logo
logoemedia
 
Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular



Pemenang utama GBB ini juga akan melalui permaidani merah di malam kemuncak di Arena Of Stars, Genting Highlands


SLOGAN ‘Ingin merasai bahang kehangatan majlis dan detik gemilang bersama bintang’ membawa tuah kepada pembaca Berita Harian, Nor Khalilah Mohamad apabila dipilih panel sebagai pemenang utama Gemilang Bersama Bintang (GBB) Siri 2.


GBB menjadikan mimpi Nor Khalilah, 25, dari Taman Sri Mas, Lukok Jong, Pasir Mas, Kelantan kenyataan apabila dia diberi peluang berjalan di atas permaidani merah serta menyaksikan siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 bersama bintang terpilih di Arena Of Stars, Genting Highland, pada 30 Mac ini.


Selain itu, Nor Khalilah turut menerima percutian lima hari empat malam di Bali, Indonesia untuk dua orang tajaan POTO Travel & Tours serta barang kemas Habib tajaan Habib Jewels Sdn Bhd.


Sementara itu, seorang peguam yang berasal dari Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur, Nor Razmi Che Hat pula diumumkan sebagai pemenang utama Siri 3 GBB.


Menampilkan slogan ‘Gemerlap bintang pasti tampak suram tanpa kewujudan pemuja setia’, Nor Razmi turut menerima pakej percutian lima hari empat malam ke Bali untuk dua orang.


Nor Razmi juga berpeluang merasai detik gemilang bersama finalis ABPBH 2007 apabila diberi kesempatan berjalan di atas permaidani merah serta menyaksikan malam kemuncak bersama bintang popular kegemarannya, selain barang kemas Habib.


Hadiah tempat kedua bagi siri kedua dimenangi Ahmad Farih Mustamir Neguib, 24, dari Taman Syarikat Melaya, Sungkai, Perak dengan slogan ‘Seiring bersama artis popular pasti menjadi kenangan teristimewa’.


Sementara itu, Mohd Ferdaus Sari, 30, dari Jalan Kristal, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pula dipilih sebagai pemenang kedua Siri 3 GBB. Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang cakera keras Camcorder JVC serta dua tiket VIP ke malam kemuncak ABPBH 2007.


Hadiah tempat ketiga iaitu produk L’oreal dan dua tiket VIP ke malam kemuncak ABPBH 2007 menjadi milik, Wirna Ilyana Mohd Arshad dari Taman Seri Mangga, Pokok Mangga, Melaka apabila dipilih sebagai pemenang ketiga Siri 2 GBB.


Turut berkongsi kegembiraan yang sama ialah Annis Fadzreen Mohd Razzib dari Park Avenue, Seremban 2, Negeri Sembilan yang dipilih sebagai pemenang ketiga siri 3 GBB.


Slogan mereka berjaya memikat hati panel GBB yang terdiri daripada Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail, Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah, Pengurus Kanan Penajaan Pemasaran NSTP, Wan Mohd Rafilin Wan Mohd Nor dan Penyunting Kanan Eksekutif Berita Harian, Noraini Ismail.


Turut memilih Eksekutif Penjenamaan Berita Harian yang juga Penolong Setiausaha Jawatankuasa Penganjur ABPBH 2007, Faizah Osman dan Amir Razak.


Peraduan GBB diadakan sebanyak empat siri sempena kemeriahan ABPBH2007 sejak 11 Februari lalu.


Menerusi peraduan ini, pembaca dikehendaki mengumpulkan tiga keratan gambar yang disiarkan di akhbar Berita Harian setiap hari Isnin hingga Sabtu selama empat minggu, potong dan padankan keratan yang betul dan lekatkan pada borang peraduan yang disiarkan pada hari Ahad.


Selepas mengumpulkan keratan gambar itu, pembaca dikehendaki menjawab tiga soalan mudah dan melengkapkan slogan `Saya layak untuk berjalan di atas karpet merah dan menyaksikan Malam ABPBH2007 bersama finalis dan bintang popular kerana .............(tidak lebih daripada 10 perkataan).


Sementara itu, Hanizam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH2007 berkata, pihak penganjur amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan pembaca dan peminat hiburan tanah air dalam peraduan ini.


“Berita Harian ingin merakamkan penghargaan kepada pembaca yang sentiasa memberi sokongan kepada peraduan ini. Memang wujud peningkatan dalam jumlah penyertaan berbanding tahun sebelumnya. Memang seronok dan teruja melihat pelbagai cara kreatif yang pembaca lakukan ketika menghantar borang peraduan.


“Di samping dapat pergi bercuti ke Bali untuk pemenang utama GBB, mereka juga berpeluang untuk melalui permaidani merah bersama artis popular. Pihak penganjur akan menyediakan pakaian yang sesuai untuk pemenang bertuah itu,” katanya.

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November