logo
logoemedia
 
Anggun sentuhan Azura

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Fouziah Ghous akui tidak cerewet soal pakaian asalkan jangan keterlaluan

PERTAMA kali bakal menjejakkan kaki ke permaidani merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2007) membuatkan calon kategori Artis Baru Wanita Popular, Fouziah Ghous, 25, tidak sabar-sabar lagi untuk ke anugerah berprestij yang bakal berlangsung pada 30 Mac ini.


Sebelum ini, Fouziah yang baru saja muncul dalam drama bersiri Enigma hanya mampu menatap kemeriahan ABPBH di dada akhbar atau pun majalah kerana tuntutan tugas sebagai pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) menghalangnya untuk turut serta dalam acara gemilang itu. Namun, tahun ini cita-cita si cantik manis untuk sama-sama memeriahkan ABPBH tercapai apabila dia memilih untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada dunia lakonan.


Setiap kali berlangsungnya anugerah, aktres yang memiliki susuk tubuh tinggi lampai ini tidak sabar untuk menghadirinya. Ujar wanita muda itu, masa inilah dia dapat memasang badan dengan mengenakan pakaian yang cantik.


“Fesyen adalah saya. Saya amat mementingkan penampilan. Bukan mahu berlebih-lebih daripada orang lain, tetapi menjaga penampilan membuatkan saya berasa lebih yakin,” katanya yang bakal menggayakan rekaan pereka muda Azura daripada Azura Couture pada ABPBH 2007 nanti.


Soal rekaan, Fouziah menyerahkan kepada Azura untuk menentukan. Dia percaya kepada pereka itu meskipun nama Azura masih baru dalam arena fesyen. Tiada sebarang keraguan pada Azura kerana sudah beberapa kali mereka bekerjasama. Lagipun kata Fouziah yang bertambah anggun dengan hiasan Batu Permata Safir pelbagai warna daripada Habib Jewels Sdn Bhd yang bernilai RM441, 210, mereka sama-sama masih baru dalam bidang masing-masing.


Azura dalam bidang fesyen, sementara dia pula dalam bidang lakonan dan persamaan itulah yang membuatkan dia dan Azura selesa bekerjasama. Sementelah, Azura pula memahami cita rasa dan syarat yang dimahukan Fouziah.


“Dia masih panas, banyak idea baru yang bermain di fikirannya. Jadi biarlah Azura yang menentukan apa yang terbaik. Saya tidak cerewet, asalkan pereka faham syarat yang saya mahukan. Cuma kalau boleh saya mahu elakkan pakaian yang melampau.


“Saya senang bekerja dengan orang yang mudah dibawa berbincang. Bukan tidak mahu bekerja dengan pereka yang terkenal, mungkin belum masanya. Siapa tahu satu hari nanti. Bagaimanapun itu tidak bermakna saya lupa diri dan melupakan Azura. Saya suka bekerja dengannya kerana dia memahami cita rasa saya,” katanya yang suka dengan tema Batik Glam yang menjadi tema ABPBH2007.


Ujar Fouziah, seharusnya produk tempatan dibanggakan. Dia kecewa kenapa masyarakat kita seakan-akan tidak mengagungkan produk tempatan tetapi lebih bangga dan menyanjungi produk import. Justeru, apabila ABPBH mengenakan tema sedemikian dialah orang yang paling gembira.


“Sudah banyak anugerah yang saya hadiri tetapi tiada yang mengambil inisiatif seperti ABPBH. Batik sewajarnya dibanggakan, jangan sampai satu hari nanti generasi kita tidak mengenali apa itu batik. Kenapa kita perlu malu dengan produk kita? Berdasarkan pengalaman ketika bertugas sebagai pramugari, saya melihat orang asing kagum dan suka pada batik ketika kami menjualnya di atas kapal terbang.


“Saya juga pernah menghadiri satu pertunjukan fesyen di Paris. Ketika itu, seorang jejaka Cina menjual batik dan ia mendapat sambutan baik daripada tetamu di pertunjukan fesyen itu. Jadi, saya melihat usaha Berita Harian sebagai satu usaha yang amat baik,” katanya.



Batik abstrak pilihan pereka


BERCERITA mengenai rekaan yang bakal digayakan wanita kelahiran Kuala Lumpur ini, perekanya Azura berkata, dia akan mengelakkan potongan ‘empire’ yang menjadi tren masa kini. Sebaliknya memilih potongan yang akan mengikut tubuh badan Fouziah yang kecil.


“Sekiranya silap potongan, rekaan yang dihasilkan akan mencacatkan penampilan Fouziah. Tubuhnya terlalu kecil, justeru saya harus mengikut bentuk tubuh badannya betul-betul. Jika tersilap, akan menyebabkan bajunya kelihatan terlalu besar dan seterusnya mengakibatkan penampilannya nampak tidak kemas,” kata Azura yang akan menggunakan kain daripada jenis sifon crepe.


Konsep batik yang ditonjolkan Azura pula tidak terlalu menggambarkan ciri batik tradisional. Sebaliknya, Azura memilih batik bermotifkan abstrak yang mempunyai corak besar dan lebih moden.


Azura yang sudah dua tahun berturut-turut terbabit di dalam ABPBH berkata, dia gembira diberi peluang mereka pakaian untuk artis terkenal sekali lagi tahun ini. Sebagai pereka baru ujar Azura, dia memang amat memerlukan publisiti. ABPBH pula katanya, adalah satu-satunya anugerah yang membuka peluang kepada pereka muda menonjolkan bakat mereka.


“Anugerah lain tidak mengetengahkan pereka seperti mana yang dilakukan ABPBH. Sebaliknya ABPBH memberikan pendedahan yang cukup meluas kepada pereka muda dan publisiti yang diberikan dapat membantu pereka muda seperti saya untuk membina nama,” katanya yang turut mereka baju untuk Nora Danish dan Rozita Che Wan.

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Tidak kisah jika kalah
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November