sri
     Giliran Dataran Pahlawan bergegar
     Habib perkenal hadiah utama ABPBH
     Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
     Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
     Harapan Mila persis mutiara
     Meriah bagaikan festival
     Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
     Kerajaan negeri tewaskan selebriti
     22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
     Ajak jelajah bumi Anbia
     Masih menaruh harapan
     Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
     Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
     Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
     Fasha nafi lagak 'diva'
     Kejutan di Kota Bharu
     Kak Engku lebih puas menyanyi
     Finalis serbu HotFM
     Aura si jelita
     Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
     12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
     Persona finalis ABPBH2007
     Tak lagi tersembunyi
     Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
     Gelaran hajah terlalu berat
     Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
     Cabaran, emosi duyung jelita
     Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
     Habib warnai bintang popular
     Habib Jewels penaja terbesar
     Kempen undi finalis ABPBH 2007
     Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
     Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
     Pemilihan peminat sangat dihargai
     Undian bermula
     AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
     Mawi akur apa saja keputusan pengundi
     ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
     Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
     'Saya mahu buktikan'
     Tak gadai jiwa buru nama
     Popular dalam diam
     Bard R1 tak serik kena tipu
     Musim mengundi artis sudah tiba
     Kuasa undi milik anda
     Artis baru teruja terima pencalonan
     'Bertanding bukan kerana anugerah'
     ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
     761 calon ABPBH
     Semak nama jangan ada yang tercicir
     Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
     Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
     Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November