Pos Malaysia

Sat, 04 Jul 2009

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Semak nama jangan ada yang tercicir



ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian 2007 kembali lagi. Esok, bertempat di Palace of the Golden Horses mulai jam 3 petang, satu majlis sidang media mengenainya akan diadakan. Khamis pula senarai pencalonan awal artis akan mula disiarkan di Berita Harian selama lebih kurang lima minggu. Jadi tunaikanlah tanggung jawab yang sudah diamanahkan kepada anda pembaca budiman untuk memilih lima artis pilihan ANDA, untuk berentap pada pusingan terakhir dan sekali gus dinobatkan sebagai paling popular dalam kategori yang dipertandingkan.

Ingat tu wahai pembaca budiman yang teman hormati, pilihlah artis mengikut kehendak anda sendiri dan bukan kehendak orang lain. Jangan pula pilih artis yang anda rasa, ramai yang akan pilih artis itu semata-mata untuk menang hadiah tetapi pilihlah artis top 5 itu mengikut cita rasa, pilihan, kehendak anda sendiri. Jenuh juga teman hendak jelaskan selama ini bahawa pemilihan pemenang dalam pusingan akhir yang menjanjikan pelbagai hadiah menarik tidak pernah mengambil kira berapa ramai yang dapat meneka dengan tempat artis yang menang. Tetapi jawatankuasa pemilihan pemenang pembaca adalah berdasarkan slogan kreatif yang diilhamkan.

Tanamkan juga di hati dan minda bahawa lebih banyak anda menghantar borang undian, lebih cerah peluang untuk anda tersangkut untuk menang hadiah.Konsep bertahun-tahun yang sudah diamalkan, adalah UNDI dan MENANG dan bukan siapa yang dapat meneka dengan tepat senarai artis yang berjaya dinobatkan sebagai paling popular dalam 16 kategori yang dipertandingkan. Ayuh, jalankan tugas dan tanggung jawab anda untuk memilih siapakah yang layak untuk mara ke peringkat seterusnya dan siapa pula yang akan diiktiraf sebagai bintang paling popular.

Teman juga mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan `orang baru' dalam dunia hiburan tanah air dan selalunya mereka ini dimasukkan dalam kategori Artis Baru Lelaki/Wanita Popular. Semaklah nama anda kerana bimbang kalau ada yang terlepas pandang. Maklumlah, artis baru tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kalau tak ada dalam senarai, artis itu sendiri jangan malu dan segan beritahu pihak teman. Telefon saja Pengarang Bintang Popular, Akmal Abdullah atau mana-mana anak buah teman untuk memastikan nama anda tidak tercicir. Nak pantau satu-satu pun susah juga. Jadi teman haraplah agar pihak produksi dan syarikat rakaman dapat memberi kerjasama.

Gesaan ini bukanlah untuk artis baru saja, malah ia juga untuk mana-mana artis, penyampai radio dan pengacara televisyen yang ada produk bagi tempoh 1 Januari 2007 sehingga 31 Disember ini. Untuk tahun ini juga, pihak Berita Harian bersetuju untuk melonggarkan sedikit syarat iaitu untuk membenarkan penyanyi yang hanya ada satu single (tahun sebelumnya perlu ada dua single) untuk bertanding. Teman faham, album pun sudah semakin kurang dan pihak sekretariat mengambil kira bahawa pihak syarikat rakaman lebih cenderung untuk menerbitkan satu single saja.

Kalau ada yang tak mahu ambil pot mengenai artisnya, teman harap artis itu sendiri yang tak malu dan segan berhubung dengan pihak Berita Harian. Tak mahu jadi macam tahun sebelumnya, ada artis yang sekadar merungut di belakang, kemudian masam-masam muka dengan teman dan Berita Harian.

Tetapi teman gembira kerana kebanyakan artis sentiasa memberi kerjasama kepada Berita Harian. Yang `kekwat' itu cuma segelintir saja. Terima kasih daun keladilah kepada mereka yang termasuk dalam kategori senang beri kerjasama ni. Kalangan artis sebegini ini bukan apa mereka tahu nak kenang budi media. Iyalah, orang berbudi kita pun berbahasalah.

Konsep berkongsi rezeki David Teo

CAKAP pasal kenang budi ni, teman hendak ucapkan tahniahlah kepada bos Metrowealth, David Teo dan suku sakatnya kerana berjaya menganjurkan majlis gilang gemilang semata-mata untuk meraikan kalangan yang banyak membantunya dalam bisnes bikin filem ini. Malam Khamis lalu bertempat di One World Hotel di Damansara Utama, lebih 1,000 tetamu yang terdiri daripada orang dalam industri hiburan, korporat dan pengamal media diraikan dalam satu majlis makan malam.

Tetapi yang membuatkan mulut tetamu melopong adalah apabila tauke Cina itu menghadiahkan kereta mewah kepada pengarah yang semakin mengukuhkan kedudukannya dalam dunia perfileman Melayu, Ahmad Idham. Memang rezeki Ahmad Idham apabila sebuah Mercedez Benz E200 bernilai RM350,000 menjadi miliknya kerana filem arahannya, Jangan Pandang Belakang mengutip RM7.5 juta.

Budaya kerja David Teo macam itulah. Konsep berkongsi rezeki dengan mereka yang banyak membantu sudah menjadi amalannya sejak dulu. Bukan perkara baru juga dia menghadiahkan kereta mewah kepada pengarah. Dulu Profesor Madya Razak Mohaideen pun dapat kereta mewah juga. Adiknya, Latiff Mohaideen pun dapat kereta juga dan kini giliran Ahmad Idham pula.

Semalam tauke Cina yang sudah ada cinta baru dalam hidupnya - maaf Jane Lim bukan perempuan ya - tetapi bisnes makanan, menelefon teman sekadar bersembang-sembang. Teman usiklah David mengatakan bahawa bajet yang diperuntukkan untuk majlis itu mengalahkan bajet teman hendak buat ABPBH. "Itu cara saya Kak. Saya mahu semua orang gembira. Saya dapat lebih, saya bagi balik kepada mereka yang banyak bantu saya. Saya percaya kepada konsep berkongsi rezeki," katanya.

Sebenarnya, konsep bagi bonus di kalangan penerbit dan pengarah filem untuk pelakon dan krew produksi ini bukanlah perkara baru. Datuk Yusof Haslam dan Mohd Noor Kadir pun dah buat dulu. Ketika filem Sembilu meletupletup di pawagam, bukan sedikit juga Yusof mengeluarkan duit bonus untuk pelakon dan krewnya. Baguslah, konsep kongsi rezeki ini kerana kejayaan sesebuah organisasi itu adalah kerana semangat kerja berpasukan.

Macam ABPBH ni, kejayaannya selama ini banyak bergantung kepada kerjasama semua pihak. Kalau tak ada penaja, tak jalan majlis ini. Tak ada sokongan rakan media lain pun tak seronoklah juga. Tak ada kerjasama artis pun susah juga. Tak ada sokongan pembaca lagilah parahnya. Jadi, saling bekerjasama itu penting bagi memastikan kelancaran dan kejayaan sesebuah tugasan. Tetapi yang paling penting, nawaitu kita mestilah berada di paksi yang betul, tidak buruk sangka dan tidak sakit hati serta dengki dengan kejayaan orang lain. Teman percaya kepada sikap saling hormat-menghormati. Jumpa lagi!


 
Mail webheads for site-related feedback and questions. Write to the editors or get sales for other kind of help.
Copyright © The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Balai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Powered by: Zope, Red Hat, Apache, Python, Perl 

Privacy Statement
s8.emedia.com.my