logo
logoemedia
 
Ina masih mampu tersenyum

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

RAMALAN Nor Diana Mohd Naim (gambar) atau Ina Naim bakal membawa pulang trofi Artis Baru Wanita Popular nampaknya tidak bertepatan apabila ia jatuh ke tangan Farawahida. Biarpun sebelum ini ramai yang meramalkan Ina mempunyai laluan cerah, namun keputusan diumumkan malam itu adalah muktamad.

Ternyata Farawahida mempunyai lebih ramai peminat berbanding empat lagi finalis yang lain termasuk Leez AF4, Marsha dan Amylea. Keputusan itu sedikit mengejutkan. Namun, mengukur dari bakat nyanyian masing-masing, Farawahida mempunyai kelebihan berbanding Ina. Sedangkan Ina lahir dalam dunia seni kerana isu sensasi dan kontroversi. Albumnya baru saja dipasarkan pada penghujung bulan lalu.

Bagaimanapun, sebagai bintang yang lahir hanya beberapa bulan, Ina wajar berasa bersyukur kerana dia berjaya menempatkan dirinya dalam senarai Top 5. Bukan semua artis mempunyai peluang itu jika mereka tidak popular, ini bermakna Ina juga antara artis popular.

Ina yang pertama kali menjejakkan kaki ke majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006, menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Dia masih mampu menguntum senyum biarpun ketika sedang melangkah masuk melalui sesi permaidani merah ada beberapa suara sinis melemparkan kata kesat termasuk dia tidak layak untuk bertanding dalam anugerah berprestij itu.

Dia sedar, itulah cabaran yang perlu dilalui apabila bergelar seorang selebriti. Ina menganggap kata-kata itu sebagai angin yang berlalu, tidak guna dia melenting kerana ia hanya akan mengganggu tumpuannya. Namun, katanya dia juga ada hati dan perasaan.

Mengulas mengenai kekalahannya, Ina sebenarnya amat bersyukur kerana kemenangan tidak berpihak kepadanya.

“Pertama sekali Ina bersyukur, mungkin bukan rezeki Ina. Andai kata kemenangan berpihak pada Ina, pasti ramai yang akan mempertikaikan sumbangan Ina dalam dunia seni. Jadi, Ina rasa lebih baiklah tewas daripada terus menimbulkan pertikaian yang tidak sudah-sudah.

“Bagaimanapun, Ina tidak akan putus asa. Ina tidak akan berhenti daripada meneruskan karier dalam bidang seni. Ina yang pilih jalan ini, jadi Ina harus teruskan selagi termampu,” katanya.

Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana namanya berada dalam senarai Top 5 biarpun dia bukan lahir daripada mana-mana program realiti.

“Ina datang daripada kosong, tidak tahu apa-apa. Alhamdulillah Ina melihat ada kemajuan dalam diri dan banyak juga pengetahuan yang Ina timba,” katanya.

Mengulas kemenangan Mawi pada malam itu, Ina berkata, dia tidak ada pertikaian mengenai kemenangan bintang realiti itu kerana sememangnya dia layak.

“Tahun ini masih lagi rezeki dia, Ina tumpang gembira. Bagi Ina dia sememangnya layak menerima anugerah itu kerana tidak dinafikan Mawi mempunyai ramai peminat,” katanya.


Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Mawi, Andy melaram
 Jalin kemesraan di ‘garden party’
 Pemenang terima hadiah
 Erra, Fahrin menawan
 ABPBH catat 4.41 juta penonton
 Potong kek rai ulang tahun ABPBH 2006
 Pengiktirafan tertinggi buat Jefrydin
 ‘Penghargaan ini sangat besar erti’
 Corat-coret...
 Medan artis melaram sakan
 Kebangkitan Fasha Sandha dalam industri perfileman
 Mawi pertahan gelaran Bintang Paling Popular
 Malam penentuan esok
 ‘Semuanya bagaikan mimpi’
 Ina, Faizal AF4 ada peluang?
 Aksi hebat Ogy malam esok
 Ramli MS terajui 21 artis
 Karisma terserlah
 Kak Engku bakal gamatkan pentas
 Pengacara, juruhebah hadapi saingan sengit
 Sorento idaman
 Mawi pilih 4 aksesori sepadan tuksedo putih
 Arash teruja alami detik bersejarah
 Aura glamor
 Ina kecewa jika benar lagu Duhai Hati digam
 Di sebalik tabir: ‘Semua dirancang penuh teliti, persiapan lancar’
 ‘Saya bersyukur peminat tidak lupakan saya’
 Demam tuksedo
 Set aksesori pelengkap persembahan
 Artis bergaya pilih kasut Edward Forrer
 Gaya elegan untuk Cheryl
 7,000 peminat serbu finalis
 Fabrik batik elegan untuk Eja
 Noryn pilih berlian Empress, Rose Cut
 Rambut finalis
 Fahrin nantikan detik 4 Februari
 Misi popular
 Artis diminta patuhi jadual latihan
 Ogy, Kak Engku jadi pengacara
 Jelajah berakhir di Shah Alam esok
 Salikin taja pakaian Ramlah
 Kasut selebriti
 Finalis artis baru lelaki tolak klon
 Kiraan pengundian hampir tamat
 Que, Lis, Lyana makin membanggakan
 Selebriti riuh di Melaka
 Tidur tiga jam demi Natasha 2
 Tarikan batu kunzite, berlian Habib
 Bagaikan puteri
 Nasha, tunang belum pasti tarikh pernikahan
 Galas cabaran
 Amylea teruja nanti album sulung
 Tidak letak harapan
 Rantai RM200,000 buat juara
 Artis redah banjir
 Promosi gamat
 Finalis ABPBH 2006 lawat pusat pemindahan banjir
 Acara penuh ceria, gelak ketawa
 5,000 serbu finalis ABPBH
 18 selebriti berkumpul di Seremban, Johor
 Zahid berserah
 Kilauan berlian
 Komitmen finalis wajar dihargai
 Ruang mesra bersama artis
 Ogy mahu terbit biografi diri
 Meriah sakan
 Ina tak kisah
 ‘Saya tidak sangka’
 15 artis berkampung di Kedah, Pulau Pinang
 Borang undian ABPBH 2006 kian mencurah
 Finalis hargai peluang bermesra dengan peminat
 Azam baru
 Impak Leez
 Promosi meriah
 Farid, Farahwahida jadi ‘ayam tambatan’
 Pelancaran ABPBH 2006 dipindah
 Jelajah ABPBH 2006 bermula
 Sertai Gemilang Bersama Bintang
 Peminat kena fahami konsep ‘Undi & Menang’
 Penyeri Misi: 1511
 'Saya tak letak harapan tinggi'
 'Sudah takdir'
 Dayang guna lagu Ryan
 Saingan sengit bermula
 Tajaan Habib Jewels terbesar dalam sejarah
 Naza Sorento untuk artis, pembaca
 ‘Tidak sangka layak ke final!’
 ABP-BH dapat tajaan RM2.75 juta
 80 pencalonan ke final ABPBH 2006
 Penyampai Ikim FM berdebar
 Zoey sedar laluan ke Top 5 bukan mudah
 Iesya tak kejar glamor
 Terus hangat
 Album kompilasi Hijjaz khas untuk peminat
 Ilusi Cinta
 Pencalonan bantu publisiti
 Pencalonan awal ABPBH 2006 ikut syarat, kriteria kelayakan
 Maya Karin terkilan gagal kekal gelaran
 'Tidak perlu bersepah di merata-rata'
 Kejutan manis
 Debaran Cinta
 Semakin berprestij
 'Kami tak pernah bermasam muka'
 Siti dah berubah kerana Datuk K
 Telan fitnah
 Rosyam Nor kekal calon ABPBH2006
 Satu pengiktirafan
 Pencalonan suntik semangat artis baru
 Undi awal ABPBH 2006 mulai esok