logo
logoemedia
 
Tidak kisah jika kalah

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Linda Onn serah kepada peminat untuk tentukan kedudukannya 30 Mac ini

ENAM tahun berturut-turut wanita tinggi lampai ini mempertahankan trofi Penyampai Radio Wanita Popular. Bagaikan sukar untuk penyampai radio lain merampas takhta yang dipegang Linda Onn. Namanya seperti sudah sinonim dengan kategori yang diwujudkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).


Linda Onn memulakan kerjaya dalam bidang penyiaran radio pada 1999. Hampir sedekad, wanita kelahiran Singapura itu menceburi bidang penyiaran radio dan ia ternyata membawa tuah kepadanya. Linda memulakan langkahnya di stesen radio Best 104.1 sebelum ditawarkan menduduki kerusi yang lebih selesa di radio Era.


Keputusan memilih radio Era, satu langkah yang bijak apabila nama Linda Onn menjadi satu nama besar dalam industri penyiaran radio. Ia diperkukuhkan lagi apabila dia menerima trofi Penyampai Radio Wanita Popular yang pertama pada 2001 sehinggalah pada ABPBH tahun lalu.


Namun, sampai bila penyampai radio yang juga seorang usahawan nasi ayam itu mampu mempertahankan zon selesanya? Kala bertemu dengannya pada sesi Road To Red Carpet ABPBH2007 bersama 12 pereka fesyen muda dan baru tempatan, soalan itu diajukan padanya. Akui Linda, 31, dia tahu tidak selamanya namanya akan berada di atas.


Ujar wanita berbintang Scorpio itu, dia reda dengan apa saja keputusan yang bakal diumumkan pada upacara kemuncak ABPBH 2007 pada 30 Mac depan. Tetapi, jauh di sudut hatinya masih mengharapkan kemenangan dan pada masa sama tidak kecewa seandainya tahun ini trofi berkenaan bertukar tangan.


“Setiap orang yang menyertai apa saja pertandingan pasti mahukan kemenangan. Tipu jika saya tidak menaruh harapan untuk menang. Bagaimanapun saya menyerahkan pada takdir dan rezeki. Semuanya terpulang kepada peminat, sekiranya mereka masih sayangkan saya tentu mereka akan mengundi.


“Tersenarai di dalam senarai Top 5 pun bagi saya satu berita yang cukup menggembirakan. Kemenangan adalah tanda penghargaan peminat terhadap saya. Tidak tahu bagaimana harus saya ungkapkan tanda terima kasih kepada mereka yang mengundi.


“Ramai yang beranggapan, perasaan gembira dinobatkan sebagai pemenang adalah dibuat-buat semata-mata. Memang saya benar-benar gembira dan perasaan itu berbeza setiap tahun. Kegembiraan yang saya tonjolkan adalah ikhlas dari dasar hati,” katanya.


Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlindah Onn yang menggayakan pakaian daripada Bill Keith dan aksesori Habib Jewels Sdn Bhd ketika sesi fotografi ini juga berkata, dia gembira melihat nama baru yang berjaya ke Top 5. Malah, dia juga tidak pernah cemburu pada mereka, sebaliknya tumpang gembira kerana mereka mampu menempa nama dengan pantas.


Masih dia ingat, nama-nama itu pernah datang meminta tunjuk ajar daripadanya ketika mereka baru memulakan kerjaya sebagai penyampai radio. Sebagai senior, Linda tidak lokek mencurahkan sedikit ilmu yang dimiliki kepada mereka. Lalu, untuk apa dia cemburu dan dengki melihat kejayaan pelapisnya?


Bagaimanapun, Linda tidak menafikan persaingan ABPBH kali ini sengit. Dia menyedari setiap finalis mempunyai kelebihan tersendiri, begitu juga dengan peminat. Justeru, dia harus menerima hakikat sekiranya tidak lagi menjadi pilihan. Biarpun menghadapi persaingan yang cukup sengit, Linda Onn tidak pernah terfikir untuk berundur dari bidang radio.


Katanya, radio adalah jiwanya. Justeru, dia tidak dapat membayangkan sehari tidak dapat berceloteh di corong radio. Mungkin dia boleh untuk tidak melakukan kerja lain, tetapi bukan radio. Ketika ini, dia seronok dan gembira dengan kerjayanya sebagai penyampai radio dan tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya.


Bukan tidak ada tawaran yang datang daripada stesen lain mahu melamarnya tetapi bukan sebagai penyampai radio sebaliknya untuk jawatan lain. Biarpun menawarkan bayaran yang lumayan, Linda terpaksa menolak. Pertama kerana masih sayangkan tugasnya selaku penyampai dan kedua, dia masih selesa dengan radio Era.


“Saya masih belum bosan menjadi penyampai radio. Ini memang cita-cita dan impian saya sejak dulu lagi. Saya belum terfikir untuk berhenti jadi penyampai radio, mungkin bukan sekarang kerana ketika ini saya seronok dengan kerjaya yang dilakukan,” katanya yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan nasi ayamnya.


Sasaran wanita itu, dia ingin menambah cawangan nasi ayamnya daripada empat kepada enam. Dia mahu membuka satu lagi cawangan di Shah Alam sementara satu lagi masih belum ditetapkan. Selain itu, Linda juga ingin membuka satu lagi perniagaan tetapi bukan lagi dalam bidang makanan.


PROFIL: Linda Onn

Nama Penuh: Rozlindah Onn

Tarikh Lahir: 26 november 1977

Tempat Lahir: Singapura

Antara filem: Soal Hati (2000), Soalnya Siapa (2002), Gila Bola (2003), Biar Betul (2004).

Drama: Datin Diaries

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Rezeki anugerah
 Peniaga menang peraduan ABPBH2007
 'Yang penting restu ibu'
 4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007
 Pemenang peraduan ABPBH dipilih
 Dilema popular
 Impak undi popular
 Kenangan indah malam kemuncak
 Batik Glam serlah gaya
 Tuksedo batik warnai ABPBH 2007
 Janji tak lupa diri
 Dafi idam watak ganas, seram
 Selebriti sempat 'manjakan' diri
 Detik indah sepanjang hayat
 'Memang dia pujaan hati'
 Aksi bintang serlah malam kemuncak
 Aura Mawi masih kukuh
 Pengiktirafan peminat cukup bermakna
 Gelombang baru ABPBH 2007
 Terus berkarya selagi terdaya
 Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi
 Kenangan terindah anugerah berprestij
 Muzik segar, persembahan mantap
 Bagaikan mimpi
 ABPBH rujukan penerbit, pengarah pilih pelakon
 Diddy, Shira yakin sentuhan Hazwani
 Tunggu jenaka spontan Raja Lawak
 Impak ABPBH kepada empat penyampai radio
 Aura glamor Habib
 Peluang tinjau kisah di sebalik tabir majlis
 Anugerah beri impak besar
 5 GengMurai menang kuiz ABPBH 2007
 Jee kembali demi ABPBH
 'Isteri Bernard ketawa baca gosip fasal Mila'
 Pereka muda bantu serlah aura glamor
 Tak sangka ada peminat setia
 ABPBH kepada empat penyampai radio
 Finale road tour yang gamat!
 Promosi jelajah akhir ABPBH07 meriah
 Senarai Pemenang awal peraduan ABPBH 2007
 Tiga jelitawan iringi Jalaluddin
 Semakin hangat!
 Muak bawa watak menangis
 Tak sabar nak melaram
 Peminat JB sporting
 7,000 peminat serbu artis
 Kesabaran jadi kunci kejayaan Siti
 Limpahan borang undian ABPBH 2007
 Keputusan ABPBH 2007 janji kejutan
 Tidak terdesak cipta populariti
 Rona 'menjerit' sentuhan Lord's Tailor
 Sorok tocang di kem PLKN
 Tuah 'road tour' ABPBH
 Sudah sedia untuk bercinta
 Serah borang di lokasi road tour
 ABPBH medan JVC promosi produk
 Timbunan borang undian di Balai Berita
 ABPBH angkat pereka muda
 Warna garang jadi pilihan
 Dreamz tarikan baru di Kota Keriangan
 'Cincin memang hadiah Ikin'
 Berbaloi ke JB!
 Melaram dengan busana Rizman Ruzaini
 Cheryl optimis kembangkan kerjaya
 Barangan elektrik JVC untuk pembaca bertuah
 Finalis ABPBH 2007 tawan Kota Keriangan
 Debaran menanti malam kemuncak
 Jelajah ABPBH07 gamat
 Giliran jumpa pembaca di selatan tanah air
 Tak sabar tunggu malam kemuncak
 Bukan 'show' syok sendiri
 Artis tersohor buat persembahan
 Merawat Luka di Genting
 'Biarlah apa orang nak kata'
 Pentas ABP serlah bakat menyanyi
 Buat apa ungkit cerita lama?
 Peluang ke Bali bersama artis
 Mek Kelate, peguam dipilih ke Bali bersama artis popular
 Si manis 17 mula melaram
 Tidak tunduk dengan tekanan
 Kunci mulut bab cinta
 Rezeki tak pernah putus
 ABPBH martabatkan batik
 Akhiri kemarau penantian
 5,000 dekati 17 finalis ABPBH 2007
 Peminat di Melaka sporting
 Anggun sentuhan Azura
 Emil Emilda julang nama Aaron
 Aktiviti menarik tunggu pengunjung gerai BH
 Pahang Bikers iringi konvoi finalis
 Misi cari pereka popular
 Eksklusif, ada kelas
 Fouziah Gous tak sanggup berkemban
 Pembaca bertuah dapat kereta
 Lali gosip kahwin Tan Sri
 Giliran Dataran Pahlawan bergegar
 Habib perkenal hadiah utama ABPBH
 Peminat, pembaca BH tidak sisih Faizal Tahir
 Saiful Apek akui ABPBH buka rezeki
 Harapan Mila persis mutiara
 Meriah bagaikan festival
 Kemunculan Faizal dapat sorakan daripada peminat
 Kerajaan negeri tewaskan selebriti
 22 artis sedia gegar Dataran Shah Bandar
 Ajak jelajah bumi Anbia
 Masih menaruh harapan
 Artis terharu sambutan peminat di Kota Bharu
 Finalis mahu 'belasah' pasukan MB
 Finalis naik beca berhias ke Dataran Shahbandar
 Fasha nafi lagak 'diva'
 Kejutan di Kota Bharu
 Kak Engku lebih puas menyanyi
 Finalis serbu HotFM
 Aura si jelita
 Dynaz, Diddy rahsiakan hari bahagia
 12 finalis gegar bumi Cik Siti Wan Kembang
 Persona finalis ABPBH2007
 Tak lagi tersembunyi
 Gelaran ibu tunggal bukan penghalang
 Gelaran hajah terlalu berat
 Finalis gegar 3 destinasi baru sempena road tour ABPBH
 Cabaran, emosi duyung jelita
 Jawab, jangan tak jawab!: 'Biarlah saya seorang saja dihukum'
 Habib warnai bintang popular
 Habib Jewels penaja terbesar
 Kempen undi finalis ABPBH 2007
 Celoteh: Pencapaian AC Mizal boleh dikira luar biasa
 Nama dalam Top 5 bagaikan mimpi
 Pemilihan peminat sangat dihargai
 Undian bermula
 AC Mizal bersaing dalam tiga kategori
 Mawi akur apa saja keputusan pengundi
 ABPBH 2007 tawar hadiah RM1.5 juta
 Senarai 'Top 5' ABPBH2007 diumumkan esok
 'Saya mahu buktikan'
 Tak gadai jiwa buru nama
 Popular dalam diam
 Bard R1 tak serik kena tipu
 Musim mengundi artis sudah tiba
 Kuasa undi milik anda
 Artis baru teruja terima pencalonan
 'Bertanding bukan kerana anugerah'
 ABP-BH 2007 terima pencalonan awal paling tinggi
 761 calon ABPBH
 Semak nama jangan ada yang tercicir
 Pencalonan awal ABPBH 2007 rancak
 Pusingan awal pencalonan untuk ABPBH 2007 bermula
 Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November