logo
logoemedia
 
Akhiri kemarau penantian

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Promosi jelajah ABPBH 2007 di Kuantan Parade membekas kenangan manis di hati finalis

DUA tahun dilewati, Kuantan, Pahang kembali menjadi pilihan sebagai destinasi persinggahan dalam usaha merancakkan siri promosi jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 menjelang acara kemuncak akhir bulan ini.


Memilih Kuantan Parade sebagai destinasi keempat selepas KB Mall, Kota Bharu, Kelantan; Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu dan Dataran Pahlawan, Melaka, kedatangan 17 finalis ABPBH 2007, kelmarin mengakhiri kemarau penantian selepas dua tahun tidak berkunjung ke Pahang.


Rindu yang sekian lama bertandang terubat dan ABPBH 2007 menjadi medan menyatukan semula penggiat seni dan peminat sekali gus mengeratkan jalinan silaturahim atas nafas seni.


Bertali arus pengunjung datang bersilih ganti sejak jam 1 tengah hari, namun tidak membuatkan mereka berganjak untuk terus setia mengikuti siri promosi jelajah ABPBH 2007, persinggahan di destinasi keempat ini meninggalkan memori paling manis untuk dikenang peminat di Kuantan.


Menghimpunkan nama terkenal seperti Jaclyn Victor, Sheila Rusly, Hazami, Raja Azura, Kristal, Sofaz, Azwan Ali selain nama baru yang sedang mekar dalam industri hiburan antaranya Mila, Farah Asyikin, Bard R1, Fouziah Gous dan Julia Ziegler, pelbagai acara disusun untuk memeriahkan siri promosi yang dihangatkan lagi oleh tiga penyampai saluran radio rasmi ABPBH 2007, HotFM iaitu AG, Leya dan Ikhwan.


Menjadikan kenangan ke Kuantan Parade lebih bermakna, finalis dibawa ke lokasi selepas menikmati hidangan tengah hari di Jelita Cafe dengan motosikal berkuasa besar oleh Pahang Bikers diketuai finalis Artis Baru Lelaki Popular, Bard R1.


Bagaikan berada dalam sebuah temasya hiburan yang gilang gemilang, perarakan finalis yang akan mengakhiri debaran mereka pada malam kemuncak ABPBH 2007 di Arena of Stars, Genting Highlands pada 30 Mac ini disambut sorakan gamat sebaik rombongan memasuki pintu masuk Kuantan Parade.


Laungan nama finalis yang menyertai siri promosi, diiringi tepukan gemuruh bergema memenuhi ruang legar pusat beli belah terkenal cukup untuk menggambarkan kemeriahan yang menanti selama empat jam acara berlangsung.


Kelainan yang dicipta di setiap destinasi menjadikan kunjungan finalis sentiasa dinanti, malah menghangatkan lagi siri promosi dengan pelbagai gimik kreatif untuk memanaskan ABPBH 2007.


Menariknya, siri promosi jelajah ABPBH 2007 bagaikan menjadi medan kepada beberapa finalis untuk memperkenalkan produk terbaru mereka kepada peminat.


Paling teruja, pastinya pelakon dan pengacara keletah, Raja Azura yang begitu bersemangat mempromosikan album keduanya yang baru siap dirakamkan.


Selepas sedekad tidak merakamkan album, malah namanya sebagai penyanyi juga sudah hampir dilupakan, artis yang lebih akrab membahasakan diri sebagai Kak Engku belum hilang pesonanya di pentas.


Dua lagu dialunkan, sebuah lagu balada hasil sentuhannya sendiri, Hati Terkunci dan lagu rancak, Alang-Alang, Kak Engku berjaya menggamit peminat cilik untuk menari bersamanya di pentas.


Lebih menggembirakannya, 25 salinan album yang memuatkan lapan lagu yang turut dibawa bersama laris dijual dalam masa singkat.


Ia sekali gus menyuntik semangat kepadanya untuk kembali menyemarakkan namanya sebagai penyanyi dengan himpunan lagu yang mendapat sentuhan komposer popular masa kini, Yasin dan Cat Farish.


Begitu juga dengan Hazami yang dicalonkan bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular. Jemputan menyertai beberapa siri promosi ABPBH 2007 sebelum ini tidak mampu dipenuhi lantaran komitmen terhadap pelbagai urusan.


Bagaimanapun, penyanyi yang baru melahirkan album ketiga, Nyata, September lalu tidak mampu menolak apabila dipelawa ke Kuantan Parade.


Antara destinasi yang kerap disinggahi selama lebih enam tahun bergelar artis rakaman, Hazami begitu teruja sebaik tiba di Kuantan malah tidak dapat melelapkan mata kerana tidak sabar menanti reaksi peminat.


Begitu kuat pengaruh ABPBH 2007 dan kata Hazami, pencalonan dalam kategori yang turut mempertaruhkan nama hebat seperti Anuar Zain, Faizal Tahir, Mawi dan Adam itu mengubat segala kekalutan sejak Nyata dipasarkan.


Tidak mampu menyembunyikan gejolak perasaan, apatah lagi bukan sering ruang untuk mempromosikan album pertamanya diperoleh, Farah Asyikin juga menjadikan ABPBH 2007 sebagai platform untuk memperkukuhkan namanya.


Bintang yang digilap menerusi pertandingan Malaysian Idol dan One In A Million itu ternyata bersemangat waja untuk meneruskan perjuangannya sebagai anak seni.


Disebabkan itu kata Farah, dia tidak akan tunduk kepada tekanan dan paksaan orang lain yang ingin menjatuhkan namanya.


Sebaliknya dia akan terus bangkit mempertahankan haknya, malah dengan sokongan besar yang diterima termasuk pencalonan ABPBH 2007 bagaikan membakar semangat untuk dia terus mencuba.


Dan sebaik menamatkan persembahan menerusi dua lagu, Di Pangkuan Pilu dan 1000 Penipuan, helaan nafas lega serta senyum kepuasan menghiasi wajahnya yang pada awal agak bimbang memikirkan reaksi peminat.


Bintang kecil molek yang melakar sejarah menerusi pertandingan Akademi Fantasia (AF) 6, Mila ialah antara penyanyi muda yang tidak jemu memperkenalkan bakatnya.


Walaupun Kuantan Parade bukan destinasi pertama siri promosi ABPBH 2007 yang dijayakannya, namun kata anak kelahiran Pulau Pinang itu, kedatangan kali ini lebih bermakna.


“Walaupun hanya dengan dua lagu, ia cukup menggembirakan Mila kerana dapat menghiburkan peminat sebab pada siri promosi pertama di KB Mall, hanya artis lelaki yang dibenarkan membuat persembahan,” katanya.


Membawakan lagu yang menjulang namanya sebagai juara AF6, Persis Mutiara dan single terbaru, Mila Bila Cinta, aura penyanyi muda yang sedang menggilap nama ini di pentas semakin meyakinkan.


Ruang yang sama juga dimanfaatkan penyanyi lelaki yang sedang popular dengan lagu Lena, Diddy. Antara finalis yang memberikan komitmen jitu dalam siri promosi ABPBH 2007, Diddy memanfaatkan peluang itu untuk memperkenalkan album pertamanya.


Lengkap poskad, poster selain album yang ditandatangani, Diddy melihat ABPBH 2007 sebagai platform untuk mengetengahkan bakatnya sebagai antara barisan pelapis yang akan mewarnai pentas seni.


Tidak ketinggalan kumpulan Sofaz yang juga baru muncul dengan album terbaru, Kepantasanku. Sedang popular dengan lagu Bukan Di Sini, mereka juga mengambil peluang sebagai finalis Artis Berkumpulan/Duo Popular untuk mempromsikan album yang sedang hangat diperkatakan itu.


Menghangatkan lagi siri promosi ABPBH 2007, kehadiran penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor yang sanggup memandu sendiri ke destinasi wajar diberi pujian.


Rasa letih diketepikan dan sebaik kakinya menjejaki pentas, penyanyi yang membahasakan dirinya sebagai Jac itu seperti mendapat kekuatan untuk melontarkan vokal hebatnya menerusi dua lagu, NO One dan Satu Harapan.


Pujian juga wajar diberikan kepada dua pelakon baru Fouziah dan Julia yang turut memberikan komitmen mereka dengan menjayakan sesi bersama peminat yang menawarkan pelbagai cenderamata kenangan untuk dimenangi.


Tidak lengkap ABPBH 2007 tanpa kehadiran dua pengacara berpengalaman, Azwan Ali dan Sheila Rusly banyak membantu menghidupkan perjalanan acara dengan telatah serta celoteh mereka yang menghiburkan.


Selama dua hari berlangsung, Kuantan Parade menyaksikan pelbagai acara menarik disusun untuk memperkemaskan lagi siri promosi ABPB 2007 seperti peraduan mewarna, pertandingan karaoke serta cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai cenderamata eksklusif.


Peminat juga berpeluang bergambar kenangan bersama artis di gerai Berita Harian selain acara kuiz dan cabutan bertuah Habib Jewels yang juga penaja utama ABPBH 2007.


Corat-Coret:


  • TUBUH kecil molek Mila sering menjadi bahan usikan barisan finalis yang menyertai siri promosi ABPBH 2007 di Kuantan Parade, Kuantan. Hinggakan finalis Artis Komedi Wanita Popular, Sheila Rusly mengusik untuk memberi seluar anak bongsunya yang berusia 7 tahun kepada Mila kerana terkejut dengan saiz badan penyanyi itu yang kecil.


  • PUAS Mila meyakinkan kepada ahli rombongan beratnya sudah bertambah. Malah, dengan bangga dia memberitahu sejak keluarganya berpindah dan tinggal bersama di Kuala Lumpur, badannya naik dua kilogram. Tetapi, seperti biasa dia tetap diusik kerana tidak nampak perubahan ketara pada tubuh badannya.


  • FINALIS Pengacara TV Lelaki Popular, Azwan Ali cukup bersedia untuk sesi promosi. Siap membawa poster dan poskad khas untuk diberikan kepada peminat. Cuma kenapa perlu ada ayat Top 5 Ker?? Kenapa Azwan? Tak yakin mampu mara dalam senarai Top 5 ke?


  • TERUJA Kak Engku apabila diajak berbicara mengenai album keduanya yang siap sepenuhnya, Rabu lalu. Malah, Kuantan Parade menjadi destinasi pertama untuk dia memperkenalkan album yang turut memuatkan lagu ciptaannya sendiri, Hati Terkunci. Seronok apabila album yang dibawanya laris dijual macam goreng pisang panas.


  • BEBERAPA finalis pantas mengangkat tangan apabila dimaklumkan mereka akan diarak dengan motosikal berkuasa besar ke lokasi promosi. Diddy awal-awal lagi menyatakan bimbang kerana sudah lama tidak membonceng motosikal. Sheila pula menolak kerana tidak mahu timbul salah tanggapan dengan penampilannya yang bertudung.


  • KAK Engku memang seorang yang lasak. Langsung tidak takut, malah dengan yakin dia membawa sendiri skuter untuk ke lokasi promosi dan vokalis Sofaz, Amer menjadi pemboncengnya.


  • DIDDY cukup seronok kerana album sulungnya mendapat perhatian setiap kali menjayakan siri promosi ABPBH 2007. Tidak hanya mendapat album, peminat juga dihadiahkan poskad dan poster khas membuktikan Diddy begitu bekerja keras untuk meletakkan namanya di persada seni.


  • PERGILAH ke mana saja lokasi, persembahan Kristal sentiasa dinanti. Begitu juga apabila mereka menjejaki Kuantan Parade. Persembahan bertenaga mereka sebagai penutup siri promosi di negeri itu memberikan kepuasan, malah membuat peminat tersenyum kerana bukan sering berpeluang menyaksikan persembahan secara langsung daripada Kristal.


Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November