logo
logoemedia
 
ABPBH martabatkan batik

Oleh Hidayah Mohammad

Pereka fesyen muda tonjol rekaan menarik bersesuaian tema 'Batik Glamour'

INDUSTRI fesyen tidak akan berkembang malah akan pupus sekiranya tiada pelapis atau generasi baru yang meneruskannya. Justeru itu, pereka fesyen tempatan yang baru berjinak-jinak dalam industri ini sering mencari peluang bagi menonjolkan hasil rekaan mereka.

Acara berprestij selain persembahan nyanyian atau konsert yang membabitkan artis terkenal tanah air adalah landasan terbaik bagi mereka mengetengahkan bakat mereka. Pembabitan itu sekali gus mampu menaikkan nama pereka fesyen terutama mereka yang masih baru.

Hakikatnya, industri fesyen dan hiburan seperti tidak boleh dipisahkan. Malah, dalam mana-mana anugerah sekali pun, sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa, isu fesyen akan menjadi perhatian ramai.

Sehubungan itu, seramai 13 pereka muda tempatan tidak melepaskan peluang menyertai acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 yang akan diadakan pada 30 Mac ini. Bertema Batik Glamor, acara berprestij tahun ini menyaksikan semua pereka fesyen berkenaan ditugaskan menyediakan pakaian untuk finalis, hos dan juga penyampai trofi.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ABPBH 2007, Hanizam Abdullah, berkata anugerah berkenaan boleh dijadikan platform bagi mengetengahkan bakat pereka fesyen muda, selain mampu memartabatkan seni warisan bangsa itu.

“Kami menjangkakan kehadiran busana rekaan pereka berkenaan mampu menambah suasana glamor pada malam kemuncak ABPBH 2007 nanti. Bukan saja glamor, tetapi pereka harus mengikut kriteria rekaan yang diberi antaranya tidak terlalu seksi bagi mengelak kontroversi kerana boleh membawa imej tidak baik pada anugerah ini.

“Kita mahu memberi penghargaan terhadap seni kraf tangan kebanggaan negara. Dengan menonjolkan dan menggunakan tema batik sekali gus dapat mengekalkan keindahan batik di dalam negara malah peringkat antarabangsa,” katanya selepas memberi taklimat berhubung kod pakaian dan tema yang dipilih iaitu Batik Glamour kepada 13 pereka fesyen yang terbabit di ibu kota, baru-baru ini.

Selain pereka fesyen terkenal tanah air, Bill Keith, pereka muda yang terbabit dalam menyediakan pakaian selebriti tanah air ialah Jovian Mandagie, Khairy Sufi, Azura Couture, Michael Shu, Rizman Ruzaimi, Shamsu Yusoff, Hatta Dolmat, Hazwani Osman, Zery Zamry, Mohd Fitri Zainal Abidin dan Kenny daripada Lord’s Tailor.

Menerusi anugerah berkenaan, penganjur turut memberi hadiah berupa wang tunai RM10,000 kepada kepada pereka fesyen yang menghasilkan pakaian terbaik untuk artis lelaki dan wanita.

Sementara itu, rata-rata pereka muda berkenaan berpendapat anugerah berprestij anjuran Berita Harian adalah acara terbaik untuk pereka muda mengembangkan lagi bakat, sekali gus mampu menaikkan nama masing-masing dalam industri fesyen tanah air.

Khairi Sufi, 24, berkata beliau teruja dengan pembabitan dalam acara berprestij itu dan menganggap peluang yang diberi untuk menyediakan rekaan bertema batik tidak seharusnya ditolak kerana ia antara usaha untuk berdiri sama dengan pereka fesyen yang kini sudah dikenali.

“Sesungguhnya, untuk lebih dikenali dalam industri ini, kita tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan ini. Selain itu, perlu lebih banyak bersabar dan tekun terhadap tugasan yang diberi ,” katanya.

Fitri yang menyediakan rekaan untuk penyampai radio Era, Nana AF, berkata pembabitannya sedikit sebanyak memberi cabaran kepada dirinya sendiri kerana perlu bersaing dengan pereka fesyen yang lain.

“Walaupun sudah menyertai anugerah ini tahun lalu, namun tidak bermaksud nama sudah dikenali ramai. Dengan diberi peluang menyediakan rekaan untuk selebriti ini juga antara usaha yang baik dalam meningkatkan usaha menghasilkan rekaan terbaik,” katanya

Bagi Hatta yang sudah menyertai ABPBH sejak tiga tahun lalu, peluang diberikan tidak akan disia-siakan kerana sejak pembabitannya dalam acara berkenaan beliau mengakui orang sudah mengenali nama Hatta Dolmat dalam industri fesyen ini.

“Bagi saya tidak akan rugi sekiranya diberi peluang menyertai anugerah berprestij ini lagi pada masa depan. Dengan cara ini juga secara tidak langsung kita dapat mencurahkan kreativiti dan idea dengan lebih menarik lagi.

“Bagaimanapun, sebagai pereka muda, kita perlu memberikan kerjasama baik dengan artis yang akan menggayakan pakaian yang dihasilkan nanti supaya mereka selesa dan tidak kekok di samping tampil menarik,” katanya.

Bagi Azura Mazaruddin, 24, pula berkata, apabila seseorang artis itu bergaya sakan dengan pakaian yang cantik sudah pasti ramai orang ingin tahun siapakah perekanya.

“Dengan menyediakan pakaian untuk mereka kita perlu menghasilkan rekaan terbaik menerusi peluang ini yang juga landasan utama menaikkan nama kita yang baru melangkah ke dunia ini.

“Walaupun belajar dalam jurusan rekaan pakaian tidak semestinya kita perlu bekerja dengan orang lain. Jika mampu membuka perniagaan butik sendiri apa salahnya mencuba. Dengan tawaran menyertai ABPBH, jangan pula menolaknya kerana ia sesuatu yang baik dalam meningkatkan nama pereka,” katanya.

Zery, 24, berkata peluang berkenaan adalah anugerah yang tidak ternilai baginya kerana pembabitan dalam anugerah gilang gemilang ini adalah sesuatu yang tidak harus dibiarkan begitu saja.

“Ini adalah platform kepada pereka fesyen baru untuk tampil dan lebih dikenali dalam industri fesyen tanah air. Dengan memberi sepenuh perhatian terhadap usaha ini kita mampu menjulang nama walaupun mengambil masa,” katanya.

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November