logo
logoemedia
 
Aksi hebat Ogy malam esok

Oleh Farihad Shalla Mahmud

SUASANA dingin yang selama ini begitu sinonim dengan kota keriangan, Genting Highlands bakal bertukar hangat malam esok apabila anugerah penuh gemilang yang mengangkat martabat karyawan seni tanah air, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 (ABPBH 06) bakal berlangsung di Arena Of Stars, di pusat hiburan dan peranginan terkemuka itu.

Anugerah tahunan ini juga bakal menjadi medan untuk artis melaram, menggayakan pakaian hebat dan glamor ciptaan pereka terkenal dan juga pereka muda yang kreatif. Malah, inilah juga masanya untuk setiap finalis terutama lelaki menggayakan tuksedo, iaitu pakaian wajib ABPBH bersama barangan perhiasan diri tajaan Habib Jewels Sdn Bhd.

Selama dua setengah jam bersiaran, program yang dinobatkan sebagai rancangan hiburan terbaik sewaktu Anugerah Skrin yang lalu ini akan menjawab teka teki siapakah bintang paling popular sepanjang tahun lalu selain disajikan dengan hiburan yang bervariasi dan penuh warna warni oleh penyanyi terkenal tanah air seperti Asmawi Ani atau Mawi, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Misha Omar, Amy (Search), Hattan dan Awie.

Turut terpilih membuat persembahan ialah Aishah, Ziana Zain, Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Ramlah Ram, Jaclyn Victor, kumpulan VE, Rahim Maarof, Noryn Aziz, Musli Amir serta bakat baru seperti Fazli Zainal, Nikki, Aliff Azfar, Khafi dan Farawahida.

Sementara itu, penyampai trofi pula dibarisi nama penyanyi dan pelakon pelbagai generasi seperti Rosyam Nor, Saiful Apek, Betty Banafe, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Noramin, Ifa Raziah, Arash Mohamad, Maya Karin, Hans Isaac, Julia Hana, Farid Kamil, kumpulan Ruffedge dan Farahdhiya.

Tidak ketinggalan memeriahkan acara ialah Sazzy Falak, Yasmin Hani, Zainal Alam Kadir dan Amy Mastura. Pengarah Muzik terkenal, Ramli MS bakal memimpin pemuzik yang akan mengiringi persembahan pada malam itu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk ABPBH 2006, Roslen Fadzil berkata sebanyak lapan slot persembahan disediakan untuk acara yang berlangsung mulai jam 8.30 malam dan disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan radio Era.

Katanya, segmen ini berkonsepkan nostalgia dan setiap penyanyi akan mendendangkan lagu mereka yang pernah dinobatkan sebagai bintang paling popular.

Dua pengacara sensasi yang juga bekas hos rancangan Melodi, Ogy Datuk Ahmad Daud dan Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku dipertanggungjawab untuk mengendalikan majlis anugerah yang sudah memasuki usia 20 tahun penganjurannya. Yang pasti, dengan pengalaman serta bakat yang mereka miliki pastinya majlis kali ini akan lebih meriah dan gamat dengan jenaka spontan mereka.

Bagi peminat dan juga pembaca akhbar Berita Harian yang begitu setia mengundi artis pilihan mereka tetapi tidak berpeluang untuk meraikannya bersama, jangan lupa temu janji anda untuk menyaksikan malam kemuncak ABPBH 06 malam esok, jam 8.30 malam di TV3.

Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Mawi, Andy melaram
 Jalin kemesraan di ‘garden party’
 Pemenang terima hadiah
 Erra, Fahrin menawan
 ABPBH catat 4.41 juta penonton
 Potong kek rai ulang tahun ABPBH 2006
 Pengiktirafan tertinggi buat Jefrydin
 ‘Penghargaan ini sangat besar erti’
 Corat-coret...
 Medan artis melaram sakan
 Ina masih mampu tersenyum
 Kebangkitan Fasha Sandha dalam industri perfileman
 Mawi pertahan gelaran Bintang Paling Popular
 Malam penentuan esok
 ‘Semuanya bagaikan mimpi’
 Ina, Faizal AF4 ada peluang?
 Ramli MS terajui 21 artis
 Karisma terserlah
 Kak Engku bakal gamatkan pentas
 Pengacara, juruhebah hadapi saingan sengit
 Sorento idaman
 Mawi pilih 4 aksesori sepadan tuksedo putih
 Arash teruja alami detik bersejarah
 Aura glamor
 Ina kecewa jika benar lagu Duhai Hati digam
 Di sebalik tabir: ‘Semua dirancang penuh teliti, persiapan lancar’
 ‘Saya bersyukur peminat tidak lupakan saya’
 Demam tuksedo
 Set aksesori pelengkap persembahan
 Artis bergaya pilih kasut Edward Forrer
 Gaya elegan untuk Cheryl
 7,000 peminat serbu finalis
 Fabrik batik elegan untuk Eja
 Noryn pilih berlian Empress, Rose Cut
 Rambut finalis
 Fahrin nantikan detik 4 Februari
 Misi popular
 Artis diminta patuhi jadual latihan
 Ogy, Kak Engku jadi pengacara
 Jelajah berakhir di Shah Alam esok
 Salikin taja pakaian Ramlah
 Kasut selebriti
 Finalis artis baru lelaki tolak klon
 Kiraan pengundian hampir tamat
 Que, Lis, Lyana makin membanggakan
 Selebriti riuh di Melaka
 Tidur tiga jam demi Natasha 2
 Tarikan batu kunzite, berlian Habib
 Bagaikan puteri
 Nasha, tunang belum pasti tarikh pernikahan
 Galas cabaran
 Amylea teruja nanti album sulung
 Tidak letak harapan
 Rantai RM200,000 buat juara
 Artis redah banjir
 Promosi gamat
 Finalis ABPBH 2006 lawat pusat pemindahan banjir
 Acara penuh ceria, gelak ketawa
 5,000 serbu finalis ABPBH
 18 selebriti berkumpul di Seremban, Johor
 Zahid berserah
 Kilauan berlian
 Komitmen finalis wajar dihargai
 Ruang mesra bersama artis
 Ogy mahu terbit biografi diri
 Meriah sakan
 Ina tak kisah
 ‘Saya tidak sangka’
 15 artis berkampung di Kedah, Pulau Pinang
 Borang undian ABPBH 2006 kian mencurah
 Finalis hargai peluang bermesra dengan peminat
 Azam baru
 Impak Leez
 Promosi meriah
 Farid, Farahwahida jadi ‘ayam tambatan’
 Pelancaran ABPBH 2006 dipindah
 Jelajah ABPBH 2006 bermula
 Sertai Gemilang Bersama Bintang
 Peminat kena fahami konsep ‘Undi & Menang’
 Penyeri Misi: 1511
 'Saya tak letak harapan tinggi'
 'Sudah takdir'
 Dayang guna lagu Ryan
 Saingan sengit bermula
 Tajaan Habib Jewels terbesar dalam sejarah
 Naza Sorento untuk artis, pembaca
 ‘Tidak sangka layak ke final!’
 ABP-BH dapat tajaan RM2.75 juta
 80 pencalonan ke final ABPBH 2006
 Penyampai Ikim FM berdebar
 Zoey sedar laluan ke Top 5 bukan mudah
 Iesya tak kejar glamor
 Terus hangat
 Album kompilasi Hijjaz khas untuk peminat
 Ilusi Cinta
 Pencalonan bantu publisiti
 Pencalonan awal ABPBH 2006 ikut syarat, kriteria kelayakan
 Maya Karin terkilan gagal kekal gelaran
 'Tidak perlu bersepah di merata-rata'
 Kejutan manis
 Debaran Cinta
 Semakin berprestij
 'Kami tak pernah bermasam muka'
 Siti dah berubah kerana Datuk K
 Telan fitnah
 Rosyam Nor kekal calon ABPBH2006
 Satu pengiktirafan
 Pencalonan suntik semangat artis baru
 Undi awal ABPBH 2006 mulai esok