Corat-coret...
AGAK ‘teruk’ juga Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa diusik pada malam anugerah. Maklumlah, kedua-duanya popular, jadi tentulah ramai yang hendak mengusik mereka, termasuk Raja Azura dan Rita Rudaini. Begitupun, Datuk K memang sporting. Dia turut tergelak sama apabila ada usikan manja ditujukan padanya. Pada post party selepas anugerah, Datuk K mengaku, dia tidak kisah dengan usikan itu.
PADA waktu rehat atau siaran iklan, majlis anugerah diserikan dengan tayangan visual acara promosi jelajah ABPBH 2006 di beberapa destinasi. Paling tidak, dapatlah juga peminat dan penonton di Arena of Stars menikmati sama saat ceria acara road tour berkenaan. Turut mengisi laluan iklan ialah pelawak Yassin, yang tampil bersama sketsa.
PEMINAT Mawi nampaknya masih menjadi satu-satunya kumpulan penyokong yang hadir bersama sepanduk dan poster penyanyi kesayangan mereka. Macam tengok konsert Akademi Fantasia pula rasanya. Setiap kali nama Mawi disebut, maka merekalah yang paling kuat menjerit.
KASIHAN Ina... Gara-gara tidak puas hati sesetengah peminat dengan pencalonannya bagi kategori Artis Baru Wanita Popular, dia menerima ejekan ketika melintasi permaidani merah. Malah ada yang bersorak sakan apabila dia tewas kepada Farahwahida. Ada yang mengatakan ejekan itu adalah daripada peminat fanatik Mawi. Ina tidak bersalah dalam hal ini. Mengapa tidak kehadirannya dialu-alukan dan diterima dengan tangan terbuka?
DALAM sibuk melaram, penyanyi Ifa Raziah tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Dalam menikmati keseronokan persembahan, Ifa sempat melayan anak lelakinya yang berusia setahun lebih itu.
BERCERITA pasal rumah tangga, rasa terharu pula melihat ketabahan Erema melayan kehendak suami tercinta, Seri Bayu. Biarpun belum pulih daripada keuzuran, dia tetap hadir memberikan sokongan kepada ABPBH 2006. Erema pula sentiasa menemani di sisi. Sibuk juga si Erema ke sana ke sini mengambil makanan untuk Seri Bayu yang berkerusi roda. Itulah pengorbanan namanya, susah senang bersama.
DALAM sibuk menonton acara persembahan membabitkan kumpulan VE dan Amy Search di pentas, telinga tetap juga dipasang. Lalu kedengaran perbualan seorang tetamu yang tiba-tiba bercerita mengenai perkahwinan salah seorang anggota VE, Lah. Khabarnya, Lah akan bernikah pada 10 Mac ini, manakala persandingan pada keesokannya. Jangan lupa jemput kami!
ANTARA penari yang terbabit pada malam persembahan termasuk kanak-kanak kecil berusia empat hingga tujuh tahun dari produksi Pak Ngah Productions. Kerana penat menunggu giliran mereka ke pentas, ada antara penari cilik ini yang lena di kerusi. Alahai, kasihan anak mak. Tetapi, sebaik saja berada di pentas mendengar muzik lagu Inang Baru, mereka terus segar dan melangkah rancak mengikut irama.
KAK ENGKU, pengacara yang sentiasa ceria itu, nampaknya sempat mempromosikan karier barunya sebagai penyampai di radio Era, radio rasmi ABPBH 2006. Kak Engku akan mula ke udara di Era pada 12 Februari ini, dari jam 6 pagi. Tambah kecohlah suasana pagi di Era nampaknya.
PADA ketika tetamu lain sedang sibuk bermesra sesama mereka, ada pula pasangan selebriti seperti memadu kasih di suatu sudut dewan besar Hotel Genting. Mereka kelihatan duduk berdua, hingga tidak perasan ada banyak mata memandang.
JACLYN VICTOR yang sudah bergelar tunangan orang sejak 4 Disember lalu, nampaknya hadir bersama insan tercinta. Tunangnya yang kini bekerja di England nampaknya sanggup turun ke Kuala Lumpur bagi meraikan pencalonan Jac pada acara kali ini. Pada mulanya Jac segan untuk diambil gambar bersama tunangnya, tetapi setelah dipujuk, Jac mengalah.
Hantar kepada kawan
Format
pencetak
|
Artikel lain:
Mawi, Andy melaram
Jalin kemesraan di ‘garden party’
Pemenang terima hadiah
Erra, Fahrin menawan
ABPBH catat 4.41 juta penonton
Potong kek rai ulang tahun ABPBH 2006
Pengiktirafan tertinggi buat Jefrydin
‘Penghargaan ini sangat besar erti’
Medan artis melaram sakan
Ina masih mampu tersenyum
Kebangkitan Fasha Sandha dalam industri perfileman
Mawi pertahan gelaran Bintang Paling Popular
Malam penentuan esok
‘Semuanya bagaikan mimpi’
Ina, Faizal AF4 ada peluang?
Aksi hebat Ogy malam esok
Ramli MS terajui 21 artis
Karisma terserlah
Kak Engku bakal gamatkan pentas
Pengacara, juruhebah hadapi saingan sengit
Sorento idaman
Mawi pilih 4 aksesori sepadan tuksedo putih
Arash teruja alami detik bersejarah
Aura glamor
Ina kecewa jika benar lagu Duhai Hati digam
Di sebalik tabir: ‘Semua dirancang penuh teliti, persiapan lancar’
‘Saya bersyukur peminat tidak lupakan saya’
Demam tuksedo
Set aksesori pelengkap persembahan
Artis bergaya pilih kasut Edward Forrer
Gaya elegan untuk Cheryl
7,000 peminat serbu finalis
Fabrik batik elegan untuk Eja
Noryn pilih berlian Empress, Rose Cut
Rambut finalis
Fahrin nantikan detik 4 Februari
Misi popular
Artis diminta patuhi jadual latihan
Ogy, Kak Engku jadi pengacara
Jelajah berakhir di Shah Alam esok
Salikin taja pakaian Ramlah
Kasut selebriti
Finalis artis baru lelaki tolak klon
Kiraan pengundian hampir tamat
Que, Lis, Lyana makin membanggakan
Selebriti riuh di Melaka
Tidur tiga jam demi Natasha 2
Tarikan batu kunzite, berlian Habib
Bagaikan puteri
Nasha, tunang belum pasti tarikh pernikahan
Galas cabaran
Amylea teruja nanti album sulung
Tidak letak harapan
Rantai RM200,000 buat juara
Artis redah banjir
Promosi gamat
Finalis ABPBH 2006 lawat pusat pemindahan banjir
Acara penuh ceria, gelak ketawa
5,000 serbu finalis ABPBH
18 selebriti berkumpul di Seremban, Johor
Zahid berserah
Kilauan berlian
Komitmen finalis wajar dihargai
Ruang mesra bersama artis
Ogy mahu terbit biografi diri
Meriah sakan
Ina tak kisah
‘Saya tidak sangka’
15 artis berkampung di Kedah, Pulau Pinang
Borang undian ABPBH 2006 kian mencurah
Finalis hargai peluang bermesra dengan peminat
Azam baru
Impak Leez
Promosi meriah
Farid, Farahwahida jadi ‘ayam tambatan’
Pelancaran ABPBH 2006 dipindah
Jelajah ABPBH 2006 bermula
Sertai Gemilang Bersama Bintang
Peminat kena fahami konsep ‘Undi & Menang’
Penyeri Misi: 1511
'Saya tak letak harapan tinggi'
'Sudah takdir'
Dayang guna lagu Ryan
Saingan sengit bermula
Tajaan Habib Jewels terbesar dalam sejarah
Naza Sorento untuk artis, pembaca
‘Tidak sangka layak ke final!’
ABP-BH dapat tajaan RM2.75 juta
80 pencalonan ke final ABPBH 2006
Penyampai Ikim FM berdebar
Zoey sedar laluan ke Top 5 bukan mudah
Iesya tak kejar glamor
Terus hangat
Album kompilasi Hijjaz khas untuk peminat
Ilusi Cinta
Pencalonan bantu publisiti
Pencalonan awal ABPBH 2006 ikut syarat, kriteria kelayakan
Maya Karin terkilan gagal kekal gelaran
'Tidak perlu bersepah di merata-rata'
Kejutan manis
Debaran Cinta
Semakin berprestij
'Kami tak pernah bermasam muka'
Siti dah berubah kerana Datuk K
Telan fitnah
Rosyam Nor kekal calon ABPBH2006
Satu pengiktirafan
Pencalonan suntik semangat artis baru
Undi awal ABPBH 2006 mulai esok
|