logo
logoemedia
 
Tidak tunduk dengan tekanan

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Transisi Farah Asyikin serlahkan keyakinan untuk terus melangkah

BUKAN sedikit kritikan dilemparkan kepadanya, malah cemuhan juga seakan menjadi mainan sejak dia berjinak-jinak menyertai dunia seni. Bukan sekali dua hatinya terguris, berkali-kali tangan kejam cuba menariknya jatuh ke jurang terdalam. Seakan ada yang dengki supaya dia tidak diberi peluang untuk berdiri membina namanya sendiri.


Terlalu banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi penyanyi berusia 28 tahun ini. Namun, semua itu menguatkan jiwanya untuk terus melangkah tanpa membiarkan hinaan yang diterima menjatuhkan semangatnya.


“Keyakinan saya tidak akan jatuh hanya kerana kata-kata orang. Sebaliknya mereka membuatkan saya semakin teguh berdiri. Terpulang apa yang mereka mahu perkatakan mengenai saya, semua itu tidak melunturkan kecintaan saya terhadap bidang nyanyian.


“Saya tidak akan lawan, malah saya tidak akan jatuh hanya kerana terlalu menurut telunjuk orang. Saya mahu terus berdiri tanpa mempedulikan tangan yang cuba menarik saya ke bawah,” kata pemilik nama penuh, Farah Asyikin Zulkifli ini.


Akui penyanyi yang sedang popular dengan lagu Di Pangkuan Pilu ini, pernah dulu keyakinannya goyah lantaran terlalu akur dengan kekurangan diri. Sering merasakan dirinya tidak cantik, penampilan yang terlalu ringkas juga ada kala kata Farah, membuatkan dia terpinggir.


Hakikatnya, ramai yang memuji keberaniannya apabila tampil dengan produk yang segar menerusi album sulungnya, Farah Asyikin.


Bagaimanapun, pencalonan yang diterima menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 untuk kategori Artis Baru Wanita Popular serta Artis Baru Terbaik, Anugerah Planet Muzik 2008 mengejutkan Farah dari igauan ngeri itu.


“Selama ini ramai yang kurang menyedari kehadiran saya. Hinggakan ada pihak mencadangkan supaya saya menukar nama kerana ada beberapa artis lain mempunyai permulaan nama yang sama.


“Daripada situ, saya terfikir untuk melakukan sesuatu. Bergelar artis bermakna kita ialah produk, justeru saya perlu membentuk produk yang bagaimana untuk dipersembahkan kepada khalayak. Ketika ini saya masih dalam proses membentuk diri, mencari di mana kelebihan dan menutup segala kekurangan supaya tampil lebih bersedia di mata umum,” katanya.


Pencalonan yang diterima juga kata Farah, menyedarkannya untuk terus bangun berusaha dan menggilap nama. Pintu sudah terbuka, momentum perjalanan seni yang dulu agak perlahan kini semakin menampakkan sinarnya bagaikan memberi harapan baru kepadanya.


“Selepas album diedarkan, saya tidak begitu berpeluang untuk mempromosikannya atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Siapa yang tidak hampa, selepas mencurahkan segala kudrat yang ada untuk memberikan yang terbaik usaha saya seperti tidak dihargai.


“Saya bangun mengumpul semula kekuatan dan membina kembali keyakinan yang hampir pudar. Alhamdulillah, pencalonan untuk dua acara berprestij ini memperkukuhkan semula semangat saya yang suatu ketika dulu rapuh kerana terlalu kerap diuji,” katanya.


Jujur kata bakat yang digilap menerusi program realiti, Malaysian Idol dan One In A Million ini, dia menyanyi bukan untuk mencari glamor.


Jauh sekali tergila-gila menyertai acara berprestij kerana dia terjun ke bidang seni atas tiket minat, bukan mahu menyandar kepada publisiti murahan yang akhirnya merosakkan nama baik sendiri.


Tetapi kata Farah, perlahan-lahan persepsinya terhadap industri hiburan mula berubah. Ibarat menyertai sebuah permainan, begitu juga perjalanan Farah sebagai anak seni.


“Saya harus bijak menonjolkan diri, jangan datang dengan tangan kosong kerana cabaran dalam bidang hiburan terlalu besar. Dalam hal ini saya berterima kasih kepada jurusolek dan perunding imej, Sofea Bee yang menegur penampilan saya yang terlalu ringkas.


“Kerananya saya banyak berubah dan sejak melakukan sedikit transformasi terhadap imej, peminat saya semakin bertambah malah sudah ramai yang mengenali siapa Farah Asyikin,” katanya.


Menyedari masih ramai yang belum menyedari kehadirannya, Farah masih mahu menguji kemampuannya di pentas nyanyian dengan menyertai pertandingan Ikon Malaysia.


Biarpun pernah melalui pengalaman getir ketika menyertai Malaysian Idol dan One In A Million, Farah masih belum mahu berputus asa.


Baginya, dia mahu meraih kejayaan atas usaha sendiri dan sanggup melakukan pengorbanan demi memastikan apa yang dicita-citakan menjadi kenyataan.



Info: Farah Asyikin


  • Farah Asyikin Datuk Zulkifli, 28, dilahirkan pada 11 November 1979 dan berasal dari Kuala Lumpur. Anak sulung daripada empat beradik ini memperoleh Diploma Lanjutan Pengiklanan & Penyiaran dari Universiti Lim Kok Wing.


  • Menjayakan komersial TV pertamanya seawal usia 16 tahun iaitu iklan Twisties. Mula dikenali sebagai penyanyi apabila menghasilkan single Kembali Lagi Di Sisimu menerusi album kompilasi Bebas yang dihasilkan untuk mempromosikan produk Salem Cool Planet.


  • Dia seterusnya menyertai program realiti TV, Malaysian Idol 2 (MI2) pada 2005 dan menduduki tempat ketiga apabila Daniel dinobatkan sebagai juara manakala Nita di tempat kedua. Setahun kemudian, dia mencuba nasib apabila menyertai One In A Million (OIAM). Farah mengakhiri perjuangannya pada tempat kelima.


  • Farah melahirkan album studio pertamanya pada Mei tahun lalu yang mengangkat namanya sebagai judul album. Album berkenaan adalah terbitan Nature


    Records. Lagu yang sering diputarkan di corong radio ialah Seribu Penipuan, Cinta dan Di Pangkuan Pilu.


  • Mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor yang kini bertugas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) iaitu Dr Fariz Yahya. Mereka bernikah pada 12 Mei 2007.


Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November